Home Novelet Seram/Misteri Chalet
Chalet
NaimTamdjis
19/7/2017 21:05:14
25,315
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 5

Jalan sangat sunyi pada ketika ini. Matahari mula naik. Apabila sampai di tempat di mana Fattah terserempak dengan pakcik Goos, dia segera memberhentikan basikalnya dengan kaki. Basikal berhenti serta merta. Fattah memandang ke arah semak. Nampak bumbung rumah usang.

“Memang ada rumah. Sunyi je. Mana orang tua tu?” kata Fattah sendirian.

Daun daun pokok mula bergoyang. Fattah mula rasa meremang. Lantas dia mengayuh basikal kembali. Di celah-celah daun belukar, susuk tubuh seorang tua memandangnya tajam.

Fattah mengayuh sambil menyanyi-nyanyi kecil. Dia mahu menghilangkan kebosanan. Semakin lama semakin hampir ke simpang. Dia segera brek menggunakan kaki. Fattah melihat kawasan sekitar. Dia ternampak gerai kecil dalam lingkungan 200 meter. Fattah segera menyeluk poketnya dan mengambil telefon bimbitnya. Di skrin isyarat telefon penuh tertera.

“Hahaha. Boleh telefon mucuk,” kata Fattah lalu mendail nombor kekasihnya.

Dalam 3 deringan panggilannya berjawab.

“Hello mucuk. Buat apa?” sapa Fattah sebaik sahaja panggilannya terjawab.

“Assalaimualaikum,” balas suara gadis di corong.

“Waalaikumussalam,” jawab Fattah.

“Bukankah elok beri salam?”

“Hehehe.”

Mereka berbual-bual. Bella tidak bercakap mengenai hal semalam. Dia tidak mahu Fattah berasa bimbang. Setelah hampir sejam bergayut panggilan ditamatkan. Fattah yang sudah duduk di tembok simpang segera meregang badan untuk melegakan otot-ototnya. Bahang matahari sudah mula terasa. Fattah segera mengambil basikal yang dibaringkan dan menaikinya. Perlahan-lahan dia mengayuh basikal ke arah gerai.

Apabila dekat gerai tersebut telah kurang pelanggan. Fattah memberhentikan basikalnya agak jauh untuk mengelakkan pelanggan gerai perasan dia membrek menggunakan kaki. Perlaha-lahan basikal disorongnya. Apabila sampai, basikal itu dibaringkan sahaja di atas tanah. Beberapa pelanggan melihat ulah Fattah. Fattah tidak mempedulikan dan segera masuk ke gerai. Tekaknya sudah mula haus. Fattah melihat sepintas lalu apa yang dijual. Ada nasi lemak bungkus dan kuih muih. Fattah lekas mengambil nasi lemak dan duduk. Seorang lelaki tua menghampiri Fattah.

“Assalaimualaikum nak. Nak minum air apa?” sapanya ramah.

“Teh Ais gelas besar pakcik,” jawab Fattah.

Lelaki tua itu mengangguk dan beredar ke dapur. Fattah mengeluarkan tablet dari beg deutarnya. Dia mahu menyewa kenderaan. Akhirnya dia membuka laman web Sewakereta.com . Lantas Fattah segera mencari kereta yang sedia untuk disewa. Terlalu banyak pilihan kerana hari itu bukan hari cuti mahupun hujung minggu. Akhirnya Fattah memilih untuk menyewa SUV Honda. Sesuai untuk masuk ke dalam chalet. Airnya sampai, Fattah mengucapkan terima kasih Fattah menyedut airnya. Separuh airnya habis dengan sekali sedut.

Matanya kembali menatap skrin tablet. Fattah menekan butang agree. Setelah memasukkan data peribadi. Fattah membuat pembayaran secara online. Siap! Sekarang semuanya di hujung jari. Apa yang perlu sekarang hanyalah menunggu panggilan dari tuan punya kereta. Fattah membuka bungkusan nasi lemak. Apabila dibuka dia terperasan gambarnya pada bungkusan nasi lemak. Fattah membacanya ;

“Fattah Nafi Bercinta Dengan Nilofa”

“Bongok! Aku sekarang dengan gadis Kenyahlah! Nilofa tu kami bincang pasal projek drama sahaja. Wartawan ini suka-suka je,” kata Fattah perlahan.

Dia terus menyuapkan nasi lemaknya ke mulutnya. Dia melayan mesej whatapps dengan Bella. Setelah habis makan bungkusan nasi lemak itu dikeronyoknya. Disedutnya air teh ais sehingga habis. Dipesannya ais kosong pula. Orang tua itu keluar dari dapur membawa ais kosong.

“Maaf nak. Pak Hassan nak tanya,” tegur Pak Hassan lembut.

Fattah yang sedang ralit melihat Facebook memandang Pak Hassan.

“Saya bercuti pakcik.”

“Bercuti di chalet mana?”

“Dhujung,” jawab Fattah pendek sebelum menyedut airnya.

“Dhujung?” sampuk seorang pemuda di meja sebelah.

“Ya.”

“Berani kamu dengan…..”

“Syhhh. Hormat Pak Johar tu!” potong Pak Hassan.

“Kenapa pakcik?” soal Fattah kehairanan.

“Tidak ada apa-apa,” balas Pak Hassan.

Telefon Fattah berdering. Fattah mengambil telefon dan meminta izin untuk menjawab di luar. Setelah Fattah berada di luar, Pak Hassan memandang pemuda yang duduk bersebelahan meja Fattah.

“Kamu ni. Jangan cakap orang tua itu gila. Dia kesunyian. Biarlah ada orang nak menginap di chaletnya itu. Sekurang-kurangnya ada teman dia bercakap. Ada duit dia dapat. Harapkan kamu nak jenguk orang tua itu haram. Kamukan anak saudara dia?” soal Pak Hassan.

Pemuda itu terdiam. Dia hanya memandang Fattah yang sedang rancak berbual. Pemuda tersebut mengelengkan kepala.

“Nasib kaulah Labu,” gumamnya.

Setelah selesai Fattah masuk semula ke dalam kedai. Tuan punya kereta sewa akan menghantar kereta ke pekan berhampiran setengah jam lagi. Fattah segera membayar harga makanannya dan berlalu. Dicapainya basikal nak menunggang basikal menuju ke pekan berpandukan aplikasi waze.

“Basikal zaman Jepun tu masih ada lagi ya Pak Johar simpan,” kata Pak Hassan lalu berlalu masuk ke dapurnya.

 

 

Fattah memandu riang kereta sewanya. Kereta itu masih baru. Kata tuan punya kereta Honda SUV baru 3 bulan digunakan. Kereta itu terpaksa disewakan untuk menampung pinjaman bank yang tinggi. Harganya kira-kira RM 140K. Basikal Pak Johar diletakkan di bonet belakang. Ruangnya cukup luas untuk memuatkan sebuah basikal. Mujur boleh, jika tidak sudah satu kerja hendak mengangkut basikal tersebut.

Fattah tidak balik ke chalet sebaliknya bersiar-siar seketika. Dia memandu keretanya di jeti nelayan. Dia mahu melihat pemandangan sebelum kembali ke chalet dan bekerja. Setelah keluar dari kereta dia mengambil selfie di hadapan kereta. Mahu berlagak dengan kawan-kawannya di laman sosial. Setelah puas diambil gambar, dimuat turun di laman Instagram dan Facebook.Kemudian dia memandang jeti. Hanya terdapat 3 bot yang ada. Mungkin bot yang lain pemiliknya sudah ke laut. Fattah ke pelantar jeti untuk mengambil gambar. Pemandangan sangat cantik. Fattah duduk di salah satu pelantar. Sekali lagi dia berselfie.

Selepas selesai dihantar gambar itu kepada kekasih hatinya. Dia melihat pemandangan laut. Mengimbas kembali kenangan lama. Lamunannya terhenti apabila mesej whatappsnya berbunyi. Fattah membuka mesej. Dia terkejut apabila Bella memberitahu ada sesuatu di dalam gambarnya. Dia zoomkan gambarnya. Fattah terpaku melihat susuk tubuh pakcik Goos di dalam hutan kayu bakau di belakangnya. Tanpa berlengah dia menuju ke kereta lalu bergegas memandu keluar.

“Kenapa pakcik Goos ada di mana-mana? Kenapa dia ikut aku? Kenapa aku mimpikan dia? Kenapa? Kenapa?” soal Fattah kepada dirinya sendiri.

Fattah beristifar banyak kali. Dia berasa lega. Mungkin itu hanyalah ilusi. Tapi takkanlah ilusi sehingga muncul di gambar yang dihantar kepada kekasih hati. Fattah ternampak kedai runcit. Dia mengambil keputusan untk berhenti membeli surat khabar dan makanan. Dia memberhentikan kenderaan betul-betul di hadapan kedai. Enjin dimatikan lalu Fattah keluar. Dia masuk ke dalam kedai untuk membeli barang. Selepas selesai Fattah ke kaunter. Pekedai memberi salam dan dijawab oleh Fattah. Sedang pekedai membungkus barangan,

“Encik, tanya sikit boleh?”

“Tanyalah.”

“Kenapa encik matikan enjin. Tak panas ke ayah encik dalam tu?”

Fattah terdiam. Dia memandang keretanya. Tidak ada sesiapa di dalam keretanya.

“Mana saya ada bawa ayah saya?” soal Fattah semula.

 Pekedai itu memandang ke arah kereta Fattah. Dia terperanjat melihat tidak ada sesiapa di belakang. Sedangkan tadi dia melihat seorang tua yang bongkok duduk di bahagian belakang. Dia mengerutkan dahinya.

“Mungkin saya salah nampak. Semuanya RM16.40 sen encik,”

Fattah mengangguk lalu mengeluarkan duit dari dompetnya. Wang baki dikembalikan dan Fattah beredar. Pekedai itu melihat buku kira-kiranya. Apabila Fattah hendak beredar, pekedai melihat ke arah kereta Fattah. Dia tergamam melihat orang tua tadi sudah berada di tempat duduk belakang. Apa lagi, habis segala ayat suci dibacanya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.