Bab 36
Menyambung semula hubungan Dato dengan
anak-anaknya
Hani memberitahu Dato supaya
mengosongkan jadualnya pada hari sabtu minggu tersebut ( Hari Sabtu tersebut
syarikat tutup untuk memberi peluang kepada staf membeli kelengkapan Hari Raya
). Dato pada mulanya pelik.. katanya
“
Saya hendak main Golf dengan Dato Tan” puasa-puasa
pun bermain golf juga ker?tak penat ker Dato jalan panas-panas?
“Dato… kalau Dato tidak mengosongkan
jadual Dato pada hari tersebut. Dato akan menyesal seumur hidup Dato” kata Hani
selamba.
“Eh! Macam penting sahaja bunyinya.”
“Memang penting Dato… dan saya telah
bertungkus lumus untuk mendapatkannya. Dato hendak kecewakan saya?”
“Ada kontrak besar ker? Ke awak nak ajak
saya dating?”
“Ianya lebih bermakna dari kontrak yang
besar Dato… percayalah cakap saya. Saya tidak akan menghampakan Dato” Dato
terdiam sejenak.
“Tidak boleh beritahu langsung apakah
bendanya?” tanya Dato Z sekali lagi
“Tidak boleh Dato. Rahsia.. kalau saya
beritahu bukan rahsia namanya. Percayalah… Dato tidak akan menyesal.”
“Ok.. saya kosongkan jadual saya. jumpa
di mana?”
“Kita jumpa di Berjaya Times Square..
pukul 10 pagi.. di lobi.”
“Ok.”
{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Seperti yang dijanjikan.. seawal pukul
8.38 pagi Hani sudah sampai di rumah Puan Kamelia yang terletak di Bangi..
sebuah rumah banglo 2 tingkat di Bangi
Perdana. Setelah keluar dari keretanya…
Hani menekan loceng… seketika kemudian pintu pagar kecil dibuka. Hani masuk
kedalam rumah. Secara automatik pintu pagar ditutup kembali. Pintu rumah dibuka
;
“Masuklah Hani… anak akak tengah siap”
katanya.. Hani mengangguk dan masuk ke dalam rumah Puan Kamelia.
“Kejap yer.. anak akak baru bangun
tidur.. mereka puasa tadi.. mungkin mereka tengah mandi. Akak sudah beritahu
mereka hendak berjumpa dengan ayahnya. Suka budak-budak tu… dari semalam asyik
tanya jadi ke tidak.”
“Takpelah akak.. saya janji dengan Dato
untuk berjumpa dengannya pada pukul 10 pagi.. terawal pula saya datang. Agaknya
mereka terlalu gembira hendak berjumpa dengan papanya.”
“Takpe.. tunggu sat” Puan Kamelia naik
ke atas. Hani mengambil suratkahabar hari tersebut yang terletak di atas meja
kopi dan membacanya. 15 minit kemudian Puan Kamelia turun bersama-sama
anaknya..
“Salam autie” kedua-dua anak Puan
Kamelia bersalam denganku. Anak perempuan Dato sangat comel manakala anak
lelakinya sangat debab.. geram Hani.
“Hani… anak perempuan akak yang sulong..
Kisha. Manakala anak akak yang kecil yang nakal dan debab ini… Asraff” Puan
Kamelia memperkenalkan anak-anaknya ;
“Mama.. kata hendak jumpa dengan papa.
Mana papa?” tanya Asraff”
“Asraff. Kakak ini akan bawa kamu berdua
berjumpa papa” jelas Puan Kamelia sambil membetulkan baju anaknya.
“Ooooo… kenapa mama tidak hantar kami
jumpa papa?” tanya Kisha manja.
“Kisha.. mama sibuk.. kan hendak Raya
ini. Banyak tempahan dan orang datang ke butik” Puan Kamelia memberi alasan.
“Ala… takpelah… nanti Mama ikut sekali
yer. Akak nama siapa?” katanya anak Dato yang debab.
“Panggil Kak Hani sahaja.”
“Ooooo.. Kak Hani yer” sampuk anak
perempuannya pula.
“Ok.. cepat pergi… nanti lambat pula….”
Hani melihat jam.. sudah hampir pukul 9.00.
“Jom” ajak Hani.. mereka semua keluar
rumah.. sampai di kereta Hani..
“Adik… akak. Jangan nakal-nakal. Dengar
cakap kak Hani dan juga papa ok” pesan Puan Kamelia kepada anak-anaknya.
“Baik mak” mereka bersalam.. Puan
Kamelia mencium kedua-dua.. Hani melihat ada titisan air mata… selepas mereka
masuk kedalam kereta.. Hani membuka tingkap belakang sedikit.
“Bye-bye mama” mereka berdua
melambai-lambai kepada Puan Kamelia. Setelah jauh meninggalkan rumah Puan
Kamelia.
“Kita hendak jumpa ayah di mana kak?”
tanya si debab.
“Kita jumpa di Berjaya Times Square.”
“yahoo!!! Situ ada Roller Coaster”
Ashraff bersorak.
“EEEeeee.. kita tak sukalah naik Roller
Coaster.. pening” kata kakaknya pula.
“Ada Aiman kisah” Hani ketawa melihat
gelagat mereka berdua. Hani sampai di Berjaya Times Square pada pukul 10.10
pagi.. Hani menelefon Dato.. Dato sudah sampai.. dia menunggu di Lobi
berdekatan dengan StarBuck.. Hani memimpin anak-anak Dato ke tempat yang
dijanjikan.. sampai sahaja berhampiran Starbuck.. Hani melihat Dato memandang
di luar.. mungkin menunggu Hani.