Bab
2
Temuduga
yang hampas
Masuk
sahaja ke dalam bilik temuduga….. Hani duduk di kerusi yang disediakan.
Dihadapannya kini 2 orang ahli panel… seorang lelaki dan seorang perempuan.
Lelaki itu Hani kenal… itulah dia Dato Zaffran yang artis muda yang baru
hendak naik berlumba-lumba hendakkan. Orang persis angkasawan negara… Sheikh
Muzaffar… badannya tegap,, ada otot… dan nampak berwibawa ( Hani kenal muka
Dato ini kerana Dato Zaffran kerap keluar dalam rancangan hiburan digosipkan
dengan artis sana sini ). Beliau hanya berpeluk tubuh dan memandang Hani seperti hendak menelannya...
kemudian beliau tersenyum… senyuman yang bisa mencairkan mana-mana gadis. Hani membalas senyumannya. Kemudian penemudaga perempuan yang Hani rasakan seorang
anak dara tua bercermin mata berhenti mencatatkan sesuatu dan memandang Hani;
“Nama awak NurHani Edora Bt Osman”
“Ya saya” jawab Hani yakin.
“Saya Cik Hayati Bt Khairul… saya
adalah pengurus besar sumber manusia syarikat ini. Salam perkenalan” betullah
dia ni anak dara tua…. Nampak macam sudah 40 tapi masih cik.
“Terima kasih kerana memberi saya
peluang untuk ditemuduga di syarikat yang gah ini” kata Hani berbasa basi.
“Ok kita mulakan dengan awak
mempekenalkan diri awak dahulu” kata Cik Hayati.. jadi Hani pun mulalah menjual
dirinya…. Hani awal-awal lagi sudah berlatih dihadapan cermin semalam. Hani
menuturkan kata-kata dengan sopan dan kemas tapi penuh keyakinan. Sebaik sahaja
beliau habis memperkenalkan diri Cik Hayati menyanyakan dirinya bertubi-tubi
dari kemahiran berbahasa inggeris, pendidikan dan pengalaman. Dato Zaffran
tidak menyampuk atau bertanya apa-apa semasa Cik Hayati bertanya…. Dia hanya
melihat resume Hani dan sesekali memandang Hani. Setelah hampir 20 minit ditanya
oleh Cik Hayati… Cik Hayati memandang Dato Zaffran;
“Ok Dato Z… I rasa sudah cukup I
bertanya. Dato ada apa-apa soalan” Dato Zaffran mengangguk dan memandang Hani;
“U memang pakai tudung ker?”
nampaknya benarlah kata-kata 2 orang ayun itu tadi…
“Ya.. dari sekolah saya pakai”
“Bukan fesyen?”
“Bukan.. saya pakai kerana tuntutan
agama”
“Syarikat ini urban… metro… u tengok
saya… urban.. metro. Kalau kamu dapat kerja ini.. boleh tak kamu buka hijab
kamu?” wah! Ini sudah melebih…
“Maafkan saya kalau saya ini kurang
hajar dengan Dato. Saya rela tidak menerima tawaran kerja dari syarikat Dato
jika saya perlu ikut polisi syarikat yang tidak membenarkan pekerja wanita
bertudung”
“Kamon Nurhani.. kita sekarang sudah
maju.. urban…. Kamu tahukan syarikat ini sudah melebarkan sayap ke peringkat
antarabangsa. So pekerja-pekerja di syarikat saya perlulah berpersonaliti yang
world juga. Sebelum jumpa saya.. mereka akan jumpa awak dulu. Persepsi itu
penting Nurhani”
“Baiklah.. jika itu tanggapan Dato..
saya rasa samapi disini sahajalah sahaja, saya tidak sanggup lagi Dato
memperlekehkan saya” Hani mengemaskan fail-failnya.. dalam hatinya geram.
“Eh! Sabar dulu Cik Nurhani.. saya
belum habis bercakap lagi” kata Dato Zaffran. Hani bangun;
“Saya rasa, saya tidak perlu
meneruskan sesi temuduga ini Dato. Saya memang tidak menepati ciri-ciri yang
Dato mahukan. Dato mahukan seorang Pembantu peribadi yang seksi, urban, tidak
berhijab dan sosial. Saya tidak menepati ciri-ciri tersebut Dato. Jadi saya
tidak mahu membuang masa saya. Maafkan saya” Hani mula meninggalkan ruang
temuduga… apabila dia membuka pintu… Hani berpaling kepada Dato Zaffran ;
“By the way Dato…. Selepas saya ada
dua orang calon yang saya rasakan sesuai untuk Dato. Saya tidak akan gadaikan
agama dan maruah saya untuk Dato. Assalaimualaikum” Hani terus keluar dari
bilik temuduga. Beliau melepasi 2 orang perempuan seksi yang
tergelak-gelakkannya.. Hani bengang ;
“Oi! Kau 2 orang diamlah! Walaupun
aku ini tidak dipandang mulia oleh Dato atau korang berua tapi aku berharap aku
dipandang mulia di sisi Allah!” lantas meninggalkan bangunan Mega group.