Aisy beri amaran
Isnin… Hani sangat ceria hari ini kerana
gaji telah masuk.. sebelum masuk ke pejabat tadi beliau melihat baki di Bank…
ada 2,500 gaji bersih untuk bulan ini… banyak kerana termasuk OT dan elaun kerja
luar. Awal-awal tadi beliau sudah mengingatkan agar ayahnya pulang awal kerana hendak membelanjakan keluarga makan di
restoran seafood di Kelana Jaya. Ayahnya tidak membantah. Sedang beliau asyik
menghadap komputer membuat kerja ;
“Hi orang takde pakwe” Hani menoleh
suara yang menegurnya tadi. Si rambut celup!
“Oi.. tak reti bagi salam ker?” perli
Hani.
“Assalaimualaikum ustazah.”
“Waalaikumussalam.. apa kau nak? Aku
banyak kerja ni” Hani malas hendak melayan Aisy.
“Aku hendak menyampaikan pesan Hasdi..
petang ini ada mesyuarat jawatankuasa tender. Ini suratnya.. Dato Z telah
dimaklumkan” Aisy mencampak surat di atas meja… kurang hajar betul!
“Tak boleh ke bagi elok-elok?” Hani
memandang Aisy dengan pandangan yang menyinga.
“Aku punya suka.. ok. Aku nak cakap
sikit dengan kau,”
“Apa dia?”
“Engkau masuk kumpulan Hasdi jangan cuba
hendak mengorat dia yer. Hasdi dah couple dengan aku.. kau jangan nak mengedik
pulak” Aisy memberi amaran supaya Hani jangan terlalu rapat dengan Hasdi. Kau ingat aku hadap sangat ke Hasdi?
“Eh! Ingat aku hendak sangat ke pakwe
wngkau tu. Sorry… not my taste ok,”
“Tak kisahlah… not my taste ke apa.
Ingat.. jangan cuba hendak main mata pula dengan dia. Kalau aku tahu kau rapat
sangat dengan Hasdi… siap kau” Aisy mengertak Hani.
“Dahlah.. aku banyak kerja hendak buat”
Hani menatap kembali dokumen di tangannya.. malas hendak melayan Hani.
“Ok.. ingat apa pesan aku tu. bye” Aisy
berlalu pergi… taknak aku laki gitu..
makan duit haram.. penyangak… sesuailah untuk kau Aisy.. seorang penyangak
manakala seorang lagi gedik.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Pukul 2 petang… mesyuarat diadakan di
bilik seminar dua… Hani masuk ke bilik mesyuarat dengan Dato. Kesemua pasukan
tender sudah ada.. sebaik Dato duduk ;
“Ok… kita mulakan” Hasdi bangun sebaik
sahaja Dato Z berkata begitu.
“Ok… Dato… ini pasukan saya untuk
membida tender yang Dato bagi saya haritu. Bla.. bla… bala” Hani melihat
pasukan tender.. ada 10 orang kesemuanya. Halim… jurunilai kanan syarikat,
Hasmah… pegawai akaun syarikat…. Sham… kerani bekalan… Omar…kerani akaun kanan
dan Zita… jurutera kanan dan pembantunya Zaim. Arkitek kanan syarikat Chong dan
pembantunya Izham. Shaari,,, juruukur dan pembantu Satya dan akhir sekali Hani
;
“Saya perkenalkan Cik Hani… yang akan
membantu kita dalam proses menender ini” Hani bangun dan mengangguk ;
“Dato mahu Cik Hani mendapat pengalaman
dalam proses menender” jelas Hasdi.
“Saya harap kamu semua boleh menunjuk
ajar” mereka mengangguk dan Hani duduk.
“So… kamu sudah buat keputusan 2 tender
yang berpotensi Hasdi?” tanya Dato.
“Iya Dato. Ada 2 syarikat… ini syarikat
yang berpotensi Dato” dia menghulurkan dokumen kepada Dato dan kesemua ahli
mesyuarat.
“Seperti yang tertera.. ada 2 tender
yang saya rasa berpotensi.. pertama… pembinaan apartment mewah di pandan
bernilai 120 juta dan kedua pembinaan bangunan pejabat 20 tingkat di Wangsa
Maju bernilai RM 200 juta”
“Swasta?” tanya Dato.
“Ya.. kenapa Dato” tanya Hasdi.
“Tender kerajaan?”
“Kita sudah banyak tender kerajaan Dato.
Untung sedikit.. bayaran lambat. Jadi kita masuk tender swasta.. cepat
bayarannya nanti” jelas Hasdi.
“Ok.. up to you.. pastikan kita dapat..
tapi.. untuk keselamatan.. masuk satu tender kerajaan. Bapa I boleh uruskan.”
“Ok… saya setuju… nanti saya buat kertas
kerjanya juga.”
“Good.. saya setuju kita bida projek
ini… kosnya… sebut sahaja. Saya terpaksa keluar… ada temujanji dengan Tan Sri
Lim… you all sambunglah bincang,”
“Baiklah Dato… terimakasih kerana beri
kelulusan” Dato bangun dan terus keluar dari bilik seminar… keluar sahaja
Dato.. encik Hasdi duduk di kerusi pengerusi mesyuarat.
“Ok… Dato sudah beri kelulusan.. jadi..
kita mula kerja harini. Tarikh tamat ketiga-tiga tender… 3 bulan dari
sekarang.. jadi… saya terangkan tugas masing-masing” setiap seorang diberikan
tugas masing-masing… Hani berkuasa atas penyediaan dokumen tender dan juga
membantu dalam pengurusan kewangan… itulah dia mahukan… ini bermakna dia ada
akses terhadap bilik fail kewangan.