Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
905,842
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 10 full ; Mula menyiasat

Bab 10

Mula menyiasat!

Besoknya pagi-pagi lagi Hani sudah sampai ke pejabat dengan menaiki motor ayahnya yang tidak digunakan. Pertama sekali beliau pergi ke bilik fail bahagian kewangan dan membuat salinan senarai sebut harga dan invois setahun yang lalu. Apabila beliau sudah membuat salinan tiba-tiba Aisy menegurnya ;

“Aik! Sejak bila kau kerja bahagian kewangan ni?” tanya dengan perasaan kurang senang.

“Aku hendak buat reportle,,, aku inikan PA kepada Dato.. semua bahagian aku kena buat laporan… kena tahu. Nanti Dato hendak.. aku sudah siapkan” Hani memberi alasan.

“Sampai naik kereta Dato? Sedapkan ada orang hantar balik?” perli Aisy.

“Kau ingat aku hendak sangat ke naik kereta Dato? Motor aku pancit… dan aku rasa aku tahu siapa yang pancitkan. Kau kan?”

“Suka hati je hendak tuduh aku” tak mengaku!!!

“Dahla.. aku malas hendak layan orang macam kau ni… boleh ketepi sikit. Aku hendak buat kerja ni” Hani berlalu pergi.

“Sebelum kau pergi… ingin aku ingatkan.. bilik ini aku yang jaga sekarang ini. Jadi kalau engkau hendak apa-apa. Tolong beritahu aku dulu” Hani membuat tidak tahu sahaja. Syarikat ini bukan bapak kau punya.. peduli apa aku. Beliau ada perkara yang lebih penting daripada melayan Aisy. Beliau segera menelefon kawan sekolejnya untuk bertanyakan tentang harga bahan binaan sejak setahun yang lalu. Kawannya si Razlan itu kini bekerja sebagai pembantu kewangan sebuah syarikat pemaju perumahan yang terkenal.. antara tugasnya adalah meluluskan sebutharga barang-barang binaan. Walau bagaimanapun.. laporan perkembangan projek dan kewangan di Ipoh tetap Hani utamakan.

{{{{{{{{{{{{{{{{

Sudah seminggu Hani membuat siasatan.. dan hasilnya sangat mengujakan! Ternyata ada ketirisan dan penipuan di dalam sebutharga. Apa yang Hani dapat dari Razlan, Invois yang telah dibilkan oleh KS Chong dan Anuar Supplier Sdn Bhd menunjukkan sebutharga yang diberikan 20 hingga 30 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran. Nampaknya memang betul tekaan Hani.. tetapi beliau mahu menyiasat siapa dalangnya dan siapa pula yang terlibat. Beliau tidak mahu hanya menyampaikan berita yang beliau tahu kepada Dato Z, tetapi beliau ada bukti..

“Tapi dari mana aku hendak mula?” katanya di dalam hati pada malam ketujuh beliau menyiasat kes ini. Televisyen menayangkan cerita kesukaannya. Tetapi fikirannya melayan ke tempat lain.

“Aku tidak boleh menyiasat secara terbuka di pejabat. Ini menimbulkan syak wasangka… dalangnya mesti orang dalam juga” Hani berkata diri di dalam hati. Tiba-tiba sebiji bantal dicampakkan ke mukanya. Hani terkejut… rupanya Ikhwan membaling bantal itu tadi ;

“Kau ni kenapa? Baling bantal kat akak? Nak kena tempeleng?” marah Hani.

“Hahahahahaa.. saya tengok akak tu termenung sana termenung sini. Ingatkan Dato Z yek?” aik.. mana budak ni tahu tentang Dato Z.

“Aik? Mana kau tahu tentang Dato Z?”

“Akak.. kat flat ni semua sudah tahu tentang Dato Z…” ini mesti kerja Kak Joyah.. aduh! Kecoh betullah.

“Akak mana ada hubungan dengan Dato Z dik oi.. itu semua gossip. Akak baru tumpang sekali Dato tu.. dah macam-macam orang kata. Melayu-melayu” Hani mengelengkan kepala.

“Biasalah kak.. mulut orang… ini emak dengan ayah mana? Orang lapar ni.”

“Emak ayah pergi surau.. ada kenduri.. pukul 1o baru balik dik. Makanlah apa yang ada kat dapur.”

“Dah tengok tadi… nasi putih je yang ada.”

“Masak je maggi.. takpun telor. Akak malas hendak masak” putus Hani.

“Nasib-nasib… dapat akak seorang dalam rumah ni pemalas. Patutlah nak sangat jadi Datin kot” Hani mengambil bantal tadi dan dibalingnya semula kearah adiknya.. adiknya berlari ke dapur sambil tertawa. Setelah adiknya menghilang… Hani berfikir semula.

“Hmmmm.. setiap sebutharga diterima oleh kerani bekalan projek… aku perlu mula dari sana.. ya dari sana. Aku akan jumpa kerani projek bila lawatan seterusnya ke Ipoh… aku perlu tanya dia” tekad Hani.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Besoknya Hani melihat jadual lawatan tapak… 2 minggu lagi beliau dan Dato Z akan ke Ipoh. Sementara itu beliau buat bodoh dan menyibukkan diri dengan kerja dan berlakon seolah-olah tidak apa yang berlaku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.