Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 89a

Beg galas bersaiz kembara yang sudah dimuatkan dengan segala kelengkapan disandang kemas sebelum Gazali berlegar-legar di sekitar rumah untuk memastikan keadaan kerana kali ini pengembaraannya bakal mengambil masa yang lama. Cuti dua minggu yang berjaya diperolehi membolehkan dia merancang percutian solo ke negeri yang terletak di bahagian utara secara terbuka dan tidak perlu memikirkan tentang kekangan masa.

Selesai memastikan, dia bertolak menaiki teksi yang telah terlebih dahulu ditempahnya menuju ke stesyen keretaapi walaupun hari masih diawal pagi.

 

“Awalnya Li! Dah nak pergi?” sapa Che Lan, penjaga kaunter tiket keretaapi, tempat dia bekerja.

“Dah. Trip paling awal. Sekarang dah dekat 5.40, biar awal, kalau tak terlepas.” jawapnya sambil menurunkan beg sandang dan meletakkannya di atas kerusi yang ada berderet panjang.

“Eloklah tu. Kali ni rancang melawat ke mana? Dah tempah tempatnya?”

“Tak perlu tempah, serahkan semuanya pada Allah.”

“Ingat kali ni nak terus ke utara. Tengok-tengok apa yang ada di sana. Lagipun cuti ada lama, jadi bolehlah jalan tenang-tenang sikit.”

“Bang, tu, ada yang nak beli tiket.” tuturnya saat terpandang seorang wanita yang sudah menanti di kaunter.

 

Mata Gazali tak jemu memerhatikan seraut wajah wanita yang ada duduk tengka beberapa kerusi darinya. Angah seperti dapat merasa yang dirinya sedang diperhatikan kerana hanya dengan ekor mata, dia sudah dapat melihat. Saat pandangan mereka bertemu, Gazali segera melemparkan senyuman beserta dengan anggukan, sebagai tanda pengenalan dan angah tutut membalas menggunakan bahasa tubuh yang serupa.

 

Aktiviti memerhati tidak cukup sekadar di stesyen keretaapi, bila Gazali kekal memberi perhatian pada angah yang berada di kerusi tempat duduk bahagian yang bersebelahan. Entah kenapa, hatinya seperti berkata. Inikah dia? Wanita yang berjaya memasuki hatinya? Soalnya sebelum hati berkata, ya! Tapi bagaimana caranya? Bagaimana cara mahu memulakannya? soalnya lagi, cuma di dalam hati sebelum mati bila wanita tersebut sudah mula dilihat bersandar dan merehatkan matanya.

 

Perjalanan dari Kuala Krai ke Kuala Lipis terasa lebih singkat daripada biasa kerana kali ini dia ditemani ‘teman’ yang tak dikenali. Gazali mula memikirkan kaedah terbaik untuk dia memulakan bicara, namun belumpun sempat apa-apa, wanita yang berjaya menarik hatinya itu sudah bangun dan meniggalkannya.

“Cik!” tuturnya, namun terlalu perlahan sehingga tidak mampu untuk menahan.

 

Baju-baju yang sudah kering dilipat sebelum dimuat ke dalam beg yang tersedia. Begitulah rutinnya sekali-sekala bila pulang. Sejak kejadian kemalangan tempoh-hari, dia hanya boleh bergantung kepada kemudahan awam untuk pulang ke kampung. Bus atau keretaapi, tapi kebanyakan masa dia lebih memilih untuk menaiki keretaapi kerana jadual perjalanan yang diawal pagi.

“Mak, kalau angah tak dapat nak bagi duit belanja bulan depan, takpa ke?” soal angah selesai mengira perbelanjaan bulanannya.

“Hutang angah dekat Fizah ada lagi baki. Angah ingat bulan depan nak guna duit untuk selesaikan hutang tu dulu. Lepastu baru angah bagi duit pada mak dengan abah semula.” tutur angah, meminta.

“Takpa, angah gunalah. Lagipun itu kan duit angah. Angah tak payah risau pasal mak. Mak ada duit nak guna buat belanja. Angah gunalah, selesaikan apa yang perlu.” balas mak menggalak kerana dia sendiri begitu, tidak gemar berhutang. Mendengarnya angah terus tersenyum bangga. Mak memang tak mengecewakannya.

“Mak…”

“Ha.” balas mak yang sedang berada di dapur setelah memandang tepat pada angah.

“Mak takpayahlah ya…”

“Tak payah nak harapkan cucu daripada angah, sebab angah rasa memang takkan adalah.” tuturnya memberitahu.

 

Selang beberapa bulan setelah pembedahan pertama berjaya dilakukan, angah perasan perutnya seakan kembali membesar dan keadaan itu telah membuatkan dia bimbang semula.

“Safi, cuba Safi tengok perut angah ni! Nampak besar kan?” soalnya sambil menayangkan perut bulat di hadapan cermin.

“Huh! A’ah la, nampak macam besar je…” balas Safi sambil merapatkan kepala.

“Tapi…ni buncit apa ni? Bukan buncit sebab makan banyak ke?” tambah Safi sambil mengenyitkan sebelah mata, sengaja mahu menghiburkan hati kakaknya.

“Safi janganlah main-main. Angah tanya betul-betul ni. Besar kan?” soalnya serius, tak ada minat nak bercanda.

“Hmm…” balas Safi perlahan, berteman rasa kebimbangan.

 

“Akak…” tutur Dr. Umairah tak mampu untuk dihabiskan. Namun riak wajah yang dipamerkan sudah cukup untuk membuatkan angah mendapatkan jawapan.

“Ada kan?” soal angah, mahu memudah dah serentak dengan itu Umairah mengangguk lemah.

“Ya-Allah, dugaan apakah ini ya-Allah…”

“Astargfirullah hal adzim…astargfirullah hal adzim…”

“Astargfirullah hal adzim…” bisiknya, mohon pengampunan.

 

“Hati-hati angah. Nanti sampai jangan lupa kirim salam Farid pada nenek.” tutur Farid sebelum menyalami tangan angah seperti selalu.

“Iyalah, insyaAllah. Angah naik dulu. Terima kasih sebab hantar. Farid nanti bawak kereta elok-elok.” balas angah pula dah bersedia ingin menaiki keretaapi yang sudah sedia menanti.

“Ok, insyaAllah.” jawap Farid sambil mata kekal menemani angah menuju ke tempat duduknya.

“Eh! Bukan itu…”

“Memang dia!”

“Ya-Allah! Tak sangka boleh jumpa lagi dengan dia!”

“Tapi, sekejap…”

“Itu…bukan Farid ke tu?” bisik Gazali yang kebetulan baru melintasi berteman senyuman yang terukir dengan sendiri.

 

“Ngah, Mak Su ada benda nak cakap dengan angah ni.” tutur Mak Su pada angah yang ada singgah.

“Apa dia?” jawap angah sambil tersenyum, kerana itu memang dah menjadi cara hidupnya, menghadiah sedekah yang paling mudah.

“Adalah yang datang jumpa Mak Su, tanyakan tentang angah.” sampainya lagi dan angah terus berkerut di dahi.

“Tanya angah? Buat apa? Buat apa tanya tentang angah?” balas angah kehairanan.

“Ada yang dah berkenan pada angah. Dia mintak Mak Su sampaikan.” balas Mak Su, serta-merta angah mematikan senyuman.

“Siapa?”

“Anak angkat kenalan Mak Su. Dia kerja dekat stesyen keretaapi tu. Macammana? Angah nak?”

“Tak kenallah Mak Su.” jawap angah ragu-ragu.

“La, berkawanlah dulu. Jumpa, kenal-kenal dulu, ha, lepastu baru putuskan samaada nak ke tak diteruskan.”

“Dah tu macam mana? Angah nak? Kalau angah setuju, nanti Mak Su bagitahu pada mak angkat dia.” cadang Mak Su pula, namun angah masih kekal ditemani keraguan.

 

“Mak! Macam mana? Apa ceritanya? Setuju ke tak dia?” soal Gazali pada Wan Yan, ibu angkatnya, bila ibu kandung…dia tidak pernah punya.

“Entahlah. Mak dah bagitahu pada Mak Su, tapi, takpalah, nanti mak ke sana semula, bertanya.” balas Wan Yan menceritakan rancangan.

“Mak, Li, betul-betul nakkan dia. Kalau betul-betul jadi, memang Li takkan cari yang lain lagi.” tuturnya, teguh menyatakan pendirian sendiri.

 

Safi dan mak menanti dengan sabar di luar bilik pembedahan hospital berkenaan. Pembedahan yang seharusnya hanya mengambil masa 2-3 jam mengikut perancangannya itu sudah ditarik sehingga melebihi 5 jam. Bila ada katil yang ditolak keluar, Safi segera memeriksanya, tapi hampa kerana itu bukanlah kakaknya. Berulang kali dia berkeadaan begitu, namun angah kekal tak kelihatan.

Safi nampak muka mak pucat akibat keletihan setelah menunggu terlalu lama di situ. Sambil menanti, Safi seperti tak percaya dengan apa yang baru dilihatnya.

“Kak Imah?!”

“Mak, Kak Imah datang!” tutur Safi sebelum mak menyertai.

“Mana?” soal mak, juga sukar untuk mempercaya.

“Tu, dekat sana tu! Betul kan? Kan ke Kak Imah tu!” jawap Safi sambil menuding jari. Daripada jauh Imah sudah mula mempamerkan senyuman, mengesahkan.

“Mak cik, Safi. Kak Has tak keluar lagi?” soalnya sambil menyalami mak dan Safi.

“Belum. Tak siap lagi. Dah lebih lima jam dah ni, tapi asalnya doktor kata cuma 2 ke 3 jam. Tak tahulah kenapa.” balas Safi sambil terus memerhatikan pintu automatik yang menjadi pintu utama tempat keluar dan masuk pesakit ke bilik pembedahan itu.

“Takpalah, kita tunggu. InsyaAllah, tak ada apa-apalah tu.” jawap Imah mahu menenangkan semua, termasuklah hatinya juga.

 

Selang beberapa ketika, Safi nampak doktor yang bertanggungjawap melakukan pembedahan pada angah keluar, namun yang peliknya, mereka terus berlalu daripada situ dengan wajah yang sukar untuk ditafsirkan sambil berbincang sesama sendiri. Tak lama kemudian, barulah angah dikeluarkan.

 

Safi mengambil tanggungjawap penuh untuk menjaga angah di hospital dan bercadang untuk menukar mod pengajian masternya daripada sepenuh masa saat ini kepada pendidikan jarak jauh sahaja, kerana keadaan itu lebih memudahkan tugasnya untuk menjaga angah. Lagipun fokusnya dah tak ada sebanyak mana, bila di dalam kepala hanya penuh dengan ingatan pada angah sahaja. Wajah angah yang masih belum sedarkan diri Safi tenung lagi, lagi dan lagi.

 

“Akak, malam ni akak tidur mana? Akak balik ikut mak tidur dekat rumah atehlah. Esok kalau akak nak, baru akak datang semula.” cadang Safi pada Kak Imah yang sedang sama-sama menanti angah.

“Tak nak, akak nak tidur sini, nak teman Kak Has. Kalau Safi nak balik, Safi balik biar akak yang tunggu dekat sini malam ni. Lagipun dah banyak malam Safi tidur dekat sini kan? Biasanya Safi tidur dekat mana? Dekat bawah ni ke?” soalnya sambil menunjuk ke arah lantai.

“Hmm. Dekat bawah. Ada bawak bantal kecik dekat dalam almari tu. Tapi ada satu je. Takpa, nanti Safi pergi tanya dengan akak jururawat tu, boleh tak nak mintak pinjam bantal dekat situ.”

“Takpa takpa. Nanti biar Kak Imah yang pergi tanya, takpun dalam kereta memang ada kusyen kecik, nanti biar akak turun ambil.” jawapnya memberi penyelesaian.

 Sedang mereka bercerita, Hakim datang untuk menjemput mak pulang.

“Angah tak sedar lagi?” soalnya bila bertentang mata dengan Safi.

“Belum lagi.”

“Abang Hakim, ni, Kak Imah, kawan angah.” balas Safi mengenalkan sebelum mereka sama-sama mengganggukkan kepala, tanda pengenalan.

“Ateh mana? Ateh tak datang?” soal Safi sambil mencari.

“Ateh tak datang. Dia tunggu budak-budak kat rumah. Nak bawak sekali, susah pulak nanti.” balas Hakim sambil memerhatikan keadaan angah yang masih kaku seluruh badan.

“Mak, kalau mak nak balik, mak baliklah. Lagipun dah pukul berapa dah ni. Mak baliklah dulu rehat. Esok baru mak datang lagi.” cadang Safi pada mak yang masih setia menanti angah sedarkan dirinya.

“Mak…” seru Safi semula bila mak nampak macam dah hilang semangat.

“Ha.” jawapnya sepatah dengan wajah sugul.

“Mak baliklah dulu. Pergi berehat. Nanti esok kalau mak nak datang, mak datanglah semula. Biar kami tunggu angah kat sini.” tutur Safi lagi, mengulangi, tapi mak masih tak nak bergerak pergi. Safi nampak Abang Hakim mula resah sambil memeriksa jam tangannya semula, bukti yang dia mengejar masa.

“Mak baliklah.” arah Safi lagi.

“Mak cik baliklah dulu. Biar kami yang tunggu. Takpa, mak cik jangan risau, insyaAllah, tak lama lagi sedarlah Kak Has tu.” tutur Imah menambah.

“Takkanlah mak cik nak tidur kat sini, lagipun mana muat nanti. Kawasan ni muat-muat untuk Imah dengan Safi je ni.” tambahnya mempengaruhi. Selebihnya dia mahu mengurangkan bebanan yang mak rasakan. Tidur diatas lantai, bukan pilihan yang baik untuk warga emas sebegitu.

“Mak, mak balik ya. Takpa, nanti, kalau angah dah sedar Safi telefon bagitahu.” pujuk Safi lagi sebelum dibalas anggukan oleh mak yang dah mula dipalit rasa kehibaan.

   

Previous: Bab 88
Next: Bab 89b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.