Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 68

Pak Rahman ke sana-sini mencari kenalan-kenalan yang dirasakan mampu untuk membantu Liza, anak angkatnya itu. Bulan ini sahaja, sudah tiga kali dia ulang-alik daripada Kuala Lumpur ke Kuantan untuk mendapatkan sokongan yang diperlukan.

 

“Ayah dah pergi ke Kuantan semalam, dah jumpa dengan Cikgu Mokhtar, minta bantuan daripada dia. Mintak-mintak kali ni dapatlah.” ucapnya memberi tahu.

“Ye ke ayah? Betul ke boleh dapat?” soal ateh tak percaya pada berita yang baru didengarinya.

“InsyaAllah. Dia dah janji nak bantu. Takpa, kita tunggu jelah nanti.” balasnya semula, gembira dengan apa yang telah diusahakannya kerana dia betul-betul sudah menganggap Liza seperti anak sendiri. Abah nampak macam tak berapa gembira bila lihat Liza ketawa suka. Selesai berlunjur, abah mencapai kotak rokoknya pula sambil disuakan pada Pak Rahman sebelum tawaran itu ditolak perlahan.

“Dah lama saya berhenti merokok bang. Mula-mula masa muda dulu, memang merokok juga, tapi sejak kebelakangan ni, lepas dapat penyakit semput, dah berhenti dah.” ucapnya membuatkan abah hilang terus minat nak menghisap.

“Minumlah kita dulu.” cadang mak sambil menuangkan air teh o kedalam beberapa cawan, tak ketinggalan sepinggan biskut kering yang turut sama dihidangkan. Mak perasan perubahan di wajah abah, dan suaminya itu sedang rasa tak selesa.

“Cikgu Mokhtar kata, kali ni prestasi anak-anak di negeri kita ni, paling terkebelakang. Langsung tak ada sorang pun yang lulus. Dah tu macam mana? Memang susahlah jadinya.”

“Tapi disebabkan ayah dah merayu dengan dia, dia janji untuk bantu kita. InsyaAllah, kita tengoklah macam mana nanti. Liza doa-doakanlah yang kali ni berjaya.” tutur Pak Rahman menjelaskan. Ateh senyumnya, tak payah cakaplah, luasnya sampai ke telinga. Sesekali abah menjeling melihat gelagat keduanya, dan setiap kali itu juga hatinya rasa tak gembira. Mungkin juga kecewa, kerana dirasakan yang dia tak mampu membantu anak kandungnya sendiri sampai terpaksa bergantung harap pada orang lain.

 

“Abah, ayah telifon tadi, lepastu ayah kirim salam.” tutur ateh menyampaikan pesanan.

“Waalaikumussalam…” balas abah yang sudah selesai bersolat Zuhur.

“Ayah cakap, dalam seminggu lagi, sampailah surat tawaran tu. Kalau tak silap katanya ateh dapat sambung ke Terengganu.” tambah ateh lagi kekal memberitahu.

“Bila masuknya?” soal abah pula.

“Kalau tak silap ayah kata hujung bulan, tarikhnya, tak pasti lagi.” jawapnya sambil membelek-belek lipat kain.

“Alhamdulillah, eloklah kalau macam tu. Takpa, nanti abah catarkan teksi untuk ke sana.” balas abah turut berkongsi rasa gembira.

“Mak kalian dah tahu dah?” soalnya pula.

“Belum lagi. Lagipun baru tengah-hari tadi ayah telifon bagitahu. Nanti mak balik, barulah cakap kat mak.” jawap ateh masih belum puas bercerita.

“Ayah bagitahu lagi, yang susah betul dia nak yakinkan orang dekat atas sana untuk ambik ateh, tapi mujurlah mereka kenal, kalau tak memang takkan dapatlah.” terang ateh menyampaikan segala yang dah disampaikan. Wajah abah segera berubah, setelah menyedari dia bukanlah sesiapa.

 

“Susah jugak jadi cikgu kan? Periksanya, punyalah susah.”

“Tengok ateh, dah bertahun-tahun, baru dapat masuk, itupun kena belajar lagi, bukannya boleh jadi cikgu terus.” tutur Safi sambil memerhatikan mak mengikat pucuk paku.

“Hmm, apataknya. Safi tahu, hari dia nak ambil periksa, bertegur dengan mak pun tak. Entah apa anginya entah.” balas mak, kekal tekun dengan rutin hujung minggunya.

“Tak bertegur? Kenapa sampai tak bertegur?” soal Safi tak percaya.

“Entahlah, tak tahu pulak mak apa sebabnya. Sedar-sedar, dia dah memuncung. Ditanya tak berjawap. Mak pun apa lagi, layankan jelah. Orang dah tak nak cakap dengan kita, buat apa pulak kita nak beriya-iya. Nanti bila dah hilang anginya, elok lah dia.” jawap mak dah malas nak memikirkannya. Safi seperti dapat mengagak punca kerana ateh telah meyuarakan rasa tidak puas hati beberapa minggu sebelumnya.

“Tapi, takkanlah hanya sebab mak marah guna telefon…” bisik Safi selesai mencari sambil mata kekal juga memerhatikan mak menyusun kerana dia sangat suka menjadi penonton.    

 

“Akhirnya dapat jugak ateh jadi cikgu…” tutur ateh pada Safi yang sedang membasuh baju. Safi turut sama rasa gembira bila mengetahui yang ateh telah berjaya mengejar cita-citanya.

“Kan dari dulu memang cita-cita ateh nak jadi cikgu. Ha, sekarang, alhamdulillah, dah termakbul dah.” balas Safi sambil mencelupkan pula kain yang dipenuhi sabun ke dalam air sungai, di hujung papan pelantar.

“Hmm, alhamdulillah. Mujurlah ada ayah, kalau tak, jangan haraplah ateh berjaya. Kalau nak harapkan mak dengan abah, alamatnya, sampai bila-bilapun memang takkan merasalah…”

“Abah dengan mak bukannya mampu sokong kita, kenal orang pun tak ada. Tak macam mak dengan ayah orang lain.”

“Cikgu Nan, janji nak tolong ateh, tapi alih-alih, anak saudaranya yang dibantu. Firdaus tu, baru lagi habis belajar, pengalaman pun tak ada, tapi boleh dapat pulak. Memanglah boleh dapat kalau pengarah sendiri yang tolong.”

“Kak Mariam, awal-awal lagi dah berjaya. Tengoklah siapa ayahnya? Orang besar, kenalan pun ramai, mudah je dapatnya, padahal kalau ikut pengalaman, ateh lagi lama mengajar daripada dia, tapi memang macamtulah hidup zaman ni. Kalau nak berjaya, memang kena kenal orang. Kalau ada yang beri sokongan, semuapun boleh jadi.” tutur ateh membanding-bandingkan keadaan. Safi yang mendengar tak mahu mengulas apa-apa.

“Nanti kalau dah confirm dan dah start kerja, gaji ateh lagi lagi banyak daripada gaji angah.” tuturnya menambah dan Safi langsung terdiam dibuatnya.

“Hai...tak habis-habis lagi ke masalah kalian bedua ni? Sampai bilalah baru kalian nak berbaik.” bisiknya di dalam hati, dah tak tahu mahu melakukan apa lagi.

 

“Ateh, ateh! Jom kita makan!” tutur Safi yang sudah siap memasakkan sarapan.

“Ha? Takpalah. Kalian makanlah dulu. Ateh nak pergi sungai sekejap.” balasnya setelah mengetahui angah telah sedia memegang pinggan dan menadah.

 

“Ateh, ateh! Jom kita pergi cari pucuk paku. Mak dah siap dah.” panggil Safi pada ateh yang sedang terbaring di atas katil besi bujangnya itu.

“Angah ikut sekali?” soalnya pula.

“Ha, angah ikut jugak. Lagi ramai, lagi cepat. Jomlah. Mak dah siap dah tu!”

“Takpalah, minggu ni ateh tak nak pergilah. Safi pergi jelah. Ateh nak tido.” balasnya sebelum membetul-betulkan bantal.

“Betul ateh tak nak pergi ni?” soal Safi semula, mahu melibatkan semua.

“Iya, dahlah. Safi pergilah! Ateh nak rehat!” jawapnya tegas bila hati dah mula hilang rasa seronok.

“Ok…” balas Safi, tak mahu memaksa sesiapa.

 

“Ni nanti, kita tengok macam mana ateh. Boleh ke tak dia buat sama macam mana yang angah buat.” tutur abah menyatakan harapan.

“Kalau ateh boleh buat sama macam mana yang angah buat, ha, barulah lapang sikit kita nanti.” tambahnya dan mak hanya mampu mendengar sahaja.

“Tadi Ah Fatt telefon lagi. Dia tanya awak mana, nak cakap dengan awak, masa awak tak balik lagi.”

“Marah dia pada saya. Dia ingat saya bohong agaknya, iyalah, manataknya dah berkali-kali dia telefon, nak cakap dengan awak, tapi sekali pun tak dapat. Bila dia telifon handset awak sengaja tak nak angkat. Mana tak marah dia.”

“Dia mintak kita angsurkan sikit-sikit hutang tu. Katanya kalau bayar dua tiga puluh ringgit seminggu pun takpa, dia tak kisah. Asalkan bayar.” ucap mak pada abah yang sedang duduk mengasap di bawah pokok langsat. Abah segara menghembuskan asap yang sudah selesai dihisap sebelum meramas-ramas belakang tengkoknya.

“Awak dengar ke tak apa yang saya cakap ni? Ah Fatt tanya tentang hutang dia. Dah tu macam mana?”

“Saya rasa ada eloknya kalau kita buat macam tu. Bayar sikit-sikit dulu, ansur-ansur, lama-lama, ada juga luaknya.” tambah mak sebelum mencapai batu asah dan memulakan kerja-kerja penajaman mata parang yang sudah bergerigi manakala abah masih kekal sunyi.

“Hai, ni memang tak ada lainlah ni! Ni mesti kerja budak-budak ni. Entah apalah yang dah dipakoknya sampai boleh jadi bergeriri macam ni.” bebel mak selesai meneliti mata parang panjang yang sudah bergerigi di sana dan di sini.

“Takkan luaknya hutang tu dengan membayar dua tiga puluh ringgit seminggu! Awak ingat hutang tu sikit?” jawap abah tak berapa lama kemudian.

“Tahu saya, banyak hutang kita dengan dia, tapi kalau tak dimula, manakan ada habisnya.” jawap mak pula, memberikan pendapatnya.

“Huh! Senanglah kata awak. Hutang tu, entah berapa banyak pun, saya dah tak tahu.”

“Kenapa awak tak tanya.” balas mak pula.

“Malas saya nak menanyanya. Buat apa? Buat pening kepala.” bidas abah semula tak suka membebankan fikiran.

“Mana boleh buat macam tu. Hutang tetap hutang. Nak tak nak, kenalah kita usaha untuk selesaikannya. Tak boleh banyak, sikit.” tutur mak tak dapat nak mempersetujui cara suaminya itu berfikir.

“Hari ni dia cakap lagi tentang duit 1000 yang dia bagi pinjam waktu angah nak masuk universiti dulu. Membebal dia marahkan saya, kata yang anak sekarang dah kerja, tapi hutang masih juga tak dibayar. Kalau tak dapat banyak, yang sikit tu pun jadilah katanya.” ucap mak terus-terusan menyampaikan.

“Mana ada duit saya nak membayarnya!” balas abah, dah mula panas telinga.

“La, duit bulan-bulan yang angah kasi pada awak tu takkan tak ada? Duit bahagian saya habis semuanya buat bayar bil telifon dengan bil-bil rumah. Bil telefon bulan ni je dah sampai 300, itu belum bil air dengan eletrik lagi. Yang awak punya mana?” jawap mak mula berbidas.

“Mana ke adanya lagi! Duit 300, cukuplah buat belanja rokok dengan teh saya je sebulan, mana ada lebihnya lagi. Kalau awak nak bayar, awak bayarlah.” balas abah berbara sebelum terus menghirup rokoknya.

“Nak dibayar dengan apa? Duit apa yang saya ada?” hampir terjerit mak dibuatnya, tak menyangka.

“Bayarjelah dengan mana-mana yang ada!” gerutu abah lagi.

“Mana-mana yang ada yang mana maksud awak?” jawap mak kecewa namun seperti biasa, abah sudah mula membuka langkahnya.  

 

Previous: Bab 67
Next: Bab 69

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.