Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,814
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 52 ; Panggil Dato lagi

Bab 52

Tahun baru 2014

Tahun baru 2014… genaplah dua bulan Hani cuba menerima Dato Z dengan serius. Mereka dating atau berjumpa setiap minggu hari sabtu sahaja. Itupun ditemani oleh anak-anak Dato Z dengan Puan Kamelia. Hari ini mereka akan ke Sunway Lagoon untuk bermain air. Dato Z sangat seronok melayan keletah anak-anaknya. Hani tidak mandi dan hanya duduk di wakaf yang disediakan.. seketika kemudian Dato datang ke arahnya ;

“Penat layan budak-budak ini” kata Dato sebaik sahaja duduk. Hani tersenyum.

“Itu maknanya Dato sudah semakin tua.”

“Pandailah kamu. Kamu beli rumah di Puchong yer.. kenapa jauh sangat?”

“Jauh? Tidaklah Dato… lagipun rumah yang jauh dari Kl sedikit lebih murah. Saya beli rumah untuk keluarga saya Dato. Jika ada rezeki, saya mahu beli apartmen di Kuala Lumpur. Sebab itu saya bayar separuh dahulu rumah di Puchong.”

“Flat?”

“Juallah Dato… atau kalau keluarga saya tidak mahu jual… sewakan sahaja. Tapi pening pula nanti dengan kerenah penyewa. Dulu rumah itu ayah beli pada harga 25,000.. sekarang nilainya sudah mencapai 70 ribu. 80 ribupun ada yang sanggup beli Dato. Rumah semakin mahal di Kuala Lumpur. Sukar untuk mencari rumah bawah harga 100,000 Dato.”

“Wah! Awak sudah pandai mengira untung rugi.”

“Kalau ada untung itu ayah saya yang punya Dato. Mungkin ayah saya gunakan duit itu pergi Haji.”

“Kita sudah 2 bulan berkenalan. Tapi kita seolah-olah seperti kawan.”

“Maksud Dato?”

“Ialah.. kita jumpa seminggu sekali… tidak seperti pasangan bercinta yang lain. Tengok wayang, membeli-belah sama-sama.”

“Maaf Dato.. saya bukan seperti perempuan yang lain. Lagipun saya baru hendak mengenali Dato.”

“Masih lagi panggil Dato.”

“Maaf… saya tak biasa panggil Dato dengan memanggil Dato dengan nama lain.”

“Takpelah.. saya ada perkembangan terbaru tentang kes Hasdi.”

“Apa itu Dato?”

“Pihak Mahkamah membekukan asset Hasdi dan kuncu-kuncunya seperti rumah, kereta, tanah, dan syarikat jubin… nilainya kira-kira 6 juta ringgit” wow! Banyaknya.

“Maksudnya jika Hasdi kalah.. Dato akan dapat semula duit Dato?”

“Iya.. walaupun rugi 2 juta… tetapi takpelah. Dari rugi 8 juta… baik rugi 2 juta.”

“Banyak yang tidak luak duit Hasdi ambil.”

“Dia melaburkan duit saya.. membeli rumah.. tanah.. tubuhkan syarikat. Maka duit saya makin bertambahlah… asset seperti rumah dan tanah nilainya semakin tinggi apabila disimpan.”

“Hasdi bijak… tetapi menggunakan kebijaksaannya untuk tujuan yang tidak baik.”

“Entahlah… bila sudah gelap mata. Syarikat bapa saudara sendiri pun sanggup dimusnahkan” kemudian anak-anak Dato datang ke arah wakaf.

“Papa… Kakak… laparlah” rengek kakak… Hani memeluk kakak yang kini sudah manja dengannya.

“Kakak dengan adik lapar yer.. kita makan sandwich… kakak bawa dari rumah.”

“Yeeeee… sandwich” kata anak bongsu Dato. Hani membuka bekal sandwich yang dibawa. Kakak dan adiknya mengambil.. begitu juga Dato Z ;

“Pandai awak memasak… haritu awak buatkan masak asam pedas.. sampai sekarang saya masih terasa lagi kesedapannya” puji Dato.

“Ala Dato.. biasa-biasa sahaja” kembang juga Hani apabia dipuji.

“Betul cakap papa.. kakak masak sedap. Mama tahu beli sahaja.. kalau malas hendak keluar… makan makanan dalam tin” gomel kakak.

“Puan Kamelia tidak tahu masak ke Dato?”

“Memang sejak dahulu lagi dia malas masak… sibuk dengan perniagaannya.. dari saya mula kahwin sampai bercerai… hanya masak nasi sahaja yang dia tahu. Untung siapa yang menjadi suami awak… pandai memasak” Dato Z mengenyitkan matanya kepada Hani.. Hani mencebik.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.