Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,914
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1 ; Temuduga
masih panas lagi... mendapat idea dari status kawan di facebook.. taglinenya... kahwin dengan Dato? oh plis..................

Bab 1

Temuduga

Pukul 10.00 pagi, Hani duduk di hadapan bilik temuduga yang disediakan. Ya,,, Hani sedang menanti giliran untuk ditemuduga. Setelah 6 bulan menganggur dan menamatkan Diploma pengurusan pejabat dari UITM pada bulan 9 tahun 2012 yang lalu, baru harinilah beliau dipanggil untuk ditemuduga. Maka ini adalah temuduga Hani yang pertama dari sekian banyak resume yang dihantar. Syarikat Mega Group.. sebuah syarikat pembinaan milik bumiputera kelas A. Pemiliknya Dato Zaffran…. Baru berusia 40 tahun dan seorang duda yang terhangat di pasaran. Dengar-dengar gosipnya Dato ini agak buaya darat sedikit. Selalunya dikaitkan di gosipkan dengan artis muda yang baru hendak naik ( sebenarnya artis-artis muda yang terhegeh-hegeh dengan Dato itu.. dan Dato jenis yang melayan )

Mulanya Hani malas hendak pergi temuduga tersebut… maklumlah kalau dapat nanti kena pulak kerja sebagai pembantu peribadi Dato itu yang buaya darat. Tapi mengenangkan tiada lagi temuduga yang memanggil.. jadi aku terpaksalah Hani melangkahkan kaki ini untuk menghadiri temuduga Syarikat Mega.. sekurang-kurangnya adalah benda yang hendak aku ceritakan dalam Facebook atau Twitter.

Oh ya! Terlupa…. penulis novel terlupa hendak terangkan latar belakang Hani selain pendidikannnya. Nama sebenarnya Hani ialah Nurhani Edora Bt Osman ( Edora? Sebab ayah Hani encik Osman kita ini minat sangat dengan cerita Mira Edora… tapi emak Hani tidak setuju menamakan anaknya Mira Edora yang merupakan nama yang hangat pada masa itu… janji ayah Hani akurlah dengan tegahan isterinya.. lalu dinamakan NurHani Edora ). Maka di rumah, kampung, sekolah atau di university beliau lebih suka dipanggil Hani.. katanya sweet macam madu gitu ( penulis novel meletakkan tangan didada.. mata ke atas ).

Anak kedua dari 5 beradik dimana hanya Hani sahaja yang perempuan.. yang lain kesemuanya lelaki. Maka Hani ini memang perwatakannya agak kasar tapi agak gila-gila sedikit. Datang temuduga pun menaiki motosikal. Katanya senang hendak mencilok meredah kesesakan di Kuala Lumpur ini. Hani merupakan anak jati Kuala Lumpur dan kini beliau menetap bersama keluarganya di sebuah flat Bandaraya di Sentul ( ayahnya pemandu teksi dan emaknya pula pembantu Kantin… mereka berdua bukannya orang tempatan tetapi berhijrah dari negeri masing-masing untuk mencari pekerjaan.. ayah hani orang kedah manakala emaknya orang negeri ).

Hani orangnya kecil molek sahaja, bertudung dan mukanya bujur sirih. Kata-katanya petah dan bijak berpidato ( bekas ahli pidato universiti ). Sangat kemas dalam mempertahankan perisip atau idea yang beliau pegang ).

Kita kembali semula kepada Hani… Hani melihat jam di tangannya.. sudah pukul 11 pagi. Beliau melihat orang disebelah kanannya yang turut menunggu giliran. Ada 2 orang yang tinggal sebelum namanya dipanggil. Di sebeleh kirinya 2 orang wanita yang berpakaian dan mempunyai muka persis model dsedang berbual sesama mereka. Berpakaian skirt dan agak seksi… ini hendak kerja pembantu peribadi atau model? Hani memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka ;

“Kau rasa Dato itu hendak ambil ke kita bekerja?”

“Mestilah… kau tahulahkan taste Dato-Dato ini terutama yang duda. Mestilah hendak pembantunya yang lawa, seksi, urban, social dan ada rupa macam kita ni” jawab kawannya yang berambut perang… perasaan.

“Tapi Dato itu hendak seorang sahaja PA dia. Antara kau dan aku siapa yang layak?”

“Entahlah…. Tengok taste Dato itulah. Tapi aku rasalahkan….. kawan sebelah kita yang bertudung ini awal-awal Dato reject” katanya perlahan sambil diiringi tawa kecil mereka berdua. Wah! Kau ingat aku ni pekak ker?

Helo cik akak.. saya belum pekak lagi ok? Ingat saya tak dengar apa akak-akak ini cakap? Ada ke salah saya bertudung selepas itu kerja dengan Dato Zaffran? Saya bertudung ikut suruhan Allah. Bukannya seksi meksi untuk dapat kerja ok? So… please watch your mouth and shut up!” kata Hani marah.

“Ok.. kita tengok siapa yang dapat kerja ini… samada ustazah atau yang urban ok. Pliz” kata rambut perang. Hani menghadap ke kanan… geramnya aku… hendak aku cili-cili je mulut kau… gediknya kau . sabar Hani… sabar.. tempat orang ini… Hani beristifar beberapa kali….

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.