Pukul 9.00 malam.. Hani sampai ke
restoran Nasi Kandar Power.. Pak Mat melambainya.. Hani membalas dan duduk di
meja Pak Mat. Hani hanya memesan air sahaja ;
“Kenapa Pak Mat hendak bercerita dengan
saya?” tanya Hani ingin tahu.. mesti ada sesuatu perkara mustahak yang hendak
dibincangkan.
“Pak Mat hendak berhenti dari Mega Group,”
“Kenapa Pak Mat?” tanya Hani kehairanan…
adakah Pak Mat takut dengan Hasdi?
“Entahlah.. hati Pak Mat rasa tidak
tenteram selagi saya bekerja di sini.”
“Lepas ini Pak Mat hendak buat apa?”
“Pak Mat dapat kerja penyelia
keselamatan di syarikat sekuriti. Pak Mat akan mula selepas Raya,”
“Adakah pasal kes ini?”
“Iya… Pak Mat sudah tidak sanggup lagi
bersengkongkol dengan Hasdi. ” Hani mengangguk.. air minuman Hani sampai.
“Jika itu keptusan Pak Mat.. saya tidak
menghalang” Hani akur….
“Satu lagi.. Pak Mat hendak minta tolong
kamu,”
“Minta tolong apa Pak Mat?”
“Pak Mat sebenarnya menerima komisen
daripada Hasdi atas tindakan Pak Mat membantunya. Pak Mat tak hendak duit haram
itu. Boleh kamu simpan sementara kes ini terbongkar.. bila kes ini terbongkar…
Pak Mat hendak kamu pulangkan kepada syarikat” kata Pak Mat mengharap.
“Banyak ke Pak Mat” tanya Hani ingin
tahu.
“Dalam 80,000 ribu termasuk faedahnya”
Hani terkejut.
“Banyaknya Pak Mat,”
“Komisen untuk 8 tahun. Bolehkan?”
“Kenapa Pak Mat tidak serahkan sendiri?”
“Sebab Cik Hani yang tahu tentang
perkara ini… Cik Hani yang akan dedahkan… saya tidak mahu terlibat lagi…”
“80,000 satu jumlah yang banyak Pak
Mat.. takut saya hendak menyimpannya”
“Kamu jangan bimbang.. saya akan
pindahkan secara online. Kamu simpan sahaja untuk seketika. Tolonglah Cik Hani”
Hani terdiam sebentar… memikirkan apakah beliau perlu menerimanya.
“Baiklah. tapi saya simpan sahaja.. bila
sampai masa… saya pulangkan kepada syarikat” Pak Mat mengangguk… kami terus
berbual.