Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
901,599
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 16 ; Aisy semakin rapat dengan Hasdi

Bab 16

Aisy semakin rapat dengan Hasdi

Adakah satu kebetulan atau satu ilusi? Sejak dua menjak ini.. Aisy dilihat Hani semakin rapat dengan Hasdi. Bukan Hani seorang sahaja yang perasaan… tapi satu pejabat sudah bercakap-cakap tentang hal tersebut. Hani tahu Hasdi seorang bujang dan tidak salah jika beliau tertarik dengan Aisy. Tapi mesti ada udang di sebalik mee… adakah Hasdi mahu mempergunakan Aisy untuk kepentingannya.. kebetulan pula Aisy adalah penyelia bilik rekod dan juga menyelia baucer-baucer bekalan. Hmmmm… jadi pada satu pagi itu Hani kebetulan terserempak dengannya di bahagian kewangan.. semasa itu rehat tengahari.. tiada orang.. dan beliau sedang sibuk menghadap Komputer.. ini kesempatan terbaik untuk Hani mendapatkan kepastian ;

“Salam… sibuk nampak?” tegur Hani

“Ha… rindu hendak gaduh dengan aku yer? Ustazah… I ni pekerja yang komited. Jadi .. I memang sibuk. Lagipun Encik Hasdi hendak laporan ini petang ini. Dia janji hendak belanja I makan di Hotel kalau I siapkan.”

“OOOOOooo… you serius ke dengan Hasdi? Apa jadi dengan Dato Z” Hani mula mencungkil dari Aisy.

“Oh.. Dato Z. you ambillah.. lagipun dia banyak sangat skandal. I tak rela” Tak rela konon! Padahal Dato malas hendak melyan kau

“Tak rela… ke sebenarnya Dato Z tak layan?” perli Hani.

“Tolong sikit ok” katanya marah.

“Tak pergi makan ker?”

“I diet ok.. u ni takde kerja ker?” tanya Aisy jengkel.

“Sorry kacau” Hani membuat kesimpulan bahawa memang terdapatnya hubungan di antara Aisy dan juga Hasdi. Hmmmmmm kesian Aisy.,,, kau akan dipergunakan.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Kemudian Hani ke mejanya semula… memikirkan cadangan Jidin bagaimana Hani boleh membuat salinan 8 tahun berturut-turut transaksi kewangan. Katanya ;

“Kau tender satu projek bernilai lebih 100 juta ringgit.. kerjasama dengan Hasdi… katakan kau hendak belajar cara menender projek. Bahagian kewangan tukang beri tender mahu tahu kecairan kewangan syarikat sejak 3 tahun lepas… pandai-pandai kau hendak buat salinan yang lain. Itu sahaja cara yang terbaik” cadang Jidin… cakap senang…. Aisy sudah dekat dengan Hasdi…. Mengamuklah nanti dia bila aku berdua dengan Hasdi untuk menender…

Tapi cara itu nampak bersih…. Memang smooth dan orang mungkin tidak perasaan. Iyalah aku hendak buka fail kewangan sebagai dokumen sokongan menender. Idea yang bagus Jidin… takla sesengal mana kau ni… aku cuba buat.. kalau tak boleh.. kena buat plan B… bak kata Jidin…. Plan B kita pecah masuk.. jangan risau.. aku pro.. sengal!

Hani membuka komputer… beliau menyelidik samada ada tender dikeluarkan oleh kerajaan atau pihak swasta bernilai lebih 100 juta yang sesuai dengan syarikat. Akhirnya beliau menyenaraikan 5 tender yang berpotensi. Beliau akan berikan kepada Dato Z untuk dipertimbangkan. Masa itulah Hani akan menggedik sedikit untuk turut serta dalam projek menender itu nanti.. alasannya untuk mencari pengalaman ;

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.