Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,839
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 6 full ; berjalan-jalan dengan Dato

Bab 6

Bermalam di hotel

Pukul 9.00 malam selepas solat Isyak, Hani bersendirian di dalam bilik menetelaah salinan fail-fail kewangan dan pengurusan yang diberi oleh pegawai-pegawai projek Dato petang tadi. Pening kepala juga dia melihat fail-fail kewangan ini dan semuanya perlu diselesaikan dalam masa 3-4 hari  kerana bayaran perlu dibuat kepada pembekal pada tempoh yang dijanjikan. Siot ! Dato tah-tah sedang bersuka ria dengan perempuan mana malam ini. Aku pulak yang kena menghadap semua fail ni. Patutlah bayar gaji aku mahal. Aku pula yang buat separuh kerja dia dan kerja dia cuma membaca laporan yang aku buat. Kemudian ubah sini sana sikit dan tandatangan dokumen. Sabar jelah.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Hani melihat nombor tertera. Dato gatal ;

“Hi... Hani buat apa tu?” kata Dato di hujung talian... tidak reti beri salam ker?

“Saya sedang buat semakan dan laporan fail-fail kewangan Dato” tanya lagi tengah buat apa.

“Jom pi makan dekat pasar malam green lane” Dato ini tidak kenyang-kenyang ke melantak nasi mamak petang tadi.

“Saya kenyanglah Dato” Hani memberikan alasan.

“La... kita pergi makan jer pun.. Chow kuew Tiew dia sedap tau... lagipun sesekali pergi Ipoh. Jom. Kerja-kerja juga... malam kita kena relaks” pujuk Dato Z.

“Ok.. pergi makan sahaja” Hani akur.. betul juga... sampai bila aku hendak bekerja sahaja. Lagipun alang-alang sudah ke sini. Baik jalan-jalan ambil angin.

“Ok” malam buat apa aku hendak fikir pasal kerja.. lagipun aku pening tengok data-data kewangan ini semua. Besok aku balik Kuala Lumpur, aku suruhlah Aisy buat invois dan baucer ini semua... heehehehehehehehehehehe.

{{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 9,45 malam mereka berdua sampai di pasar malam Green lane di Ipoh. Mereka berjalan-jalan dahulu di pasar malam melihat-lihat barang yang dijual.. hendak makan kenyang lagi. Dato Zaffran begitu tertarik dengan barang antik yang dijual disini.. sedangkan Hani amat tertarik dengan baju dan juga beg wanita yang dijual. Cantik-cantik belaka…. dan yang bestnya Dato Z membelikan Hani sebuah beg dan sepasang kasut yang beliau hendak beli. Hani pada mulanya menolaknya… tapi Dato kata itu hadiah dia berikan kepadanya merana menolongnya buatkan laporan nanti. Hani bersetuju sahaja walaupun mulut jahat ini hendak saja mengatakan beg Gucci pasar malam je ker…. Kemudian setelah puas berjalan Hani dan Dato Zaffran ke gerai menjual Kuew tiow yang terkenal itu.. setelah memesan makanan ;

“Awek Dato Ika tak marah ke keluar dengan saya ini” tanya Hani.

“Apalah.. Ika itu bukan awek saya ler” jawab Dato.

“Dato…. Jika tiada angin itu masakan pokok boleh bergoyang Dato.”

“Ya… tapi anginnya cumalah khabar-khabar angin sahaja. Betulkan?” mana aku tahu betul ke tidak?

“Saya tidak percayalah…. Kalau tidak betul takkanlah keluar di dalam rancangan Irama Dato… berita hiburanpun tengah hot pasal hal ini. Dato taja BMW diakan” Hani inginkan kepastian.

“Hah…. Fitnah semata-mata. Bukan saya yang taja la.. itu kawan saya yang taja. Orang lain yang dapat sedap saya yang dapat tahinya” Hani mengerutkan dahinya tidak faham.

“Maksud Dato?”

“Ya.. memang saya tidak menafikan saya pernah berkawan dengan Ika.. tapi awal-awalnya dahulu dia ok.. selepas 2-3 bulan. Ika mula menunjukkan belangnya. Semua hendak yang mahal-mahal.. nak kereta.. hendak kondo… bagi saya sudah melampau.. jadi saya tinggalkan dia. Bankraplah saya kalau saya layan permintaannya” jelas Dato Z.

“Jadi kawan Dato ngurat Ika.”

“Ya… kawan saya itu memang terkenal dengan gelaran sugar daddy. Dia walaupun tidak sekaya saya.. tetapi akan memenuhi semua permintaan Ika. Kereta BMW itu dia kawan saya yang hadiahkan.”

“Kenapa Dato tidak berterus terang kepada media?”

“Kan saya sudah nafikan.. tapi biasalah orang kita. Mudah percaya dengan gossip. Saya juga sudah malas hendak melayan soalan wartawan. Lagipun saya kesian dengan kawan saya itu.”

“Kesian?” tanya Hani tidak faham.

“Jika saya beritahu kawan saya itu yang menaja kereta Ika… saya rasa anunya nanti akan dipotong. Isterinya itu garang sangat.”

“Hahahahahahaha.. lelaki-lelaki… walaupun sudah ada isteri masih lagi hendak dipasang lagi.”

“Entahlah.. banyak benda-benda negatif yang dilaporkan mengenai saya di blog atau media hiburan. Sedangkan semuanya itu fitnah. Ini membuatkan orang ramai mempunyai persepsi bahawa saya ini Dato yang mencari pucuk-pucuk muda, Dato miang dan paling saya suka… duda hot” Dato Z mengelengkan kepala.

“Dato carilah pengganti cepat-cepat… mesti fitnah itu lenyap dengan cepat” cadang Hani.

“Entahlah… tengoklah macamana” makanan kami sampai… sambil makan kami berbual-bual tentang diri masing-masing. Dato mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan dahulu… sepasang. Dato bercerai dengan isterinya kerana tidak tahan dengan karenah isterinya yang lebih sibuk di luar berbanding menguruskan hal keluarganya. Jadi berpisah adalah jalan yang terbaik.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.