Bab 3
Jawapan yang tidak diduga
Seminggu selepas kejadian di bangunan
Mega Group, Hani hanya duduk di rumah sahaja sambil mengisi borang kerja kosong
di syarikat lain. Malah Hani sudah mengisi borang untuk menjadi seprang anggota
Polis. Hani merasakan pekerjaan ini sesuai untuknya yang perwatakan kasar.
Keluarga pun tidak menghalang Hani menjadi seorang anggota Polis. Hani
merasakan peluang untuk bekerja di Mega Group hancur kerana tidak menepati ciri-ciri
yang dikehendaki oleh Dato Zaffran. Podah..
ingat aku kebulur ke hendak bekerja dengan Dato Z… sorilah,,, aku lebih rela
menyapu sampah dari bekerja dengan Dato gatal.
Sedang
aku leka melayan Facebook… adiknya yang bongsu Ikhwan meneriak memanggil di
ruang tamu rumah.
“Kakak!
Ooo kakak. Keluarlah ada surat ni” apalah
lagi si Ikhwan ni nak. Hani keluar dari bilik..
“Kau
ni kenapa Wan? Panggil akak macam hendak pecah rumah ni? Kau ingat aku ni pekak
ker? Cubalah ketuk bilik aku. Beri salam ker? Ini macam orang meroyan” marah
Hani kepada adiknya. Adiknya hanya tersengih sahaja.
“Tadi
saya bagi salam akak bukannya dengar. Berangan yek? Ke sedang main SMS dengan
pakwe?”
“Kau
jangan hendak mengada-ngada. Aku mana ada pakwe. Asal kau memekak? Bini kau
hendak beranak ker?”
“Ada
surat saya ambil dari peti surat bawah” Ikhwan menghulurkan surat itu kepada
Hani.
“Ha
surat?” Hani mengambilnya. Ha? surat dari
mega Group!! Ah sudah. Dato hendak menyaman aku atas kelakuan aku terhadap Dato
Zaffran ker?
“Alamak.
Apasal pulak ni?” Hani teragak-agak untuk membuka surat tersebut apabila melihat
logo Mega Group di surat tersebut. Bermacam-macam perkara bermain di fikirannya.
“Lah,
termenung jer. Bukaklah kak.”
“Sibuk
jer” Hani membuka surat tersebut. Hatinya berdebar-debar. Apabila surat
dibuka.. Hani membacanya. Tahniah anda bla.. bla.. bla… bla… habis sahaja Hani
membacanya, dia melompat kegembiraan.
“Yahooo!!!
Ya beda bedu” Ikhwan memandang Hani kehairanan.
“Gila
ek? Menang loteri ker?” Hani menyerahkan surat tadi untuk dibaca oleh adiknya..
sambil adiknya membaca beliau menyanyikan lagu Ombak rindu. Hujan kau bawakan rindukku untuk dirinya
yang jauh darinya
“Akak
tolonglah jangan menyanyikan. Kalau suara sedap takpelah juga. Ini. Ya ampun. Hujan
kotaraya Kuala Lumpur nanti” Hani meluku kepala adiknya.
“Sakitlah
kak! Suka hati je luku kepala orang!!” Ikhwan mengosok kepalanya yang diluku
oleh Hani.
“Buwek!!
Padan muka” Hani menjelir lidah.
“Tahniahlah
kak! Akhirnya selepas 6 bulan akak makan tidur di dalam rumah ini. Akhirnya akak
kerja juga. Takdelah saya hendak mengadap muka akak hari-hari.”
“Siot
kau” Hani mengejar adiknya yang telah membuka langkah seribu.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Hani mula bekerja atau melapor diri pada
pertengahan bulan 4 tahun 2013 iaitu seperti yang tertulis di dalam surat
tawaran bekerja. Maka selama seminggu itu Hani sibuk membuat persiapan untuk
mula bekerja. Hani membeli peralatan mekap ( selama ini Hani memang tidak suka
bermekap keluar dari rumah. Semasa dia pergi temuduga pun Hani meminjam alat
solek Tasya yang merupakan kawan baiknya di perumahan awam ini. Mereka berkawan baik dari sekolah tadika kemas sehinggalah
tamat tingkatan 5. Selepas habis tingkatan 5 Tasya berkahwin dengan pasangan pilihannya dan
sudah mempunyai 2 orang anak pada usia 23 tahun ), membeli baju kerja, kasut,
bag dan bermacam-macam lagilah. Memang Hani gembira hendak mula bekerja di Mega
Group. Mana tidak gembiranya. Gaji yang ditawarkan 2,000 ringgit sebulan.
kawan-kawannya yang baru bekerja paling tinggipun gajinya RM 1500 sebulan. Ini
dia mendapat 2 ribu ringgit sebulan. Tinggal dengan keluarga lagi. Dapat dia
menjimatkan wang. Tetapi di sebalik kegembiraan itu nanti akan terselit
kedukaan, rintangan, fitnah dan juga pengkhianatan sepanjang bekerja dengan
Mega Group!
Bab 4
Hani melaporkan diri
Pukul 7.30 pagi, Hani sudah siap untuk ke tempat kerja barunya. Setelah
sarapan ala kadar mengalas perut, Hani meminta izin untuk keluar bekerja. Selepas
bersalaman dengan ayah dan ibu, Hani turun ke bawah flatnya untuk mendapatkan
motornya. Sampai di bawah lobi lif tingkat bawah Hani ditegur oleh kawan
baiknya Tasya ;
“Yuhuuu... oi! Dah hendak pergi kerja ker?” Hani menoleh ke arah suara
yang menegurnya. Kelihatan Tasya sedang mengendong anaknya yang bongsu berusia
1 tahun setengah dan yang sulong pula berumur 3 tahun dipegang tangannya.
“A ah. Aku sudah hendak pergi kerja dah ni. Kau buat apa pagi-pagi kat
bawah ni” tanya Hani.
“Kau macam tak tahu pula. Aku ni kan isteri mithali. Tentulah aku hantar suami
aku pergi kerja. Siap melambai-lambai kau” Hani menepuk dahi. Lupa.
“A ahla. Lupa pulak rutin kau setiap pagi. Mesti salam peluk cium laki kau
kan sebelum dia pergi kerja” gurau Hani.
“Hahahahahaha. Tahu takpe. Isteri mithalilah katakan. Dengan anak-anak
sekali aku angkut.”
“Eh! Aku lambat ni. Hendak pergi kerja.
Bye2” Hani mencium anak bongsu Tasya yang montel di pipinya dan berlalu
ke motornya. Dia menghidupkan motor dan melambai-lambai anak Tasya. Pejabat Dato
Zaffran terletak di jalan Jelatek. Iaitu setengah jam perjalanan dengan menaiki
motor. Tetapi kalau menaiki kereta.. mahu dekat sejam juga perjalanan... dengan
jalan jemnya pagi-pagi ini. Sampai di satu persimpangan, lampu merah. Hani
memberhentikan motornya. Hani melihat jam tanganya. Jarum jam menunjukkan
menghampiri pukul 8 pagi. Hani menjangka akan tiba di pejabatnya dalam masa
lima minit lagi. Lampu bertukar hijau... Hani mula menggerakkan motor. Tetapi
dalam sekelip mata sebuah kereta BMW hitam dari simpang kanan melanggar lampu
isyarat merah dan hampir melanggar motor Hani. Nasib baiklah Hani membawa motornya
perlahan. Kalau tidak ,
“Oi! Kau ingat aku dah lama hidup ker?” Hani membunyikan hon motornya. Takde adab punya kereta.. tahulah kereta
besar.... suka hati mak bapak langgar lampu merah.. ingat jalan ini bapa kau
punya ke? Dahlah hari pertama aku kerja. Kalau apa-apa hal tak pasal-pasal aku
masuk hospital. Bongok!!!Sumpah Hani dalam hati. Hani meneruskan
perjalanan. Sampai di pejabatnya Hani memakirkan motornya di tempat disediakan.
Setelah yakin di mengunci motor dengan selamat ( 2 mangga kunci Hani gunakan
untuk mengunci motornya ) Hani bergegas ke pejabat. Semasa melalui ruang lobi
kereta, Hani terperasaan sesuatu. Hani mengundur kembali langkahnya untuk
melihat kereta BMW yang diletakkan di tempat letak kereta VVIP menara Mega.
“Rupanya tuan punya kereta bos besar dekat sini. Nantilah bila aku tahu
juga siapa pemiliknya. Siaplah kau. Silap-silap bukan rupa BMW kereta engkau
ini” gumam Hani di dalam hati. Beliau terus ke tingkat 2 yang menempatkan
pejabat Mega Group. Destinasinya adalah bilik Cik Haryati kerana beliau perlu
melapor diri dahulu ke pejabat sumber manusia dan latihan Mega Group.
Setiausaha Cik Haryati menyuruh Hani menunggu di sofa berhadapan dengan bilik
ketuanya. Hani melihat jam. Pukul 8.20 pagi... 10 minit awal. Oklah tu.. aku awal dari pengurus besar
sumber manusia.
5 minit kemudian seseorang yang
Hani kenal tiba.. beliau seolah-olah tidak nampak akan kehadiran Hani. Setelah
berbual dengan setiausaha Cik Haryati, perempuan tersebut duduk di sofa
berhadapan dengan Hani. Perempuan tersebut adalah si rambut karat yang bergaduh
dengan Hani semasa sesi temuduga seminggu lebih yang lalu ;
“Dapat pula ustazah ni kerja kat sini ye” kata perempuan tersebut tanpa
memberi salam. Hani memandang si rambut perang dari atas ke bawah. Memang vogue.
Skirt paras lutut, baju Maxi mendedahkan dada. Ini hendak bekerja ke jadi model?
“Alhamdulillah. Rezeki Allah beri” perli Hani.
“Agaknya engkau ni kena tempat ceruk manalah yer. Takkanlah di hadapan
pejabat Dato Z. Please. Bukan taste Dato oj” malas Hani hendak melayannya.
“We wait and see. Tapi aku rasalah. Dato Z takkan nak letakkan perempuan
gedik macam kau ni. Jatuhlah status Dato. Asyik mengedit sahaja.”
“Kau” perbualan mereka berdua terhenti apabila Cik Haryati datang. Mereka
berdua berdiri untuk memberi hormat kepada Cik Haryati.
“Assalaimualaikum Cik Haryati” sapa Hani. Cik Haryati memandang mereka
berdua ;
“Morning Miss Haryati” sapa si rambut perang... muka plastik.
“Wassalam dan morning. Ha Cik Nurhani dan Cik Aisy. Awal datang yer...
masuk ke bilik saya” oooo.. nama budak
rambut perang ini Aisy. Kami membontoti Cik Haryati masuk ke dalam
biliknya. Setelah beliau duduk dan mengemaskan barang.
“Selamat datang ke Mega Group. Tahniah kerana diterima bekerja di syarikat
kami” dan bla-bla-blabla. Hani mendengar gomelan Cik Haryati mengenai syarikat.
Hani sebenarnya sudah tiada mood kerana beberapa kejadian yang berlaku pagi
ini. Pertama kes hampir dilanggar kereta tadi. Kedua pula disebabkan adanya si
rambut perang ini. Dia pun dapat pula
bekerja di sini. Setahu aku ada satu jawatan sahaja sebagai pembantu peribadi kepada
pengarah. Adakah aku akan bergandingan dengan si rambut celup ini? Arghhh
sudah!!! Macamana aku hendak bekerjasama dengan dia ini. hendak layan perangai
tergedik-gedik dia ni. Tak sanggup aku. Alahai. Apa punya suweylah aku hari
pertama aku bekerja di sini. Nasib-nasib.
“Baiklah. Saya rasa Dato Z sudah ada di
pejabatnya. Come, kita pergi ke pejabatnya. Di sana kita boleh bincang mengenai
tugas masing-masing” kami mengangguk dan menurut langkah Cik Haryati ke bilik
Dato yang terdapat di tingkat 3 bangunan. Disinilah terletaknya jabatan
pengerusi, pengarah dan kewangan serta akaun. Pejabat Dato Z terletak di hujung
sekali, ada seorang setiausaha di pejabat Dato
“Dato Z ada?” tanya Cik Haryati kepada
setiusaha Dato.
“Dato Z ada. Silakan Miss Haryati. Dato
memang menunggu Miss” jawab setiausaha Dato sambil tersenyum.
“Ok. Terima kasih” Cik Haryati mengetuk
pintu bilik Dato. Apabila kedengaran Dato mengatakan masuk, Cik Haryati membuka
pintu :
“Morning Dato” Cik Haryati melangkah
masuk sambil diikuti oleh Hani dan Aisy.
“Morning. Ha! our new staff. Masuk-masuk”
Dato Z yang tadinya tekun meneliti skrin komputer bangun. Dato Z menghulurkan
salamnya untuk bersalam dengan Aisy. Aisy dengan gediknya menyambut salam
tersebut. Apabila salam dihulurkan kepada Hani, Hani tidak menyambutnya.
“Oh! Sorry” kata Dato meminta maaf. Tahupun! Aku ingat engkau tidak tahu hokum
hakam.
“Jom duduk di sofa” Dato Z mempelawa
kami bertiga duduk di sofa yang ada di dalam bilik tersebut. Aisy duduk di sofa
bersebelahan Dato. Memang gedik!!!
“Ok. Pertama sekali, selamat datang ke
Mega Group. Jadi tahniahlah kepada kamu berdua kerana akan menjadi sebahagian
keluarga Mega Group. So you all akan bermula bekerja hari ini. Anyway juz call
me Dato Z” kata Dato Z memulakan bicara.
“Ok. Seperti yang tertera dalam surat haritu.
Miss Hani… akan jadi PA I. Manakala you Aisy, akan jadi kerani kewangan. Ok?”
terang Dato Z. Lega aku tidak bekerjasama
dengan Aisy
“What? I jadi kerani? Tapi tidak mention
pun di dalam surat Dato yang saya akan menjadi kerani. I ingat I akan jadi PA
you Dato” kata Aisy terperanjat. Hani tersenyum. Padan muka hang! hahahahahahaha kerani Dato jer.Tanpa sedar Hani
tersenyum. Hatinya puas.
“Tapi untuk jawatan pembantu peribadi I, Hani ini yang lebih layak. You pulak layak
jadi kerani kewangan kerana kelulusan you” terang Dato kenapa Hani dipilih
menjadi keraninya.
“Tapi I ingatkan jadikan PA Dato. I nak sangat jadi PA Dato,” kata Aisy
manja.
“Cik Hani lebih layak menjadi PA Dato. Selain kelulusan dalam diploma
pengurusan pejabat, dia juga ada personalti yang menepati ciri-ciri seorang PA.
Malah Cik Hani fasih berbahasa inggeris. Kamu pula hanya ada sijil SPM dan
kebetulan kami kekurangan kerani kewangan. Jadi kami rasa kamu sesuai untuk
mengisi jawatan tersebut” kata Cik Haryati. Wah!
Boleh tahan mulut kak Haryati mengenakan
Aisy.. aku rasa dia ini pun sakit mata melayan perangai tergedik Aisy. Aku
menahan senyum... hahahahahaahah.... ada SPM je pun si celup ini.. ingatkan
voguelah sangat.
“Tapi saya lihat Dato sudah ada setiausaha” tanya Aisy masih tidak
berpuashati.
“Oh ! hari ini dia last kerja sini. Mulai besok Cik Hani yang akan bekerja
di tempat Puan Qalisha. Beliau sudah dinaikkan pangkat sebagai PA kepada
pengerusi” Hani mengangguk faham. Aisy hanya terdiam sahaja. Kemudian kami
dibawa oleh Cik Haryati berkenalan dengan semua staf dan dibawa melawat kesemua
jabatan yang ada di dalam Mega Group. Setelah habis pusing-pusing 3 tingkat
pejabat, Hanis diserahkan kepada Puan Qalisha untuk dilatih dan diberi
penerangan tugas-tugasnya sebagai pembantu peribadi Dato. Manakala Hani melihat
muka Aisy kelat apabila beliau diberikan meja kerani ( satu tingkat dengan aku ).,, hahahahahahahaahahaha
{{{{{{{{{{{{{{{
Pukul 5.10 petang. Ah! penat
seharian aku menghadam apa yang Puan Qalisha terangkan kepada aku mengenai
tugas-tugas yang perlu aku lakukan
sebagai menjadi pembantu kepada pengarah. Dari dialah aku tahu tentang apa yang
Dato Z suka buat dan perkara yang beliau tidak suka. Pertama Dato Z datang
awal ke pejabat. Tidak pernah lewat walaupun malamnya berparti sakan hingga
pagi. Dato amat menghormati ayahnya yang merupakan pengerusi syarikat ini dan
merupakan antara pemegang saham utama syarikat. Dato tidak suka kopi tetapi
suka teh tarik. Dato menghadapi masalah untuk menulis laporan... jadi Hani yang
kena menulis laporan atau surat dan bermacam-macam lagi feel Dato yang Hani
kena bersabar. Lamunan Hani terhenti apabila pintu bilik Dato terbuka... terpancul
Dato Z dari dalam biliknya. Dato Z hendak balik ke rumah agaknya;
“Dato” tegur Hani.
“Ha Hani. Macamana first day?” tanyanya ramah.
“Ok Dato. Semuanya Ok. Cuma agak kalut sedikit. Mungkin tak biasa lagi”
jawab Hani jujur.
“Takpe. Lama-lama biasalah tu. Mana kak Qalisha?” tanyanya lagi.
“Dia kemas meja dia di pejabat pengerusi Dato.”
“Really? Ok” Dato mula hendak beredar.
“Dato. Maafkan saya. Saya ada benda yang hendak tanya kepada Dato” ada
perkara yang bermain-main di fikiran Hani sejak pagi tadi dan dia perlu
bertanya kepada Dato untuk kepastian.”
“Tanyalah” Dato berdiri di hadapan meja Hani.
“Saya sebenarnya hendak bertanya kepada Dato. Kenapa saya dipilih sebagai
PA Dato? Bukan Aisya? Bukankah dulu Dato pernah berkata Dato mahukan seorang PA
yang urban? Seksi? Tidak mahu yang bertudung?” itulah perkara yang menganggu
fikirannya. Hani pelik kenapa Dato Z memilihnya.
“Hahahahahahhahahaha. Ya. Tentang itu. Memang saya suka perempuan yang
seksi.. urban. But, PA adalah orang yang pertama orang-orang kerajaan atau
investor hendak berjumpa dengan saya. Takkanlah saya mahu seorang PA yang hanya
tergedik sahaja dan berkelulusan SPM untuk duduk di kaunter hadapan. Im not
allowed that. Kamu layak. Kerana kamu boleh bercakap bahasa inggeris. Cara kamu
berkomunikasi pun bagus” terangnya.
“Tapi saya marah dan meninggalkan sesi temuduga Dato. Malah saya kurang
hajar dengan Dato.”
“Kamu pertahankan pendapat kamu. Kalau kamu mahu tahu, saya ini agak nakal
sedikit. Saya memerlukan seorang yang tegas dengan pendapatnya. Yang boleh
membantu saya membuat kerja. Saya ini bos yang hanya tahu Alright sahaja. Jadi
bila kamu ada, sekurang-kurangnya kita boleh berdebat untuk meningkatkan
prestasi syarikat” Hani mengangguk faham.
“Barulah saya faham.”
“Ok. Kalau tiada apa-apa lagi, saya balik dahulu. Malam ini ada Dating”
Dato Z mengenyitkan matanya. Dasar buaya
darat!
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Pukul 6 petang.. Hani sudah siap berkemas mejanya dan bersedia untuk
pulang. Hani perlu melalui jabatan kewangan sebelum sampai di lif. Apabila Hani
melalui jabatan kewangan, dia terlihat kelibat rambut perang. Hani bergerak ke
arah meja Aisy ;
“Assalaimualaikum. Tekun nampak?” perli Hani apabila melihat Aisy kusyuk
melihat fail-fail kewangan.
“Engkau apa sibuk? Kau pergi buat kerja engkaulah” jawab Aisy berang.
“Aku ingatkan, dengan rambut perang kau ni. Dengan baju skirt ala-ala
korporat kau ni.. dapatlah jadi PA Dato ker? Bos ke? Setiausaha ke? Rupanya
yang ado. Kerani. Hahahahahaha” Hani ketawa yang dibuat-buat.
“Oi. Aku ni bukan sebarang kerani. Kerani kewangan tahu tak. Gaji kau aku
buat invois nanti tau” jawab Aisy berang.
“Iyela. Balik dulu no. Kerja rajin-rajin tau. Nanti Dato Z marah.”
“Balik jela.”
“Rambut perang tapi speaking english berterabur” sempat Hani mengenakan
Aisy sekali lagi.
“Kau!!!!” Hani berlalu pergi dengan ketawa yang dibuat-buat. Sampai di
lobi Hani singgah di kaunter keselamatan. Hani ingin bertanyakan sesuatu kepada
pengawal ;
“Salam. Pakcik, tumpang tanya. Siapa empunya kereta BMW hitam dengan
cermin gelap?” tanya Hani lembut.
“Wassalam nak. Oh.. kereta tu.. takkan anak tidak tahu... itulah kereta
Dato Z” Huh! Kereta Dato Z rupanya.
“Terima kasih la pakcik” Hani berlalu pergi dengan perasaan yang penuh
geram.