Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,646
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 35 B ; Sim dihalau keluar

Pukul 9 malam Sim sampai di rumahnya. Setelah ke MidValley, Sim membelanjakan Tasya makan di kedai Aneka Sup Cheras. Kedai ini terkenal dengan Supnya terutama sup Kambing dan spare part ( organ dalaman Lembu ). Kemudian barulah Sim menghantar pulang Tasya ke rumah sewanya. Apabila Sim membuka pintu rumahnya, didapati Ani duduk di sofa memeluk tubuh... beg bajunya ada di ruang tamu ;

“Sedap jejalan dengan awek?” Ani memulakan perbualan.

“Awek? Maksud awak?” Sim menutup pintu.... berpura-pura tidak tahu hujung pangkal Yes! Dia nampak aku keluar dengan Tasya,

“Kenapa tadi tak kiss-kiss mulut.... pegang-pegang tangan jer. Peluk-peluk?” Sim menangkap kata-kata Ani... pelan aku dah berjaya.

“La. Awak ternampak ke tadi saya keluar dengan kawan saya? Itu kawan sekerja saya” Sim berpura-pura bodoh.

“Memang saya nampaklah... berani awak dating ke tempat saya keluar berjalan-jalan yer? Apa motif awak?. ”

“Lah... apa salahnya. Awak keluar dengan Azman tu pun saya tak marah pun. Azman tu kawan awak... dia pun kawan-kawan saya. Awak dengan Azman siap lap-lap mulut lagi... makan berdua kat kafe Ukm yer” perli Sim.

“Apa yang awak merepek ni?”.

“Sayakan mengutip wang mesin layan diri kat UKM.. saya pernah nampak sekali awak berdua makan sekali di Pusanika. Masa tu saya pakai topi dan cermin mata. Awak tak perasaan... selamba jer Azman tu cuit di bibir awakkan.”

“Nasi ada terlekat kat tepi bibir saya lah waktu tulah” terang Ani.

“Yeke... ke saja si Azman tu mengambil kesempatan. Kalau dia pegang kat dada.. alasan awak pun nasi jatuh kat dadalah? Sejak dua menjak ni, awak selalu keluar dengan Azman tu... pergi main bolinglah, snukerlah, tengok bolalah, main futsal. Habis saya ni kat rumah macam tunggul ker?”.

“Kalau dia usik dada saya.. saya tamparlah dia. Awak... awak bukan suami saya yang sebenarlah! So janganlah jeles tak tentu pasal ok.”

“Ha... awak pun menganggap saya bukan suami yang sebenar. Apa salahnya saya keluar jejalan dengan kawan saya. Saya bosan duduk rumah ni sorang-sorang. Saya keluarlah.... lagipun Tasya tu single.... apa salahnya dia temankan saya. Saya nak ajak awak tengok wayang... tapi awak lebih utamakan kawan-kawan awak. Jadi saya ajaklah orang lain temankan. Tasya sanggup. Apa lagi.”

“Oh... budak tu nama Tasya yer... dah keluar dari rumah ni sekarang pi jumpa Tasya tu. Pilah tidur dengan Tasya tu”.

“Apa pulak... saya bayar sewa rumah ni. Sepatutnya awak yang keluar,,, bukan saya” Sim sengaja memprovok Ani.

“Mulai sekarang! Saya yang bayar sewa rumah ni. Ayah saya boleh bagi saya duitlah! Selama ni saya tak makan pun duit awak... SPM pun takde. Ada hati nak kahwin dengan saya.... dahla ayah saya yang bagi pinjam duit nak kahwin dengan saya. Tah bayar ke tah tidak lagi tu. saya ni tak lama lagi ada ijazah tau... saya boleh jadi jurutera. Gaji saya 3 kali ganda dari awak. Saya boleh hidup sendiri. Awak setakat gaji seribu tu.... boleh blah la. Tanggung la Natasya tu” kata-kata tersebut menguris perasaan Sim. Sampai hati kau cakap macam tu ;

“Sampai hati kau cakap aku macam tu.... kau merendahkan martabat dan maruah aku tahu tak.”

“Maruah? Kau ni ada maruah ker? Aku rasa kau ni tah anak luar nikah mana tah? anak pelacur mana. Patutnya aku biarkan kau mati depan rumah dulu. Kau ni sampah masyarakat tau tak! Aku dah tolong kau... kau pulak bawak bala kepada aku. Tak habis-habis menyusahkan aku” Sim menumbuk meja. Ini sudah lebih...

“Lu... jangan hina mak aku taw tak! Ni dah lebih.... aku tak pernah hina pun ayah kau tu atau keluarga kau. Malah aku mengganggap mereka seperti ayah dan mak aku sndiri. Baik! Aku keluar dari rumah ni. Aku pun tak hinginlah duduk dengan tomboi macam kau ni” Sim terus mengambil beg dan keluar dari rumah. Sim menghempas pintu... sanggup dia menghina mak aku... memang sakit hati betul aku mendengarnya.... malah dia kata aku ni anak pelacur. Itu dah tahap menghina aku tu. Destinasinya menuju rumah kedai yang disewanya di seksyen 15 di mana Azlan dan Mid sedang tinggal sekarang ini. Sampai di sana Sim terus mengangkut beg dan naik ke tingkat atas rumah kedai, Sim mengetuk pintu... tidak berapa lama kemudian Mid membuka pintu ;

“Aik... apahal dengan kau ni... siap bawak beg bagai. Lari dari rumah ker?” tanya Mid kehairanan.

“Ni semua idea bodoh lu la ni” marah Sim.

“Masuklah dulu” Mid membukakan pintu grilnya.. Sim masuk.

“Azlan mana?” tanya Sim... ada hal peribadi hendak dibincangkan dengan Mid. Hal orang dewasa.

“Ada kat bawah,,,, tengah ambil order dan packing barang... jom masuk bilik aku” Sim menuruti Mid memasuki biliknya. Di dalam bilik Sim meletakkan beg dan duduk di katil Mid ;

“Apa cerita kau ni? Kau kena halau dari rumah ker?” tanya Mid.

“Bukan setakat kena halau... hati aku ni tersinggung dengan kata-kata dia tau tak. Sampai hati dia” Sim meluahkan perasaannya.

“Dia cakap apa?.”

“Dia kata aku ni kahwin pakai duit ayah dia... penyangak... aku ni takde SPM. Paling aku bengkak dia kata mak aku pelacur... aku ni anak haram. Bangang betul. Ini semua idea bangang kau la ni” Sim menyalahkan Mid.

“Wah... melampau gak tu. Tajam jugak mulut Anikan. Tapi itu yang aku nak sebenarnya.”

“Kau kata menghina aku tu benda yang kau nak... apa cerita lu ni. Karang tak pasal-pasal lebam bijik mata kau” Sim mula bengang dengan Mid.

“Kau relaks... tarik nafas... kau tengah marah ni. Tak dapat berfikir secara rasional. Dengar dulu apa yang aku nak terangkan ni” Sim menarik nafas... beristifar untuk menenangkan diri,,,, Sim merasa sedikit tenang ;

“Apa dia rancangan bangang kau tu?.”

“Ok.... memang rancangan aku tu nak lihat samada dia sayang ko ker tidak. Dari tindakan dia tadi tu jeles dia sebenarnya sayangkan engkau.”

“Tak paham... kena hina dan halau dari rumah dikatakan Ani sayangkan aku?” tanya Sim kehairanan.

“Begini... dia marahkan kau bila lihat kau keluar dengan perempuan lain. Itu tandanya cemburu dol. Dia cemburu kau keluar dengan perempuan lain. Cemburu tandanya sayang.. sayang tandanya cinta... aku ulangi cinta.”

“Betul jugak... habis dia hina aku tu?.”

“Sebagai alasan untuk kau keluar dari rumah tu... bila kau sakit hati... kau tentu taknak tengok muka diakan. Jadi dia nak cepat kau keluar dari rumah... terhamburlah perkataan yang boleh menyakiti kau. Percayalah kepada aku... Ani sayang kau!” Sim terdiam sebentar... betul jugak tu.

“Pasni apa yang aku nak buat?” tanya Sim.

“Kau telefon bapa mertua kau. Terangkan segalanya pasal pelan kita. Ayah kau akan mengambil peranan menasihati dan memarahi anaknya. Sedarkan tanggungjawab seorang isteri dan kemudian kau kena hilang diri dari sini dalam seminggu dua. Kalau boleh jangan dok sini. Dok jauh sikit. Biar Ani rindukan kau bila kau tiada disampingnya. Dia akan teringat-ingatkan kau.”

“Aku nak gi mana?.”

“Aku ada member pemandu yang duduk di Salak Selatan. Rumahnya ada kosong sebilik. Kau tumpang dulu rumahnya... selepas itu aku akan beri rancangan yang seterusnya” Sim mengangguk. Ok ;

“Ok... geliga gak otak kau ni... walaupun PMR tak ambil” kata Sim memperlinya.

“Siot je lu...wa tak ambik PMR pun sebab wa ikut lu lari. Kalau tak ikut lu.. tah-tah wa sekarang tengah belajar kat Universiti taw.. ambik pengajian Islam.. tah-tah lagi 3 tahun dah jadi penceramah bebas. Wa punya UPSR 4 A taw.. lu pun kalah ngan wa UPSR. Dah pi mandi. Ada bau Tasya la badan kau ni.”

“Hahahahahahahaha” Sim membuka dan mencari-cari sesuatu dalam beg barangnya. Oh no!

“Aduh! Siot betulla” Sim mengomel.

“Apahal?” Mid bertanya.

“Seluar dalam aku Ani tak masukkan.”

“Hahahahahahahahaha... nak pinjam seluar dalam aku?.”

“Celaka! Taknak aku pakai seluar dalam kau de. Geli aku... aku turun bawahla cari seluar. Aku tak boleh tidurlah takde benda tu.”

“Hahahahahahahahahahah. Ani perdajal kau.. hahahahahahahahaha” Mid gelak besar. Siot......

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.