Masuk minggu ini, sudah hampir sebulan angah mengabaikan panggilan daripada pihak hospital berkenaan. Bukan tak mahu melayan, cuma dia perlukan sedikit ruang untuk memikirkan masa depan dan bentuk rawatan terbaik yang seharusnya dilakukan. Seboleh-bolehnya dia ingin mengelak daripada mendapatkan rawatan kimoterapi kerana sebagai ahli farmasi dia lebih tahu akan kesan dan tahap keberkesanannya.
Sel-sel kenser jahat susah untuk dimusnah dan dalam pada kita berusaha untuk menghentikan jangkitan, tanpa sedar, kita dah mematikan sel-sel badan yang baik pula. Daripada dalam rumah angah bergerak ke pintu untuk mengambil angin pagi sambil memerhati kereta proton saganya yang sudah lama terbiar.
“Kesian Abang Is….akak dah tak dapat nak bawak Abang Is jalan-jalan. Akak…” tuturnya sebak sebelum dia duduk semula sambil ditemani air mata. Mujurlah tiada sesiapa di rumah ketika itu, kalau tak, tercalarlah imej machonya. Sedang dia melayan perasaan, telifon bimbitnya mula berdendangan.
“Safi, Kak Fizah…”
“Dia nak datang hari ni.” tutur angah pada Safi yang baru pulang.
“Nak datang? Dah tu Kak Fizah datang sorang-sorang?”soal Safi semula ingin mengetahui keadaannya.
“Dia datang sekali…”
“Sekali dengan Kak Cen…”
“Dengan Kak Imah.”
“Dia, dia datang, nak pujuk angah…” tutur angah menambah. Safi perasan sejak pembedahan kali kedua, angah seperti mendapat sedikit kesukaran untuk bertutur. Ayat-ayat yang biasa diguna kebanyakannya adalah ayat-ayat yang pendek sahaja.
“Nak pujuk angah? Nak pujuk buat apa?” soal Safi lagi.
“Nak…”
“...nak ajak angah, buat kimo.”
“Buat dekat sana.”
“Kak Imah kata…”
“...bos lama angah, dia nak adjust.”
“Nak masukkan angah dekat sana.”
“Tapi kan angah cakap yang angah tak nak buat kimo, bahaya. Dah tu macam mana?” balas Safi cuba untuk mengerti. Angah hanya terdiam sepi sambil ditemani persolan yang sama sejak sekian lama.
“Has, maaflah sebab baru sekarang aku dapat sampai. Masa kau operate hari tu memang aku nak sangat datang, tapi kau tahulah macam mana kerja kita. Nak-nak dah tukar ke pejabat kesihatan ni, kita je yang jaga. Memang terkekang la sikit masa.” tutur Fizah pada angah yang sedang duduk bersila dan angah hanya membalasnya dengan senyuman.
“Luka tu dah sembuh ke? Boleh aku tengok?” soalnya meminta kebenaran.
“Hmm, dah sembuh dah.”
“Cuma, tak bolehlah…”
“... nak berlari lagi…” balas angah masih tersenyum sambil menyelak baju, memakbulkan permintaan rakan. Cen dan Imah turut sama meneliti kesan parut pembedahan yang takkan dapat untuk ditanggalkan.
“Panjangnya dia bedah Has. Mesti sakit kan?” soal Fizah dengan wajah tenang, cuba untuk bertenang.
“Besar..besar..”
“Besar mana Safi?” soal angah pula pada Safi yang ada di hujung kaki kerana dia tak berapa mengingati.
“Dekatlah besar bola keranjang. Kalau tak silap berat dia 18 kg.” jawap Safi mencerita apa yang diketahuinya.
“18kg!” balas ketiga-tiganya terperanjat besar.
“Hmm…” tutur angah pula sambil sambil mengangguk-anggukkan kepala.
“Has? Macam mana? Kau setuju tak nak buat rawatan dekat sana?”
“Aku bukan apa, kalau kau buat rawatan dekat sana, senanglah sikit nanti aku nak datang tengok. Seremban dengan PJ, tak adalah jauh mana, tapi kalau kau buat rawatan di Kuantan, susahlah sikit aku nak datang tengok kau.”
“Ha, sebelum aku terlupa, ni, Izam kirim salam. Dia tak dapat datang sebab tak ada cuti. Lagipun minggu ni dia on-call, memang susahlah nak bergerak.” tambah Fizah memberitahu.
“Hmm…takpa…” jawap angah serdahana. Kerana dia tak mahu membebankan sesiapa, kawan-kawan terutamanya. Dia tak gembira dilihat dalam keadaan begitu. Lemah dan tak menentu kerana seboleh-bolehnya dia mahu sentiasa diingati sebagai seorang rakan yang sentiasa berbakti. Namun, entah kenapa, bila memikirkan tentang masa depan, dia sudah mula tidak nampak apa-apa. Mungkinkah itu tanda, yang hidupnya sudah tidak lama? Soalnya pada diri sebelum air mata yang cuba sedaya-upaya ditahan jatuh juga.
“Has…” tutur Fizah dan Cen memujuk sebelum mereka akhirnya berpeluk dan sama-sama berhujanan dengan air mata. Imah yang memerhati turut sama dilanda hiba.
“Dahlah, jangan nangis. Takpa, kami ada.” tutur Cen sambil menepuk-nepuk lembut bahu angah.
“Has, kau takut ke?” soal Fizah pula ingin membantu apa yang termampu.
“Hmm…” balas angah sambil mengangguk. Safi yang berada di dapur turut sama berkongsi rasa sedihnya kerana sekarang barulah dia tahu, walaupun sentiasa dilihat kuat, angah tetap wanita biasa. Punya perasaan gementar juga.
“Kau tahu kan yang mak aku pernah buat kimo lama dulu, waktu kita study lagi dekat u. Mak aku dapat sembuh. Tengok, sampai sekarang mak aku sihat. Alhamdulillah, syukur pada Allah.”
“Mak aku cakap cubalah. Lagipun kau muda lagi, kuat lagi. Kanser ni pun baru tahap tiga kan? InsyaAllah, tak ada apalah.” tambah Fizah semula, cuba untuk meyakinkan.
“Kita usahalah dulu ya.” tuturnya kekal memujuk.
“Betul Kak Has, kita cubalah dulu. Kita ikhtiar mana yang kita mampu. Puan Logesh dah setuju nak terima Kak Has dekat sana. Soalnya tinggal bila. Bila-bila Kak Has dah sedia, boleh terus datang ke sana. Dah tu macam mana? Bila akak nak datang?” soal Imah pula menceritakan akan tawaran, namun angah dilihat masih sukar untuk membuat keputusan.
“Has, bolehlah ya. Nanti, dapatlah kami tengok-tengokkan kau. Izam punyalah pesan pada aku, suruh aku bawak kau ke sana. Sebab dia nak sangat jumpa. Sejak kita pindah tempat kerja, dah bertahun juga rasanya kita tak jumpa. Tu yang dia terasa sangat.”
“Jadilah ya. Nanti bila kau dah sedia kau bagitahu. Lepastu kita settingkan semua. InsyaAllah, kami ada. Bagilah kami peluang untuk tolong kau pulak kali ni, sebab selama hari ni, kau yang dah banyak sangat tolong kami.” ucap Fizah minta dipertimbang membuatkan pendirian angah sudah sedikit goyang.
“Makan pak cik…” sapa Fizah, Cen dan Imah pada abah yang baru keluar daripada bilik tidurnya.
“Ha ha, makanlah dulu.” tutur abah sebelum mencapai kotak rokok dan pemancis api yang ada di atas almari.
“Awak memang hanya tahu nak melepaskan sesak awak je kan?!” gerutu abah kasar namun masih rendah kadarnya saat terlihat mak masuk ke bilik, membuatkan mak nyaris tersedak.
“La illa ha illallah…awak ni kenapa? Tak pasal-pasal nak mengamuk. Apa pulak salahnya kali ni?” soal mak terkejut pada tuduhan yang dilemparkan.
“Huh!” balas abah merentus sebelum bergegas menyarung seluar dan baju lalu kaluar daripada situ.
“Pak cik…” sapa Imah pada abah yang sudah keluar.
“Ya ya…” jawap abah ringkas sebelum beredar. Bunyi ngauman enjin motosikal membuatkan mak sedar, yang abah tak gembira dengan kehadiran tetamunya.
“Kak Has, jomlah mandi!” teriak Imah pada angah yang sedang duduk sambil memerhati dari atas tebingan sungai yang landai. Sempat juga dia menggelengkan kepala, menolak ajakan.
“Has, jomlah turun!” ajak Fizah pula masih mahu melibatkan angah bersama.
“Tak nak, aku tak nak, sejuk.”
“Sejuk kan?” soalnya pula beserta gelengan.
“Ha! Punyalah sejuk!”
“Seronaknya mandi kat kampung kau Has. Sampai hati, selama hari ni, tak pernah pun ajak kami datang sini.” tutur Fizah lagi, sedikit merajuk hati.
“Bukan aku tak nak ajak, cuma…” balas angah sambil memikirkan alasan terbaik untuk diberi. Setelah terfikirkan abah dia jadi pasti, yang abah takkan rasa selesa nanti.
“Cuma…”
“Korang pun…”
“...bukan pernah nak mintak datang.”
“Dah?” soalnya semula, membalas dengan hemat.
“Hehehe…iyalah. Selama ni bila cuti, kita dok sibuk planning nak jalan sana, nak jalan sini, tapi…”
“Tapi Kak Has tak pernah cite pun yang kat kampung ada sungai yang cantik macam ni. Jernih betul airnya. Tak tercemar pun lagi. Sejuk, bersih, wah! Memang seronoklah!” tutur Imah sebelum menyelam, bergembira dengan waktu yang ada. Angah segera tersenyum, gembira bila mendengar pengakuan yang berbentuk pujian pada sebahagian alam semulajadi yang masih dapat dikekalkan lagi.
“Safi, jomlah mandi sekali!” tutur Kak Cen pula pada Safi yang baru tiba.
“Takpa takpa! Akak mandilah.” balas Safi sebelum duduk di sebelah angah.
“Jangan duduk atas tanah macam tu…”
“...gatal nanti.” tutur angah menegah.
“Tak adalah, mana ada gatal, sebab Safi suka tanah.” jawap Safi sambil tersenyum menampakkan gigi.
“Iyalah tu.”
“Nanti kalau dah gatal, ha, baru tahu.” balas angah sambil menggeleng-gelengkan kepala sebelum mata keduanya sama-sama menemani rakan-rakan yang belum puas menyegarkan badan.
“Angah, barang-barang angah semua yang ada dekat dalam bilik tu semuanya nak bawa balik kan? Yang tu je ke? Ke ada yang lain lagi?” soal Safi yang sedang bersiap-siap sebelum bertolak ke Kuala Krai bersama Man untuk mengambil segala barang-barang di rumah sewa angah.
“Ha, bawak balik semua.”
“Ada…nanti…”
“...kalian jangan lupa ambil barang…”
“...yang ada dekat…”
“...dekat bawah katil tu sekali.”
“Dekat bawah katil sekali? Ada barang dekat bawah katil?” soal Safi mahu memasti.
“Ada. Ada…”
“...ada bakul dekat bawah tu.”
“Dekat dalam tu ada…” tutur angah tersangkut-sangkut lagi. Safi cuba untuk kuatkan hati dan menunggu dengan sabar apa yang ingin angah katakan. Gangguan pada pertuturan angah nampak makin ketara. Selalu tersangkut-sangkut dan angah kelihatan perlukan masa untuk berfikir sebelum berbicara. Bila difikirkan, mungkinkah itu kesan bawaan ubatan atau tanda tekanan? Safi menghela nafas dalam untuk mententeram hati yang tiba-tiba dilanda kecewa. Kecewa kerana dia tak dapat banyak membantu dalam hal itu.
“Kenapalah kau tak belajar rajin-rajin Safi, dan jadi doktor je dulu?” bisiknya di dalam hati.
“Takpa, nanti kena ambil bakul tu bawa balik. Lepastu lagi? Nak bawak apa lagi?” soal Safi tak mahu angah terlalu memeras fikirannya.
“Ha…lagi..” balas angah pula sambil tekun memikirkannya lagi. Safi yang memerhati rasa luluh hati saat terlihatkan angah yang bersusah-payah berusaha untuk mengingati.
“Kesiannya angah…” bisiknya, tanda simpati bila angah dilihat semakin hari semakin kehilangan diri.
“Angah takpalah. Nanti kami angkut je semua yang ada dalam bilik tu balik. Apa yang kali jumpa, semua kami bawak balik. Dengan katil-katil kami angkut sekali.” balas Safi tak mahu bersoal jawap lagi.
“Janganlah…”
“Janganlah sampai bawak katil sekali…”
“Katil tu, angah dah suruh Mak Su ambik.”
“Bagi, bagi pada dia jelah.” ucap angah, sebelum tersenyum.
“Dahlah, kami bertolak dulu ya. Nanti sampai sana kami telifon. Kalau ada apa-apa lagi angah telefon bagitahu. Kami pergi dulu ya. Assalammualaikum…” tutur Safi sebelum beredar bersama dengan Man.
“Man,…bawak kereta elok-elok.”
“Jangan, laju-laju.”
“Jalan dekat Merapoh tu, kecik…”
“...bahaya.”
“Bawak elok-elok...” pesan angah yang turut sama menghantar mereka ke muka pintu.
“Ok. Angah jangan risaulah. Nanti kalau Man penat, Safi kan ada, Safi boleh bawak.” balas Man pula.
“Iyalah tu Safi bawak. Boleh tu memang boleh, tapi dekat situ jelah maksudnya. Takkan bergerak ke mana-mana.” jawap Safi yang belum berani lagipun dia masih tidak mempunyai lesen kereta, kalau motosikal tu ada. Lagipun kosnya bukan juga murah.
“Hati-hati…” tutur mak dan angah serentak, mendoakan kesejahteraan Safi dan Man yang sudah mahu memulakan perjalanan.
“Ok. Angah jangan lupa makan. Mak masak sedap-sedap untuk angah…Assalammualaikum…” lauh Safi dari kejauhan sambil melambai tangan sebelum kereta bergerak meninggalkan kawasan perumahan.
“Iyalah, waalaikumussalam…” balas mak dan angah turut sama membalas lambaian berteman harapan agar perjalanan Safi dan Man, dipermudahkan.