Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
901,623
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 53 B ; Dato menyanyi untuk Hani

Malamnya pula diadakan majlis makan malam meraikan pekerja-pekerja Mega Group. Majlis diadakan di Hotel Vistana. Temanyanya adalah Arabian Night. Maka Hani memakai jubah dengan mukanya ditutup dan menampakkan anak mata sahaja. Hani duduk semeja di sebelah Kak Qismah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa… diikuti dengan ucapan Pengerusi Dato Seri Zainal. Selesai ucapannya… Dato Z pula yang memberikan ucapan. Tepukan gemuruh berkumandang apabila Dato Z mengumumkan bonus dua bulan diberi kepada semua pekerja. Syarikat pada tahun lepas telah mendapat untung sebanyak RM 28 juta ringgit berbanding RM 25 juta ringgit pada tahun kewangan sebelumnya. Dijangkakan pada tahun ini, syarikat akan untung 35 juta ringgit kerana beberapa projek besar telah berjaya diraih oleh Mega Group. Antaranya projek besar Mega Group dapat dimenangi baru-baru ini ialah pembinaan 2 stesen MRT yang bernilai RM 250 juta ringgit setiap satu.

Sejurus selepas Dato Z berucap, majlis makan malam dimulakan. Makanan yang dihidangkan pun adalah mengikut tema iaitu makanan arab. Suku kambing dihidangkan di tengah-tengah meja untuk dimakan bersama nasi arab. Semasa makan, persembahan hiburan diadakan. Jamal Abdillah dan juga penyanyi rock kapok kesukaan Dato iaitu Rahmat Mega menghiburkan tetamu dengan 3 buah lagu hit setiap orang didendangkan. Selepas persembahan nyanyian, tiba pula masanya persembahan teater oleh para pekerja. Mereka meniru karekter pekerja-pekerja pejabat. Antaranya mereka meniru gaya garang dan tegas Dato Seri Zainal, gaya Dato Z yang agak romeo, juga watak wartawan Ahmed yang patah dan juga meniru gaya Aisy yang tergedik-gedik ( Hmmmmm.. walaupun ada yang ketawa… Hani hanya mendiamkan diri. Rasa tidak elok pula ketawa di saat Aisy berada di dalam kesusahan ). Tamat teater Dato Z naik ke pentas… semua pekerja yang hadir bersorak ;

“Baiklah.. saya dan Dato Zainal sangat terhibur dengan persembahan teater tadi. Besok… jangan lupa beri surat tunjuk sebab di atas meja saya” diikuti deraian ketawa pekerja.

“Dan saya akan saman kamu semua bagaimana saya saman wartawan tersebut” gurau Dato.

“Jangan bimbang. Saya tidak sekejam itu. Hari ini adalah untuk kita semua pekerja berhibur setelah setahun kamu semua bersusah payah dan bekerja keras untuk syarikat. Hari ini tibalah masanya saya menghiburkan anda semua” semua pekerja bersorak. Beberapa pekerja duduk di peralatan muzik yang disediakan. Dato Z akan menyanyikan lagu sambil diiringi oleh Band.

“Suara saya tidak sedap… tapi takpelah. Kalau hujan balik nanti minta maaflah. Terimalah bayangan gurauan versi Dato Z” semua pekerja bersorak. Band mula memainkan muzik,,, Dato menyanyi dengan sepenuh hati.. sedap juga suaranya.. malah apabila menarik suara… Dato berjaya mencapainya ;

“Andai diberi emas permata.. ku pilih senyumanmu.. andai ku punyai mahligai indah… kuhadiahkan untukmu.. dalam berjuta bintang berkelipan.. kau bagaikan kejora” begitu puitis lagu itu dilantunkan. Malah ada yang memasang lighter mengiringi persembahan Dato. Selepas nyanyian lagu itu habis.

“Ok… berpeluh juga saya hendak menyanyikan lagu tersebut. Seterusnya… lagu yang istimewa.. untuk orang yang istimewa.. terimalah” lampu dewan ditutup.. hanya lampu sorot yang menyuluh Dato.. lagu yang agak perlahan ;

“Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu” adakah Dato menyanyikan lagu ini untuk aku?

“Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa, haaaaa” Dato turun ke bawah pentas… seorang pembantu Dato memberikan bunga kepadanya.

“Kasihku… ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya” Dato bergerak dari satu meja ke satu meja.

“Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu” satu lagi lampu sorot dipasang yang dihalakan kepada Hani.. Hani terkejut… sorakan bertambah kuat.

“Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal adanya kamu” Dato Z bergerak ke meja Hani

“Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa, haaaaa” Dato Z berdiri di sisi Hani

“Kasihku… ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya” Dato Z memberikan jambangan bunga kepada Hani. Hani bangun dan mengambil jambangan bunga tersebut… pipinya memerah. Dato terus menyanyi.. sorakan semakin ligat. Dato kembali semula naik ke atas pentas.. kini lampu sorot masih menghala ke arah Dato Z dan juga Hani. Dato menghabiskan nyanyiannya.. setelah habis nyanyian… Dato menbongkokkan badannya. Semua pekerja bangun dan bertepuk tangan ;

“Romantiknya Dato” kata Qismah… hanya masih duduk tidak percaya. Kemudian Dato turun ke bawah pentas dan kembali ke mejanya….. satu malam yang romantik!!!!!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.