Hani sampai di Berjaya Times Square pada
pukul 10.10 pagi.. Hani menelefon Dato.. Dato sudah sampai.. dia menunggu di
Lobi berdekatan dengan StarBuck.. Hani memimpin anak-anak Dato ke tempat yang
dijanjikan.. sampai sahaja berhampiran Starbuck.. Hani melihat Dato memandang
di luar.. mungkin menunggu Hani.
“Adik dan akak.. nampak ayah? Pergilah”
mereka memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Hani.. mereka mengangguk dan
terus berlari mendapatkan Dato.
“Papa!!!” mereka memanggil Dato.. Dato
menoleh kearah suara yang memanggilnya.
“Asraff.. kakak!!” sahut Dato Z… mereka
berpelukan… Dato mencium kedua-duanya bertalu.. ternyata mereka semua terlalu
rindukan antara satu sama lain. Airmata Hani bergenang.. Alhamdulillah…. Aku telah berjaya menyatukan Dato dengan anak-anaknya
yang dirindui. Hani bergerak menuju ke arah mereka.
“Hani… macamana awak” tanya Dato Z….
“Dato bergembiralah dengan anak Dato..
ubatilah kerinduan dengan anak-anak Dato.”
“Terimakasih Hani… terimakasih.”
“Papa.. hendak main Roller Coaster” kata
Ashraff yang begitu teruja sejak dari tadi untuk bermain Roller Coaster.
“Taknak papa. Kita takut” bantah kakak.
“Takpe.. kita pergi taman tema itu..
adik main Roller coaster.. akak main lain. Ok” kata Dato Z untuk merungkakikan
kebimbangan kakak.
“Ok” jawab kakak.
“Yeeee.. main roller coaster” bertiga
menuju ke taman tema yang ada di dalam bangunan tersebut.
“Papa.. kita berdua puasa tau” kata si
kecil semasa mereka berjalan menuju ke kaunter taman tema.
“Iya… nanti kita buka sama yer. Bagus
anak papa ini.. kecik-kecik dah puasa. Macam inilah anak papa” alamak! Masalah… aku sudah berjanji dengan
Puan Kamelia untuk menghantar anak-anaknya pulang sebelum pukul 7 petang.. aku
perlu memberitahu Dato.. Dato perlu buat alasan supaya anaknya boleh balik
sebelum pukul 7 petang. Dato membelikan tiket untuk 2 orang dewasa dan 2
orang kanak-kanak. Orang tidak beberapa ramai.. maklumlah hari puasa dan orang
lebih suka membeli belah daripada pergi ke taman tema. Mereka mencuba setiap
permainan dan orang paling gembira sekali tentulah Dato dan anak-anaknya…
kemudian mereka berehat seketika. Anak Dato bermain di Playland yang disediakan
;
“Dato… saya minta maaf.. anak Dato perlu
dipulangkan kepada mamanya sebelum pukul 7. Itu janji saya kepada mamanya” Dato
Z memandang Hani.
“Apa? Betul ke?”
“Betul Dato. Itu syarat yang Puan
Kamelia kenakan kepada saya” jelas Hani.
“Takkan tidak boleh lambat sedikit? Saya
berjanji untuk berbuka puasa dengan mereka” kata Dato perlahan. Mungkin kecewa
disebabkan tidak boleh menemankan anaknya berbuka puasa.
“Saya minta maaf Dato… itu janji saya
dengan Puan Kamelia. Jika saya mungkir janji.. Puan Kamelia tidak percayakan
saya lagi. jika beliau tidak percayakan saya lagi…mungkin Puan tidak benarkan
saya membawa anak-anak Dato berjumpa dengan Dato. Harap Dato faham” Dato
mengangguk.
“Jika begitu takpelah. Nanti saya
katakan saya terlupa saya ada majlis berbuka puasa dengan pelabur. Nanti mereka
akan faham… dahulu saya selalu gunakan alasan saya sibuk dengan perniagaan
saya. Saya selalu tidak dapat bersama mereka. Tuhan balas balik kepada saya… 2
tahun saya tidak dapat berjumpa dengan anak saya. betapa rindunya saya dengan
anak-anak saya hanya tuhan yang tahu. Terimakasih Hani….. membantu memujuk
Kamelia…. Saya sendiri gagal memujuknya. Bagaimana kamu lakukan” tanya Dato.
“Hanya perempuan mengenali hati
perempuan… kerak nasi kalau kena caranya Dato. Lembut jadinya. Puan Kamelia
benci dengan Dato disebabkan oleh gossip-gosip dan juga cerita Dato yang selalu
keluar di media. Apa lagi mengenai wanita. Itu yang Puan Kamelia menyampah
hendak berjumpa Dato apabila Dato hendak mengambil anak-anaknya” kata Hani
berterus-terang.
“Iya…… entahlah. Saya berkawan dengan
mereka sebab hati saya ini sunyi… jadi saya ajaklah mereka keluar. Untuk
mengisi kesunyian saya…..”
“Isilah hati yang sunyi dengan beribadat
dengan Allah” kata Hani selamba.
“Kamu perli saya ye?”
“Bukan perli.. tapi itulah caranya.
Dato.. Dato sayang dengan Puan Kamelia?” tanya Hani.
“Dulu sayanglah.. tapi kini tidak lagi
sejak dia buat saya tidak berjumpa dengan anak-anaknya… sayang itu semakin
hilang. Lagipun saya sudah tertarik dengan seorang perempuan ini” jawab Dato
jujur… Aduh! Ingatkan aku hendak satukan
mereka semula.. nampaknya Dato sudah tertarik dengan wanita lain.
“Siapa Dato? Artis? Pelakon? Penyanyi?
Pengacara?” teka Hani.
“Perli saya lagilah tu… kalau saya
sahaja… mesti awak dan pihak media ingat artis.. pelakon. Dia bukan artis..
orang biasa sahaja,”
“Owh,,, semoga Dato dan si dia
berbahagia.”
“Insya Allah” Hani melihat jam.. hampir
pukul 1.30 petang.
“Dato… jom kita main lagi… dekat pukul 2
petang.. banyak permainan yang kita belum main lagi. takut tak sempat.”
“Mari.. saya ingat selepas ini hendak
beli baju raya pula untuk mereka” Hani dan Dato Z bangun dari tempat duduk dan
mendapatkan adik serta kakak. Kemudian mereka berempat menaiki Roller Coaster (
kakak akur menaikinya setelah dipujuk oleh Hani dan Dato z ). Ashraff yang
paling teruja… manakala Hani dan juga kakak menjerit-jerit ketakutan. Mereka
bermain 2 lagi permainan sebelum keluar dari taman teman tersebut. Kami ke
kedai pakaian dan kasut untuk membeli belah Raya. Dato membelikan mereka 2
pasang baju dan sepasang kasut. Pukul 5 petang Hani mendapat panggilan daripada
Puan Kamelia ;
“Ya Puan.. kejap lagi saya hantar mereka
balik ke rumah” Hani ingatkan Puan Kamelia menelefonnya kerana ingin
mengingatkan janjinya untuk menghantar adik dan kakak balik ke rumah.
“Bukan… saya telefon awak untuk
membenarkan Dato berbuka puasa dengan anak-anaknya. Lagipun saya sibuk di butik,,,
maklumlah hendak Raya ini. Biarlah budak-budak itu berbuka dengan papanya” Alhamdulillah.. hajat Dato untuk berbuka
dengan anak-anaknya termakbul juga.
“Baiklah Puan.. nanti saya beritahu
Dato. Saya hendak hantar ke rumah puan pukul berapa?” tanya Hani.
“Sebelum pukul 10 malam… sebelum butik
saya ditutup… awak hantar terus anak-anak saya ke butik. Boleh?”
“Boleh Puan” Puan menamatkan penggilan.
Hani mendapatkan Dato yang sedang memilih kasut untuk si kakak.
“Dato. Puan benarkan Dato berbuka puasa
dengan anak-anak. Tetapi dengan syarat saya hantar adik dan kakak ke butiknya
sebelum pukul 10 malam” Dato mengangguk.. beliau tersenyum.
“Apa!!! Dapat buka puasa dengan papa!!
Yeeeeeee” adik memeluk papanya. Diikuti oleh kakak.
“Adik hendak makan di mana?” tanya Dato
Z kepada adik.
“Papa.. jom makan di Manhattan Fish
Market… lama dah tak makan udang” ajak kakak.
“Adikpun nak makan dekat sana.. makan
udang” kata adik pula menyokong kakaknya.
“Ok.. lepas kita beli kasut kakak.. kita
pergi sana. Kita tempah dulu meja.. selepas itu kita beli mainan dekat Toy r
us. Ok?”
“Yeee.. beli mainan. Nak kereta kebal”
Ashraff melonjak kegembiraan.
“Kakak nak bear besar.”
“Iya.. nanti papa beli” Hani tersenyum
melihat teletah anak beranak. Selepas membeli kasut kakak.. mereka semua ke
Manhattan fish Market untuk menempah meja. Kemudian mereka ke Toy R us untuk
membeli permainan anak-anak Dato.. adik mendapat 2 biji kereta kebal yang
diidamkan manakala kakak mendapat satu bear kecil dan satu bear yang besar.
Hani juga mendapat Bear yang besar hadiah dari Dato. Kemudian mereka bergegas
ke restoran kerana waktu berbuka hampir tiba.. apabila waktu berbuka telah
masuk.. mereka hanya minum air sahaja kerana makanan belum sampai. 10 minit
selepas berbuka barulah makanan yang dipesan sampai.
{{{{{{{{{{{{{{{
Hani sampai di butik Puan Kamelia pada
pukul 9.00 malam.. sejam awal dari waktu dijanjikan. Beliau tangannya penuh
mengendong barang yang dibeli Dato untuk anak-anaknya. Sampai di butik,,, Hani
melihat Puan sibuk melayan pelanggan. Anak-anaknya seperti faham tidak mahu mamanya
sedang sibuk ke belakang butik. Hani duduk di sebuah kerusi sambil menunggu
Puan Kamelia tidak sibuk. 20 minit kemudian… Puan Kamelia datang kepadanya;
“Anak saya ada di dalam ker?” tanya Puan
Kamelia.
“Ya Puan. Barang-barang yang Dato beli
untuk anak-anak Puan pun saya sudah letak di dalam” jawab Hani.
“Terimakasih kerana temankan anak-anak
saya dan berpegang kepada janji. Mulai minggu depan.. awak beritahu Dato… saya
benarkan dia jumpa anak-anak saya setiap hari sabtu.. dengan syarat.. awak
perlu ada. Kedua… pulangkan anak-anak saya tepat pada masanya. Boleh?”
“Boleh Puan.. saya akan beritahu Dato”
kemudian Hani meminta izin untuk pulang kerana malam semakin lewat.