Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
901,548
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 28 ; Wiwi

Bab 28

Pak Mat pulangkan wang rasuah

Minggu kedua puasa… Hani ke Ipoh menemani Dato Z melihat projek pembinaan di sana. Selepas mesyuarat… Dato Z mengajak Hani berbuka buffet di hotel dan mengikutnya sahaja.. dia yang beria-ia benar hendak membelanja Hani berbuka puasa di sana. Selepas mendaftar masuk di hotel dan mandi… Hani turun ke kafe… ramainya orang hendak berbuka.. malah ada yang sudah siap beratur mengambil makan. Ini puasa atau pesta makanan… Hani mengelengkan kepala. Dia duduk di meja yang telah ditempah khas.. Dato masih belum turun lagi. Hani melihat jam.. ada 20 minit sebelum buka puasa. 5 minit kemudian Dato datang ke mejanya ;

“Kamu tidak ambil makanan ke Hani?” tanya Dato.

“Ramai beratur Dato. Malas saya hendak beratur panjang.”

“Saya ambilkan” Dato pergi ke meja hidangan buffet dan mengambil makanan. Hani tidak menghalangnya. Lagi seminit hendak berbuka Dato dan datang ke arahnya…

“Hanya kuih dan nasi lemak bungkus yang saya sempat ambil” kata Dato sambil menghulurkan sebungkus nasi lemak daun pisang kepada Hani.

“Takpelah Dato… inipun sudah cukup. Saya bukannya makan banyak sangat” Azan berkumandang. Dato membaca doa berbuka puasa dan diaminkan oleh jiran-jiran semeja.. penuh meja dengan makanan. Hani makan kuih dan nasi lemak yang diambil Dato.. takdelah sedap sangat… dekat bazaar Ramadan rumah aku lagi sedap.. bayar bukan kemain mahal 6o ringgit sekepala… membazir sahaja….

Selepas habis makan.. Hani ke meja buffet untuk melihat hidangan utama…. Hani mengambil kambing golek dan roti putar. Pencuci mulut pula Hani mengambil bubur campur.. di meja… Dato sedang berbual-bual dengan seorang wanita berbaju kurung.. cantik juga orangnya.. sebaik aku duduk ;

“Ha Hani… saya perkenalkan.. kawan saya Wiwi… penyanyi irama Malaysia generasi baru… ala.. yang baru keluar Akademi Nyanyi-nyanyi” Hani bersalaman dengan Wiwi.. tak kenal pun… akademi nyanyi-nyanyi? Macamlah aku mengadap sangat tengok program sampah!

“Cik Wiwi buat apa disini.. ada show?” tanya Hani buat-buat ramah.

“Oh… a ah… ada show… maklumlah buffet ini sehingga pukul 10 malam. Jadi saya akan menyanyi lagu-lagu melayu selama 2 jam” Hani mengangguk… Ini majlis berbuka puasa… ada nyanyi-nyanyi pulak?

Yeke… pukul berapa nyanyinya?”

“Dari pukul 8 malam hingga 10 malam” jawab Wiwi mesra.

“I see.. bagus” bagus lah kau… orang sembahyang terawih…kau pula nyanyi benda yang melalaikan. Hani tersenyum…. Kemudian Dato berbual-bual dengan Wiwi… malas aku hendak melayan. Dato tu… kalau ada awek melayan.. mulalah tak hiraukan aku. Hani hanya makan bubur campur. Pukul 8 malam.. Wiwi meminta diri untuk mula menyanyi. Hani ingin meminta diri ;

“Dato… saya hendak balik bilik dahulu” pinta Hani.

“Eh! Awal lagi. dengarlah Wiwi nyanyi satu lagu. Nanti kecil hatinya” Hani mengangguk… dia menunggu. Wiwi menyanyi sambil diiringi oleh pemuzik irama Malaysia. Lagu pertamanya adalah lagu Seri Mersing. Hmmmmm.. suaranya sedap juga.

“Wiwi jadi juara ke program reality itu Dato?” tanya Hani.

“Tidak.. setakat separuh akhir sahaja” mata Dato tidak lepas memandang Wiwi.

“Jadi… Dato mengundinya?”

“Tentulah…. Saya minat suaranya… tidak ramai orang boleh bawa lagu asli dengan baik” sungguh tidak disangka.. Dato Z menonton rancangan realiti TV. Selepas Wiwi habis menyanyi lagu tersebut.. Hani meminta diri untuk balik ke bilik ;

“Dato.. saya balik ke bilik dahulu,”

“Eh! Awal lagi .. makanan pun banyak lagi.”

“Takpelah Dato.. saya letih.. belum solat lagi” kata Hani selamba.

“Ok” Dato mengangguk.. pandangannya beralih semula ke atas pentas. Hani mengeleng kepala… Berbuka puasa diselang seli dengan hiburan.. apakah matlamat kita hendak berpuasa? Sampai solat pun tinggal. Hani terus ke biliknya.. sampai ke bilik beliau membaca mesej yang diterima…

Saya ingin berjumpa Cik Hani malam ini.. saya ingin membincangkan sesuatu… Pak Mat. Hani menelefon nombor Pak Mat.

“Pak Mat hendak berjumpa dengan saya malam ni?”

“Iya. Hendak bincang pasal Encik Hasdi”

“Boleh.. di mana?”

“Di restoran Nasi kandar Power.. berdekatan dengan Hotel Cik Aisy menginap,”

“Ok.. dalam sejam saya sampai.. boleh?”

“Boleh. Cik Hani hendak saya jemput?”

“Tak payah.. saya takut Dato nampak… saya naik teksi.”

“Ok” Hani menamatkan penggilan. Hani ke bilik air untuk berwuduk.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.