Mungkin disebabkan oleh suaranya yang
tinggi menyebabkan Dato keluar dari biliknya untuk melihat apa yang berlaku ;
“Hani… Aisy… kenapa ni?” tanya Dato.
“Si Aisy ini Dato.. tuduh saya hendak
mengurat Dato” jawab Hani selamba.
“Memang betul Dato.. Dato jangan percaya
dengan dia ini.. pandai dia ambil hati Dato dengan anak-anak Dato. Berlakon
sahaja tu… ada udang sebalik mee. Dia hendak mengurat Dato.”
“Apa yang kamu merepek ini Aisy?”
“Saya lihat Dato dengan Hani
berjalan-jalan di Berjaya Times Square. Kemain manja Hani dengan anak-anak
Dato… pegang tangan… cium pipi.. mendukung. Itu semua lakonanlah Dato. Hendak
ambil hati anak-anak Dato.”
“Yang awak cemburu kenapa? Awakkan
dengan Hasdi? Jadi apa salahnya saya keluar dengan Hani?”
“Dato… bukankah saya menemani Dato
kerana syarat yang diberikan oleh isteri Dato” sampuk Hani.
“Jadi betullah Dato ada hubungan dengan
Hani?”
“Tidak Aisy… saya tidak ada apa-apa
hubungan dengan Hani. Satu perkara yang ingin ditegaskan disini.. Hani menemani
saya kerana itu syarat yang dikenakan oleh bekas isteri saya.. jika saya mahu
berjumpa dengan anak-anak saya… Hani perlu ada menemani. Hani bukan
tergedik-tergedik atau terhegeh-hegeh hendakkan saya. dia bukan seperti awak..
dahulu awak tergedik-gedik hendakkan sayakan… setiap hari hantar dokumen untuk
saya tandatangan.. cakap manja-manja. Muntah saya tahu tak!!!” marah Dato. Padan muka!
“Tapi”
“Tapi apa? Satu lagi saya ingin ingatkan
awak… ofis ini tempat bekerja.. bukan tempat awak mengumpat Hani.. mengunpat
orang lain. Mulai hari ini.. jika saya dengar lagi awak bawa mulut ke sana
kemari. Siap awak!! Hendak saya saman awak sepertimana saya saman Nat Ahmed!!!”
Aisy terkedu… inilah kali pertama Hani melihat Dato mengamuk.
“Hendak ke Aisy!!!” tanya Dato dengang
tegas
“Tidak Dato.. maafkan saya” Aisy
terkedu.
“Lagi satu… sudah tiada orang di jabatan
kewangan yang datang kepada saya meminta semakan atau tandatangan dokumen. Ini
orang lain yang siapkan.. kamu pula yang menghantar.. apa ni? Kadang-kadang
bila saya tanya awak kata si Amran buat.. si Faizah yang buat. Apa ni?” tanya
Dato.
“Saya minta maaf Dato” airmata Aisy mula
bergenang.
“Sudah! Pergi buat kerja kamu!!!!”
“Ya Dato” Dato memandang ke pejabat
jabatan kewangan.
“Apa terjenguk-jenguk? Ingat ini ada
pengambaraan filem ker?” kata Dato kepada beberapa orang pekerja yang
melihat-lihat adegan tadi. Terkocoh-kocoh pekerja kembali ke tempat duduk
masing-masing.
“Awak ok Hani?” tanya Dato Z kepada
Hani.
“Saya ok Dato.”
“AMacam saya marah? Takut tak?” Dato Z
tersenyum.
“Takut juga… macam nak makan orang.”
“Hahahahahahahahahahaha. Sekali sekala
kena ajar juga si Aisy tu. sayapun dah bosan dengan sikap dia. Nasib baik dia
bukan PA saya.. kalau tak asyik masuk sahaja bilik saya.”
“Ala… Dato pun sukakan perempuan seksi
macam Aisy jadi PA Dato. Boleh cuci mata.”
“Ish!! Ke situ pulak. Tak jadi kerjalah
saya.”
“Konon.”
“Apa?”
“Takde apa-apa.”
“Buatkan saya Milo Ais satu.. panas
pula.”
“Mana ada ais dalam pantry Dato. Dato
suruhlah Peon pi beli.”
“Kalau saya suruh Peon.. alamatnya nak
balik nanti baru dia terpancul. Awaklah tolong beli” Dato Z menyeluk saku
seluarnya.
“Nah 5 ringgit. Baki pulang tau” Dato Z
meletakkan wang di atas meja Hani.
“Tapi”
“Terima kasih” Dato Z masuk ke dalam
biliknya. Geramnya aku.. ingat aku ni
budak penghantar pejabat ker. Dahla minta baki balik… Dato kedekut tahi hidung
masin!!!