Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
898,448
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 31 ; wiwi tak puasa?

“Iya ayah” Dato Z meleraikan pelukan. Kemudian Dato Zainal keluar dari bilik. Setelah Dato Zainal keluar ;

“Hani.. kamu telefon Dato Zaman.. suruh dia datang pejabat sekarang juga.. saya bayar triple duit tambangnya.”

“Baik Dato” Hani keluar dari bilik Dato Z. Dalam sejam selepas Hani menelefonnya.. Dato Zaman datang bersama pembantunya…. Mereka berbincang di dalam bilik Dato. 20 minit kemudian Dato menelefon dan menyuruh aku masuk ke dalam bilik. Mereka berbincang di sofa.. fail berselerak di atas meja kopi ;

“Dato Zaman… inilah satu-satunya saksi yang ada. Dia bersama saya melihat perkembangan projek di Ipoh” Dato Zaman memandang Hani atas dan bawah.. ibarat seorang Majistret yang hendak menjatuhkan hukuman.

“Duduk Cik Hani.. saya hendak bertanya beberapa soalan” Hani duduk di sebelah Dato Z.. sudah macam saksi pula aku ini..

“Masa Dato Z berbual dengan Wiwi… Cik Hani ada?” tanya Dato Zaman.

“Ada.. tapi sebentar sahaja dia sudah balik ke biliknya” Dato Zaffran pula yang menjawab.

“Susah Dato. Kita perlukan seseorang yang terdengar perbualan Dato sepenuhnya.”

“Kita tipulah. Kata Hani dengar yang selebihnya” apa! Menipu? No way….

“Jangan Dato.. peguam mereka akan tanya soalan bertubi-tubi tentang betul ke tidak Cik Hani ada semasa perbualan tersebut… CCTV semua ada Dato. Nanti krebiliti saksi diragui. Lagi susah Dato” Dato Z mengeluh..

“Pening saya” Dato Z mengeleng-gelengkan kepala.

“Itulah.. kecuali kalau kita dapat video penuh perbualan Dato dengan Wiwi” perbualan penuh Dato dengan Wiwi? Macamana hendak ambil… tentu Nat Ahmed simpan di tempat yang selamat.. tah-tah dia simpan di bilik kebal… tiba-tiba aku teringatkan Jidin Sengal… iya! Dia boleh membantu untuk dapatkannya ;

“Yes!” Hani bangun kegembiraan… Dato Z dan Dato Zaman terkejut dengan reaksi Hani ;

“Kamu ini kenapa? Kita tengah susah… kamu gembira pula” tanya Dato Z kurang senang dengan reaksi Hani.

“Saya ada idea Dato.. tapi idea saya ini agak kotor sedikit” kata Hani

“Idea apa?” tanya Dato Z.

“Saya ada seorang kawan yang menjadi penyiasat persendirian… Jidin namanya…. Kita boleh minta tolong dia salin video tersebut” Hani memberi cadangan.

“Boleh pakai ke kawan kau ini?” tanya Dato Z.

“Nanti sekejap… Jidin? Nama yang agak familiar… Jidin… Jidin. Ya! Saya tahu.. Jidin Seremban… dia memang penyiasat persendirian yang sedang hot sekarang. Banyak kes Insurans yang dia berjaya siasat. Kawan saya Mr Chong ada gunakan khidmatnya…. Memang tip top kerjanya” jelas Dato Zaman… ini menguatkan lagi krebiliti Jidin.

“Are sure Dato Zaman? Kita hendak mencuri?” tanya Dato Z ragu-ragu… nanti elok-elok dia saman TV13 dan Nat Ahmed.. dia pula kena saman balik sebab ambil dokumen tanpa kebenaran.

“Kita jangan gunakan terma mencuri, bak kata Cik Hani.. kita membuat salinan kedua dialog Dato dengan Wiwi. Itu sahaja caranya” Dato terdiam.. sedang memikirkan sesuatu.

“Oklah.. nanti suruh dia jumpa saya malam ini Hani” Hani mengangguk.

{{{{{{{{{{{{{

Selepas berbincang dengan Dato Z dan peguamnya… Hani kembali kemejanya.. tiba-tiba hidungnya bau sesuatu. Hani menghidu…

“Bau apa pula ini? Macam kari…” Matanya melilau mencari punca bau tersebut. Sekarang sudah pukul 2 petang. Siapa yang puasa yang yang yok ni…. Ini mesti bau datangnya dari Pantri…Hani bangun dari tempat duduknya… secara senyap-senyap beliau ke Pantri… di Pantri pintunya terbuka sedikit. Hani menjenguk siapakah yang makan pada waktu ini. Aisy! Tak puasa ker? Hani membuka pintu pantry mendadak.

“Oi… sedap makan.”

“Syhhhhhhhh.. kau ni sibuklah. Jangan cakap kuat. Aku uzurlah.”

“Uzur.. dah 2 minggu aku nampak kau asyik ulang alik masuk dalam pantry ini. Awat uzur lama sangat?” memang.. Hani ada ternampak Aisy selalu masuk ke dalam pantry dari mula puasa sehinggalah sekarang. Dia malas hendak menegur…

“Ala…. Aku ni terlebih subur”

“Terlebih subur? Kalau uzur lebih 2 minggu bukan uzur. Tapi ada penyakit. Kalau kau dah kahwin.. kesian laki kau” macamlah aku tak tahu kau memang tidak puasa. Ngelat!

“Kau sibuk apahal?”

“Eh! Kau tak puasapun bukan reti nak menyorok. Bau kari sampai meja aku.”

“Hidung kau macam hidung kucing. Bau je.”

“Taubatlah Aisy… sampai bila kau hendak jadi macam ini? Tak malu ker dengan staf-staf yang lain?” nasihat Hani.

“Dah.. dah.. kau bukan adik beradik aku nak nasihat orang”

“Lantak engkaulah” Hani berlalu pergi…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.