Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,949
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 48 B ; Mula bekerja semula

Minggu ketiga bulan 11 tahun 2013, Hani melaporkan diri untuk bekerja semula dengan Mega Group. Hani telah disambut oleh pekerja-pekerja yang lain di lobi. Kemudian di pejabat, Dato Z membuat sedikit ucapan mengalu-alukan kedatangan Hani. Hani pula mengucapkan terima kasih. Kemudian sebaik sahaja Hani selesai memberii ucapan ;

“Saya ingin mengumumkan mulai hari ini, Hani bukan lagi pembantu peribadi saya” Hani memandang Dato Z dengan penuh tanda tanya.

“Cik Hani. Saya naikkan pangkat Cik Hani sebagai Penolong Eksektif kewangan kanan. Tugas Cik Hani adalah untuk memantau semua pembelian bahan mentah projek dan memantau kos tender” tepukan gemuruh bergema. Hani terperanjat. Sungguh tidak disangka beliau akan dinaikkan pangkat.

“Tapi. Siapa akan jadi PA Dato?” tanya Hani. Adakah Dato mengambil staf baru?

“Kak Qismah. Saya sudah naikkan pangkatnya sebagai kerani menjadi PA saya” Hani menunjukkan tanda bagus menggunakan tangannya kepada Kak Qismah. Kak Qismah mengenyitkan matanya. Kemudian majlis bersurai dan kami mula memulakan kerja masing-masing. Hani diberi sebuah bilik kecil di jabatan kewangan. Deskripsi tugasnya diberitahu oleh Encik Hafiz iaitu adik kepada Dato Z yang kini memegang jawatan sebagai pengurus besar kewangan. Petang itu Dato Z ke biliknya ;

“Macamana bilik kamu?”

“Ok. Saya selesa. Tapi tidak perlulah saya bilik Dato, saya bukannya pegawai besar di syarikat ini. Kubikpun ok Dato. Satu kejutan untuk saya Dato. Tidak sangka saya akan dinaikkan pangkat.”

“Jangan panggil Dato. Kitakan sudah mula mengenali hati budi masing-masing. Awak memerlukan bilik. Kan banyak fail-fail syarikat terutama fail-fail kewangan yang perlu awak semak. Itukan rahsia syarikat. Jadi saya buatlah bilik untuk awak. Kalau saya tempatkan awak ke kubik… begitu mudah fail diakses oleh orang lainkan” jelas Dato.

“Tidak boleh… nanti apa pula kata pekerja yang lain. Di pejabat saya tetap akan memanggil Dato. Betul juga kata Dato. Nanti kalau fail ini diambil, susah juga saya nanti.”

“Tidak kisahlah. Kamu sudah baca suratkhabar hari ini?”

“Belum Dato. Saya sibuk untuk menguasai tugas baru saya hari ini. Pasal Hasdi ker?”

“Oh! Bukan. Pasal saman kita dengan  Ahmed.”

“Saya hampir terlupa mengenainya Dato. Kenapa Dato? Menang ke kita?”

“Dia mengaku kalah dan mahu berunding dengan kita. Bacalah” Dato Z memberikan suratkhabar Sinar Harian yang dikepitnya sejak dari tadi. Hani membacanya ;

“Nat Ahmed mohon maaf. Letak jawatan” tajuk besar di Sinar Harian.

“Maknanya Dato tidak jadi teruskan saman terhadap  Ahmed? Dia sudah mohon maaf. Meletak jawatan lagi.”

“Hahahaahahahhahaha…. Saman tetap saman. Cuma kami tarik balik saman dengan beberapa syarat.”

“Apa syaratnya?”

“Pertama minta maaf di semua media dan kata  Ahmed menipu. Kedua,  Ahmed perlu letak jawatan dari TV 13. Dan bayar ganti rugi tauladan atas kerosakan tauladan.”

“Berapa?”

“RM 5 juta.”

“Wow.. kayalah lagi Dato.”

“RM 5 juta itu saya akan beri kepada mereka yang terlibat dan membantu saya dalam kes ini. Pertama peguam saya 10%, Jidin 10%, dan awak 10%.”

“Nanti dulu. Saya pun dapat juga?”

“Iya… idea awakkan.”

“Tapi…” Hani serba salah.

“Jangan tapi-tapi.. awak berhak mendapatnya. Lagipun motivasi saya untuk menyaman Ahmed bukan disebabkan oleh wang,,, tapi maruah. Saya boleh dapat 10 juta setahun dividen, Kalau awak tolak. Saya tetap masukkan dalam akaun gaji awak.”

“Jangan!!! Terlalu banyak.”

“Kalau gitu saya bagi cek” Hani terdiam. Alhamdulillah, boleh aku beli rumah untuk kedua orang tua aku.

“Sebut pasal Jidin Dato. Dato ada jumpa dia?” tanya Hani. Jidin menghilangkan diri sejak dia sedar dari koma.

“Iyalah.. saya sudah banyak kali telefon.. tak dapat. Saya hendak bagi bahagiannya pula.”

“Kenapa Jidin menghilangkan diri?”

“Adakah dia diculik oleh orang Hasdi?”

“Tidak mungkin. Sukar untuk menangkap Jidin. Dia licik… lagipun otaknya bergeliga.”

“Takpelah. Saya akan minta tolong kawan saya untuk menjejaki Jidin. Takut jidin diculik oleh orang Hasdi.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.