Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 109

Batang paip panjang ditarik lagi, mengikut jarak yang diperlukan sebelum arah siraman berubah haluan ke kanan. Deretan pokok terung dan cili padi yang ditanam di dalam polibeg nampak segar dan sihat. Melihatkan warna daunnya yang hijau gelap itu sudah cukup untuk membuatkan hatinya berbunga ceria.

“Hidup elok-elok ya, cantik-cantik lepastu nanti berbuah, insya-Allah…”

“Mak suka sangat makan buah kalian ni…” bisiknya sambil terus menyirami kebun atas balkoninya itu. Sedang leka, dia mendengar ada yang memanggilnya.

“Assalammualaikum…” sapa satu suara daripada bawah.

“Waalaikumussalam…ya kenapa?” soalnya selesai menjengukkan sedikit kepala.

“Tinggal berapa orang?”

“Berdua.” jawap Safi.

“Oh, takpalah. Kalau macam tu, saya cuma nak cakap, kami tengah buat pemeriksaan denggi dekat kawasan taman ni.”

“Nanti tolong periksa kawasan sekitar rumah, dan pastikan tak ada kawasan air-air yang bertakung yang boleh jadi tempat pembiakan nyamuk.”

“Ok.” jawap Safi sambil cuba menyembunyikan juntaian rambut di bawah topi cawboynya.

“Lagi satu. Ni, saya letakkan ubat jentik-jentik ni dekat dalam peti surat ya. Nanti boleh cuba guna. Ikut arahan macam yang ada tertulis dekat belakang ni.” terang pemuda itu lagi. Jeket penguatkuasa yang dipakai sudah cukup untuk membuat Safi mengenalinya.

“Hmm.” balas Safi, ringan dan padat, sama seperti biasa. Selesai di situ, pemuda berkenaan terus dilihat bergerak ke rumah yang bersebelahan.

“Safi cakap dengan siapa?” soal mak yang baru datang.

“Orang kesihatan, nak periksa rumah agaknya.”

“Ha, yelah tu! Ha, tu mak tengok! Dia masuk rumah yang dekat sana tu. Tapi masa dekat sini, dia lalu je. Mungkin sebab tengok pintu rumah kita bermangga.”

“Takpun dia tak berani nak masuk sebab ingat tak selamat.”

“Kenapa tak selamat?” soal mak tak memahaminya.

“Tadi dia ada tanya, tinggal berapa orang. Safi jawab berdua. Mesti dia ingat yang kedua tu lelaki agaknya. Sebab muka dia tadi nampak macam terkejut je bila dengar.” jawap Safi sambil tersenyum separuh gembira dan mak turut berkongsi rasa.

“Ha, takong air dekat atas ni Safi dah periksa ke belum? Yang dekat sana tu, jangan sampai ada yang berjejentik. Kalau mereka masuk lepastu jumpa, hai, tak tahulah apa yang jadi pada kita.”

“Dah. Minggu ni Safi dah bersihkan tong-tong tu. Tak boleh dibiarkan lama-lama, kalau tak, menyenget kita.”

“Dendanya bukan sikit. Kalau tak silap, beratus-ratus jugak untuk seekor jejentik. Ada ke patut!”

“Gila mahal harga seekor jejentik!”

“Bukan jejentik tu yang mahal, tapi hukuman membelanya, itu yang mahal. Mesti ada kes denggi lagi. Bukan baru bulan lepas ada kes? Ni ada lagi. Bahaya jugakkan duduk dekat kawasan taman.”

“Dulu masa kita duduk dekat kampung rasanya jarang-jarang sangat ada kes. Tak sangka bila duduk di bandar banyak pulak yang jadi.”

“Memang dekat bandarlah banyak yang jadi. Sebab dekat kampung, petang-petang boleh mengasap. Kalau dekat sini, apa yang nak diasap, daun pun tak ada. Kalaupun nak main asap, mesti ada yang tak suka.” balas Safi berkongsi pemikirannya.

“Mak, tengok tu, terung gelugur mak dah ada putik. Ha, tak lama lagi dapatlah mak makan. InsyaAllah…” tambah Safi sambil menuding dengan jari.

“Iya? Dah ada? Alhamdulillah. Tak sangka, dekat atas macam ni pun boleh tanam pokok. Mak ingat dulu, masa kita pindah, tak adalah mak nak tengok pokok-pokok hijau lagi.”

“Tulah sebabnya kan Safi dah cakap, boleh. Mak yang tak percaya. Dah? Sekarang dah percaya?” soalnya dan mak dah mula ketawa.

“Eee…geram mak tengok sawi putih ni. Rasa macam nak petik je, buat ulam. Dulu, arwah suami tok guru mak, suka sangat makan macam tu. Makan mentah-mentah, buat coceh dengan sambal belacan.”

“La, kalau nak makan, ambik jelah. Tapi betulke sedap? Sebab selama hari ni Safi tak pernah tengok pun mak makan.”

“Macam mana nak makan kalau tak pernahnya ada. Mak ambik ya? Mak ambik yang ni.” tutur mak meminta sebelum tangannya terarah pada rumpun batang yang bersaiz sedang.

“La, buat apa ambik yang tu! Ambik lah yang paling besar sekali tu.” arah Safi pula.

“Sayang…”

“Nak sayang buat apa? Dah memang tujuan ditanam untuk dimakan. Buat apa nak simpan-simpan. Nanti lama-lama mesti dah tua. Ambik yang besar dulu, lepastu nanti, yang kecik tu cepatlah pulak besarnya.”

“Yang ni?” soal mak masih menyayangi.

“Ya! Ambik!” arah Safi semula.

“Bismillahir rahmanir rahim…” ungkap mak sebelum memulakan dan Safi segera ditemani senyuman.

 

“Safi, lupa mak nak cakap. Semalam, Mak Lang telefon bagitahu yang hujung bulan dia nak buat kenduri, mengahwinkan cucu.”

“Anak siapa?”

“Anak Abang Suhaiminya. Kahwin dengan orang Pulau Pinang.”

“Dah? Mak nak pergi?”

“Safi ada masa ke? Tak penat? Kenduri hari Ahad. Hari Sabtu, Safi kerja lagi, Isnin, dah nak kena kerja semula. Dah? Safi tak kisah?” soal mak tak mahu nak menyusah.

“Takpa, kalau mak nak balik, kita balik. Lagipun bukannya jauh sangat. Tak habis tiga jam kita dah boleh sampai. Kalau bawak laju, sejam setengah pun dah cukup.” balas Safi sambil menampakkan gigi.

“Ish! Janganlah sampai dibawak laju-laju. Takut mak nanti.”

“Orang acah jelah. Takpa, kalau dah sampai masa mak tolonglah ingatkan Safi, sebab Safi susah sikit nak ingat tarikh-tarikh ni. Sejak angah pergi…” kata-katanya jadi terhenti sebelum pandangannya diarahkan pada mak yang sedang memerhati.

“Sejak jaga angah dekat hospital masa angah sakit, Safi dah susah nak ingat tarikh, tak berapa nak lekat dalam kepala. Kalau tak ditanda, maknanya, memang tak adalah.” tambahnya dan mak turut tersentuh mendengarnya kerana dia sendiri turut sama menjadi saksi. Betapa Safi mudah kehilangan fokus pada diri.

 

“Eh! Kita nak ke mana ni? Tadi kata nak ke bandar? Dah? Kenapa Safi belok ke sini?” soal mak tak percaya saat terlihat arah lencongan yang bertentangan.

“Ha? La, Safi lupa! Macam manalah boleh terlupa.” balas Safi sebelum mencari tempat yang sesuai untuk membuat pusingan.

“Nasib baik mak ada. Kalau tak, tak tahulah…” tambahnya berteman rasa kelakar dan mak hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala.

 

“Safi nak ke mana?”

“Baliklah.”

“Balik ke mana?”

“Rumah!”

“Dah? Yang Safi masuk simpang ni kenapa? Kan simpang rumah kita dekat depan sana.” tegur mak tak percaya.

“Ha! Iya?”

“Laillahaillallah…terlupa pulak. Safi ingat simpang ni, sebab pokok mangga ni nampak macam serupa je.”

“Hei budak ni! Safi ni kenapalah? Mudah sangat lupanya? Ini bukan pertama kali Safi leka macam ni. Mak yang dah tua ni pun ingat lagi. Macam mana Safi yang masih muda mudah sangat lupa?” soal mak sukar untuk mempercaya, selebihnya dia bimbangkan keadaan anaknya.

“Tak ingat? Hari tu, Safi lupa cabut kunci daripada kereta masa keluar beli barang sampai kena balik ke rumah naik teksi untuk ambik kunci ganti? Safi kenapa? Kenapa mudah sangat terlupa?” soal mak lagi, mahu Safi memberi tumpuan yang lebih lagi.

“Entahlah, Safi pun tak tahu kenapa Safi boleh jadi macam ni. Tapi, Safi perasan, yang otak Safi ni dah susah sikit nak ingat benda sejak jaga angah dekat hospital dulu. Mungkin dah terbiasa sebab masa jaga angah lebih setengah tahun tu, Safi langsung tak pernah kisah tentang waktu.” balasnya sebelum kereta berjaya sampai ke destinasinya. Rumah kami,…syurga kami.   

  

“Tanah ni suka kalau digeburkan dengan parang. Nanti, tengoklah, cantiklah jadinya nanti, insya-Allah.”

“Ini petua orang dulu-dulu. Arwah nenak selalu cakap pada mak. Tanah sukakan besi. Kalau jumpa dengan besi subur tanah tu jadinya nanti.” tambah mak menurunkan ilmu yang diwarisi. Safi segera menganggukkan kepala tanda bersetuju dengannya.

“Mak, Safi ingatkan, Safi nak cuba bongsaikan pokok betik tu. Nak cuba kawinkan bahagian batang atas tu. Daripada kita terus potong, baik cuba sambung hidupnya lagi.”

“Boleh ke jadi? Ada ke orang yang buat macam tu?”

“Ada! Safi dah tengok dekat dalam youtube. Ada orang yang buat macam tu. Comel je jadinya pokok tu nanti. Pendek je, lepastu selamatlah sikit, tak risau bila hari angin.”

“Ikutlah, ikut mana-mana yang baik.”

“Hari ni kita buat sup sawi denga ikan bilis jelah ya, tambah telur sebiji. Terasa macam nak masak sup pulak hari ni. Mak ambik ya sawi ni.” soal mak meminta kebenaran daripada yang mengusahakan.

“Lah! Buat apa tanya Safi. Dah memang Safi tanam untuk mak. Mak bukan tak tahu yang Safi…”

“Tak suka makan sayur?”

“Hehehe, tahu takpa. Tapi bukan tak suka, cuma tak berapa.”

“Eeee, Safi ni. Menanam rajin, tapi makannya tidak. Elok makan sayur ni, terutamanya yang ditanam sendiri. Tak ada guna baja, racun. Rasanya pun berbeza. Lebih manis, tak serupa yang kita beli di kedai.”

“Tak payah cakaplah. Mak tahu berapa gantang dia taruk baja dengan racun untuk jadi secantik tu? Masa buat kursus pertanian dulu, Safi nampak macam mana mereka buat. Lat dua tiga hari baja, lepastu dua tiga hari selepasnya racun. Semuanya pakai sembur pada batang dengan daun. Lepastu…” terang Safi semakin rancak bersembang menceritakan apa yang pernah disaksikan. Pertanian moden…tak mungkin dapat dipisahkan dengan baja juga racun.

 

Previous: Bab108b
Next: Bab 110

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.