“Dia buat sial dengan aku! Dia belum tahu
lagi aku siapa!!!! Kau !!! Kau adalah orang yang dicintainya… aku akan gunakan
kau untuk suruh Zaffran membawa fail yang aku hendak. Hahahahahahaahahahahah..
kau ingat kau bijak.. aku lagi bijaklah Z” bentak Hasdi.
“Nanti kejap.. kau kata.. aku adalah
orang yang dicintai Dato? Kau ni biar betul.. sejak bila aku bercinta dengan
Dato? Untuk pengetahuan kau… Dato tidak pernah meluahkan isi hatinya kepada
aku.”
“Kau memang tidak sedar Hani. Tapi aku
menyedarinya dan Zaffran sendiri yang memberitahu aku yang dia mencintai kau.
Sebab itulah aku jauhkan diri dari kau dan membiarkan cinta aku kepada kau
beralih kepada Zaffran. Tapi tengok apa yang dia buat kepada aku!!! Dia sanggup
lapor kepada Polis yang aku ambil duit syarikat” jelas Hasdi. Oh! Patutlah hasdi sejak dua menjak ini
menjauhkan diri daripada aku.. ingatkan dia sudah give up untuk mengurat aku..
rupanya dia beri laluan kepada Dato.
“Tapi memang betulkan apa tindakan Dato
ambil… Hasdi mengambil duit syarikat.. bukan sedikit… tapi 8 juta.. tentulah
dia melaporkan kepada Polis.”
“Kau menyebelahinya… aku tidak kira… aku
akan gunakan kau untuk dapatkan fail yang aku hendak.”
“Kalau kau gunakan aku… kau ingat Polis
akan lepaskan kau?” Hani cuba menggunakan pendekatan psikologi/
“Aku tahu Polis tidak akan lepaskan aku.
Sebab itu aku sudah buat perancangan untuk lari ke sempadan dengan engkau
sebaik aku dapat apa yang aku hendak. Aku akan bawa kau dan abang kau.. kita
bina hidup baru.. abang kau jadi wali” what!!! Not in million years aku akan
menerima Hasdi sebagai suami aku!!!!
“Taknak aku kahwin dengan kau de!!!”
bantah Hani..
“Hahahahaahahhaah.. sekarang yang
berkuasa adalah aku. Kau ikut sahaja cakap aku.. kalau kau hendak selamat.”
“Kalau aku enggan.. kau hendak bunuh aku
pula.. bunuhlah. Aku sanggup mati dari jadi isteri orang gila!!!” tegas Hani.
“Ya.. aku sanggup membunuh. Tapi bukan
engkau… abang kau.. hendak?”
“Kau!!!!” pandai Hasdi menggunakan kelemahannya.
“Hahahahahahaahhahahahahaha…. Sekarang..
diam.. aku hendak telefon Z keparat” Hasdi mengambil telefon bimbit dari dalam
poket dan mendail nombor Dato Z ;
“Hello along… lama tak berbual.. sihat”
katanya sebaik sahaja Dato Z mengangkat telefon.
“Kau hendak apa ha?” Hani dapat
mendengar perbualan tersebut kerana Hasdi menekan butang speaker kuat.
“Relaks.. salahkah sepupu hendak
menelefon sepupunya sendiri.”
“Kau ni kenapa? Apahal telefon aku” Dato
Z mungkin berang diganggu oleh Hasdi yang menjadi musuhnya kini.
“Sombongnya.. baiklah.. biar aku
berterus terang. Pandaikan kau tukarkan fail kewangan dengan Fail laporan
pengarah. Macam tahu-tahu yang aku hendak ambil fail tersebut.”
“Sebab aku tahu mungkin ada beberapa
orang kuncu-kuncu kau akan cuba mengambil fail tersebut. Jadi aku sorokkanlah..
dan terbukti telahan aku benar….”
“Tak guna kau… kau pandai sangat yer.
Sekarang ini.. nyawa awek kau di dalam bahaya.. aku mahu kau datang jumpa aku
sekarang.”
“Awek aku? Siapa? Ika? Wiwi? As?”
banyaknya awek…..
“Kasih yang kau pendamkan… Hani.”
“Apa!!! Kau culik Hani semata-mata
hendak dapatkan fail kewangan? Kau dapat pun kau ingat kau boleh lepas dari
Polis? Polis akan cari kau sehingga ke lubang cacing tahu tak!!!” gertak Dato
Z.
“Ada aku kisah? Sekarang ini kau hendak
kekasih kau si Hani ini selamat atau tidak? Kalau nak… bagi fail kewangan itu
cepat. Aku takde masa hendak berbual-bual. Ini hani dengan aku!!! Hani.. kau
cakap dengan pakwe kau ni” Hasdi menunjukkan telefon kepada Hani.
“Dato!!! Jangan pedulikan Hasdi… panggil
Polis!!!” jerit Hani.
“Along.. kau dengar sini. Kalau kau
beritahu Polis… maka kau tidak akan berjumpa lagi dengan Hani untuk
selama-lamanya. Aku mahu kau datang ke Mimiland sebelum pukul 12.00
tengahmalam… ingat,… datang seorang… orang aku akan tunggu di pintu masuk
Mimiland. Ingat tu along… bawa dokumen yang aku hendak!!!” Hasdi menamatkan
talian… kemudian beliau mendail lagi ;
“Oi.. korang masih dekat luar lagi?”
“Ya Boss!!!”
“Aku mahu kau jaga di pintu masuk
utama.. tunggu Dato Z datang. Pastikan yang dia datang seorang sahaja… aku
tidak mahu ada orang mengekorinya samada Polis atau pengawal peribadinya…
faham!!!!”
“Faham boss” Hasdi menamatkan perbualan.
“Kau.. ambil kerusi untuk tetamu kita
ini… kita tunggu Dato” pembantunya mengangguk dan mengambil kerusi untuk Hani..
Hani duduk.