Pukul 12.30 tengah malam, barulah
sesi orientasi yang pertama tamat. Kyra kembali ke biliknya bersama Ezah teman
sebiliknya dikenali semasa perhimpunan pertama petang tadi. Ezah seorang yang
mudah mesra dan agak becok mulutnya. Walaupun baru kenal, Kyra selesa berkawan dengan Ezah.
“Kau
tahu Kyra… aku sebenarnya tak lama duduk bilik ni,” kata Ezah sebaik sahaja
selesai mengelap rambutnya selepas mandi.
“Kenapa?”
tanya Kyra hairan dengan kata-kata Ezah.
Jika
benar, Kyra berasa kecewa. Baru hendak berkawan mesra dengan Ezah… sudah hendak
berpindah ke bilik lain. Ezah duduk di sebelah Kyra.
“Kau
nak tahu… macam-macam cerita aku dengar mengenai kolej ni,” kata Ezah perlahan.
“Ha.
Cerita apa pulak?” tanya Kyra.
“Serem…”
bisik Ezah.
“Ha?”
Ezah terperanjat.
Tok!
Tok! Tok!
Pintu
apartment mereka diketuk. Ezah terus memeluk Kyra.
“Kau
dah kenapa?” tanya Ezah.
“Jangan
buka! Jangan buka!” bantah Ezah.
“Oi
Ezah… Kyra. Bukak pintu… kami Farhana dan Tieok bilik sebelah!” laung suara di
luar.
“Ha.
Itu Tieok dengan Farhanalah. Apa nak takut? Aku buka pintu ye?” kata Krya
meminta keizinan.
“Kau
bukalah. Aku tidak mahu!” jawab Ezah lalu membalut tubuhnya dengan tuala
digunakan untuk mengelap rambutnya.
Kyra
bangun lalu menuju ke muka pintu. Lalu dipulasnya tombol pintu. Apabila dibuka,
kelihatan Tieok dengan Farhana yang mengendeng beg toto.
“Kamu
berdua dah kenapa? Siap bawa toto bagai?” tanya Kyra.
“Kami
berdua tumpang tidur di sini boleh?” tanya Farhana.
Belum
sempat Kyra memberi jawapan mereka berdua menolak Kyra dan terus masuk ke dalam
bilik.
“Kenapa?”
tanya Kyra hairan dengan perbuatan mereka berdua.
“Tutup
pintu dulu. Bilik kamu mana Kyra?” tanya Tieok.
“Tu”
tunjuk Kyra lalu menutup pintu.
Tieok
dan Farhana terus masuk ke dalam bilik. Mereka berdua dah kenapa? Tanya Kyra
yang hairan dengan tindakan jirannya. Kyra masuk ke dalam bilik. Ezah telahpun
bangun.
“Kyra…
tutup pintu,” arah Ezah.
Kyra
mengikuti sahaja arahan Ezah dan duduk di katilnya. Tieok dan Farhana sudahpun
duduk di katil Ezah.
“Kamu
berdua kenapa? Ezah, kamupun pelik. Tadi ok
sahaja?” tanya Kyra.
“Kamu
tak tahu ke lagi Kyra pasal kolej ni?” tanya Farhana.
“Kenapa
dengan kolej ni?” tanya Kyra yang tidak faham.
Mereka
bertiga berpandangan sesama sendiri.
“Kamu
tak google dahulu sebelum datang ke sini?” tanya Tieok.
“Tak…
saya tiada telefon canggih. Saya isi borang onlinepun
pergi kafe siber. Kenapa?” tanya Kyra.
“Ini ostel ada hantu looo!” jawab Tieok
selamba.
Serta
merta kawannya Farhana menutup mulut Tieok.
“Haiya amoi! Jangan cakap kuat-kuat ma! Nanti dia dengar!” marah Farhana.
Tieok
hanya mengangguk.
“Hantu?
Itu saya tak tahu. Jadi kamu berdua datang sini sebab nak tidur dengan kami?
Sebab takutkan diganggu hantu,” tebak Kyra.
Mereka
berdua mengangguk.
“Teruk
sangat ke gangguannya?” tanya Kyra lagi.
“Teruk
Kyra. Sampai ada orang mati tiap-tiap tahun…” jawab Ezah.
“Mana
kamu tahu?” tanya Krya lagi.
“Google.
Perkara ini disahkan sendiri oleh bekas pelajar. Kolej Hang Nadim antara kolej
yang paling keras di Malaysia. Macam-macam hal yang berlaku. Semua pelajar
kalau boleh mengelak untuk tinggal di kolej ini… terutama pelajar perempuan,”
kata Ezah perlahan.
“Ha?
Apa yang berlaku?” Krya terkejut.
Takkan
kena gangguan sampai mati pula. Pihak universiti tidak buat apa-apa ke? Tanya
Krya di dalam hati.
“Ada
yang kena ganggu masa di tandas, ada yang terserempak dengan makhluk itu di
koridor, di taman, tepi kolam. Malah ada yang nampak makhluk itu terbang ke
dalam hutan depan sana tu. Ada yang kena tindih. Ada sampai bunuh diri…
sedar-sedar dah terjun,” jelas Ezah.
“Sampai
begitu sekali? Kalau dah teruk kenapa tak buang sahaja?” tanya Kyra.
“Benda
tu susah nak buang… universiti sudah panggil orang buang. Tapi ini tempat tinggal
mereka. Dulu ada ura-ura nak tutup kolej ni. Tapi keperluan mendesak. Nak
tampung 20,000 pelajar sedangkan asrama yang ada hanya boleh muat 15,000
sahaja. Asrama ini adalah yang tertua dan terbesar. Kalau tutup makin sesaklah
universiti ni. Jadi kes yang berlaku ditutup sahajalah,” jawab Ezah.
“Kenapa
tak bina asrama baru?” tanya Kyra.
“Entahla.
Itu aku tak tahu. Mungkin kerajaan tiada duit. Lagipun bukan nak tampung
pelajar dari negara kita sahaja. Pelajar dari luar negara lagi,” jawab Farhana.
“Nah
Kyra. Kau baca blog ni. Blog Angker… bloggernya mengupas tempat-tempat paling
angker di Malaysia ini. Universiti kita adalah universiti yang paling angker di
Malaysia,” kata Ezah sambil menyuakan telefon pintarnya kepada Kyra.
Kyra
mengambil dan membacanya.
Universiti
paling angker : Universiti Malaysia
Dibina oleh pihak British pada tahun
1955 di tengah-tengah hutan di Sepang sebagai persediaan kemerdekaan Malaya
ketika itu. Dahulu tapak universiti merupakan bekas makmal kajian perubatan dan
sains milik British. Fakulti pertama hanyalah fakulti Pengajian Melayu,
Ekonomi, Perdagangan, Sains dan Kajian Herba. Mula menerima pelajar pada tahun
1958 seramai 200 orang. Kemudian diperbesarkan dari semasa ke semasa sehingga
kini mempunyai 15 fakulti dan 20,000 pelajar. Bangunan asal kini menjadi Pusat
Pengajian Melayu dan Sastera setaraf dengan Universiti Leidin di Belanda.
Bangunan ini dikatakan yang paling
angker dan keras. Asrama yang paling keras adalah Asrama Hang Nadim yang dibina
pada tahun 1970. Dikatakan asrama ni dibina di atas tanah perkuburan orang
asli. Setiap tahun dikatakan ada sahaja yang mati bunuh diri di asrama
tersebut. Pernah ditutup selama setahun untuk kerja-kerja pembersihan… tetapi
masih terdapat lagi kes-kes kematian setiap tahun. Dikatakan mereka yang mati
setiap tahun seorang yang lemah semangat dan mempunyai mental yang lemah yang
memudahkan makhluk-makhluk tersebut masuk dalam diri mereka.
Pihak universiti dan kementerian
menutup kes tersebut itu untuk menjaga nama baik mereka. Mereka memusing cerita
menyatakan pelajar membunuh diri disebabkan tekanan untuk menamatkan pelajaran,
putus cinta, atau mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan. Hasil
penyelidikan penulis mendapati bahawa bukan itu punca mereka membunuh diri sebaliknya
di dorong oleh satu semangat yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk
terjun ke bawah untuk membunuh diri. Semangat tersebut akan merasuk dan
meracuni jiwa pelajar bagi menangisi dosa-dosa silamnya. Kemudian roh-roh yang
tidak aman sering berkeliaran dan telah ramai pelajar terserempak atau merasuk
pelajar lain untuk menyuruh mereka terjun.
Bangunan Fakulti Pengajian Melayu
dan Sastera adalah bangunan yang paling keras kerana dikatakan pihak British
menjadi bangunan tersebut sebagai pusat kajian forensik dan ujian bagi pesakit
gila. Dikatakan British menggunakan teknik Mesir lama untuk memulihkan pesakit
gila yang kronik. Caranya adalah dengan menebuk otak pesakit yang sedar dan membuang bahagian otak tertentu bagi
membolehkan pesakit lebih tenang. Walaubagaimanapun teknik tersebut mempunyai
risiko yang tinggi. Daripada 10 pesakit yang menjalani operasi tersebut, hanya
6 yang selamat manakala 4 samada akan menderita mati otak atau mati. Mereka
yang mati tidak dituntut akan ditanam berhampiran kawasan bangunan Institut
Manuskrip dan Sastera Melayu tanpa nisan.
Bangunan yang sama juga menjadi
pusat kajian forensik dan fisiologi manusia. Mayat-mayat yang dibeli oleh
penjajah akan dibedah habis-habisan sehingga tidak sempurna untuk mengkaji
anotomi manusia asia. Dikatakan bahawa ramai pelajar nampak susuk tubuh tidak
lengkap selalu mundar mandir di dalam bangunan. Pada zaman penjajahan jepun,
tempat tersebut telah dijadikan tempat hukuman pancung dan siksaan bagi negeri
Selangor. Diberitakan askar British yang menyerah diri ditempatkan di dalam kem
seperti kem tentera nazi di Jerman. Tahanan akan diseksa dengan alat-alat
seolah yang terdapat di muzium hukuman dan kekejaman di Jerman. Ini menyebabkan
banyak roh-roh mereka yang terseksa atau dipancung berkeliaran di tempat
tersebut. Malah ada yang nampak makhluk seperti pontianak berkeliaran di
sekitar fakulti. Dan…
Kyra
menyerahkan telefon pintar kepada Ezah. Dia tidak sanggup lagi membaca nukilan
blog tersebut.
“Kenapa?”
tanya Ezah.
“Aku
tak sanggup nak baca lagi. Aku ngantuk. Lagipun seramlah baca benda tu
malam-malam begini,” kata Kyra memberi alasan.
“Jadi
kamu berdua nak tidur di sini?” tanya Ezah kepada Farhana dan Tieok.
“Ya!”
jawab Farhana dan Tieok serentak.
“Tidurlah.
Tapi bawah tau,” kata Ezah.
Tieok
dan Farhana mengangguk.