Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
898,493
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 34 ; Dapat komisen

Bab 34

Dapat komisen daripada Jidin Sengal

Seperti yang dijanjikan… malam tersebut Hani berjumpa dengan Jidin di Shah Alam. Kali ini Jidin sampai awal… beliau hanya memesan minuman ;

“Apa cer?” tanya Hani tidak sabar

“Pesan makan dulu… jangan bimbang.. aku bayar. Pesanlah apa sahaja yang kau nak.”

“Masyuklah tu… Dato sudah bayar upahkan? Lumayan seh” Jidin tersenyum kambing. Jidin memanggil pelayan… semua makanan barat yang ada di dalam menu. Hani kurang suka makan makanan barat. ;

“Kenapa kau suka jumpa di kedai masakan barat?” tanyanya sambil melihat menu.

“Entah.. sebab kurang ramai orang makan disini.. jadi bagi aku tempat ini sesuai untuk berbual” Hani memandang ke kiri dan kanan.. memang.. hanya ada 3 sahaja meja yang diisi. Yang lain kosong.. Hani memandang semula ke arah Jidin ;

“Yela… betul kata kau” Jidin tersenyum.

“Kau dari tadi tersenyum.. aku tahulah masyuk. Ok, cerita macamana kau dapat video itu” tanya Hani sebaik sahaja pelayan berlalu pergi.

“Aku godam” kata Jidin selamba.

“Apa! Kau godam komputer Nat Ahmad dan senang-senang sahaja kau dapat RM 5 ribu. Oh my God. Taklah susah sangat.”

“Heh… bukan komputer Nat Ahmad.”

“Habis komputer siapa?Server tv13.. terer engkau godam?”

“Heh.. kalau aku godam server tv13. Aku sudah masuk dalam sekarang tahu. Pegawai ITnya bukan calang-calang orang.”

“Habis itu.. kau godam komputer siapa?”

“Jurukameranya…. Mula-mula aku siasat siapakan jurukamera kegemaran Nat Ahmed. Informer aku beritahu yang selalu mengikut Nat Ahmed mengintip adalah si Ken. Dia ini jugalah yang selalu mengedit video atau gambar yang hendak diputarkan dalam rancangan Irama. Jadi.. aku godamlah komputernya… dalam masa sehari aku dapat video tersebut. Ternyata Ken tidak memasukkan cirri-ciri keselamatan di dalam laptopnya.. jadi senanglah aku godam.”

“Aku ingat kau curi masuk TV13.. atau kau curi laptop… rupanya kau godam sahaja.”

“Dan engkau tahu berapa Dato bayar aku?”

“Berapa? Setahu aku RM 5 ribu sahajakan. Ke Dato bayar lebih?”

“Dato bayar aku dua kali ganda… 10 ribu ringgit tunai kerana aku tidak suka cek. Cek adalah satu dokumen yang boleh diakses.”

“Perghhh… engkau ni memang mantap.. bulan lepas kau cerita dapat 10 ribu.. bulan ini dapat 10 ribu… pendapatan kau melebihi kawan-kawan kita yang lain.. Hatta PTD yang baru masuk kerja pun. Patutlah kau pilih kerja ini” kata Hani kagum.

“Hahahahahaha… upah lumayan.. tapi risikonya tinggi. Nyawa kekadang menjadi taruhan” betul juga.

“Kenapa Dato bayar kau lebih pula? Kalau dia tahu kau hanya duduk depan komputer dan godam akaun Ken… dia bayar seribupun sydah berbaloi. Sebab itu engkau tak mahu ceritakan pasal bagaimana kau dapatkan video itukan… rahsia konon” makanan sampai.. mereka hanya terdiam apabila pelayan menghidangkan makanan.. apabila pelayan pergi ;

“Kau jangan marah aku… kekadang ada benda yang kena rahsia.. ada benda yang boleh beritahu. Hendak godam komputer kena belajar juga… bukan boleh hentam keromo sahaja. Nahas aku nanti. Sebab kau bagi job ini kepada aku… aku fikir… aku hendak beri kau 4 ribu sebagai komisen” Hani tersedak… beliau minum airnya.

“Ha… apa mimpi kau ni?”

“Sebab aku rasa lebih sangat apa yang dia beri kepada aku.. jadi sebab engkau yang dapatkan job ini… aku bagilah dekat engkau.”

“Betul ke?” tanya Hani tidak percaya.

“Betullah… hendak taknak?”

“Macam orang mengantuk disorongkan bantal.. terimakasih. Bolehlah buat belanja Raya nanti” orang dah bagi.. ambillah.

“Dan lagi… Dato berjanji.. jika kes saman ini berjaya… dia akan beri aku 10 % dari duit saman yang dia dapat.”

“What!!! Sampai begitu sekali” baik pula Dato Z ni

“Iya… tapi.. itu benda yang tidak pasti. Dato gembira apabila namanya dapat dibersihkan.. Dato bukan hendak duit sangatpun. Yang penting maruah dan harga diri. Bagi orang-orang kaya ini… maruah dan harga diri yang penting. Mereka ego…. Sesiapa yang mencabar mereka.. temu mereka di mahkamah.”

“Betul juga tu.. patutlah Dato beria-ria benar mahu namanya dibersihkan.. sanggup mengupah peguam yang handal.”

“Peguam pun dapat 10 peratus dari duit saman. Tapi kau jangan risau… komisen kau tetap ada aku beri nanti.”

“Kau hendak beri tunai ker? Kau jangan buat pasal.. takkan aku hendak bawa RM 4 ribu kehulu kehilir… Bank In” tegas Hani.

“Ok… kau bagi nombor akaun. Aku pindahkan sahaja.”

“Balik nanti aku mesej” mereka terus berbual-bual.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.