Bab 50
Aisy mengaku salah
Minggu terakhir bulan 11 tahun 2013..
hari isnin.. pepagi lagi Kak Qismah datang ke bilik Hani dengan membawa
suratkhabar;
“Akak ada berita terbaru” katanya sebaik
sahaja masuk ke bilik Hani tanpa mengetuk pintu.
“Berita apa kak?”
“Kau tengok ini siapa? Cer teka” Hani
memandang gambar yang ditunjukkan oleh Kak Qismah.. tajuk beritanya dia tutup
dengan tangan” main teka-teka pulak.
“Siapa ini kak? Tak kenalpun” kata Hani
apabila melihat gambar yang ditunjukkan oleh kak Qismah.
“Apalah kau ini… inilah dia Aisy” Hani
terkejut ;
“Biar betik… Aisy ni?” Kak Qismah
menarik tangannya dari tajuk akhbar.
“Iya Hani.. inilah Aisy” Hani melihat
gambar itu sekali lagi. Memang betul itu Aisy.. Aisy yang tanpa rambut karat,
tanpa memakai baju yang seksi, tanpa mekap tebal, tanpa bulu mata lentik… lain
dari Aisy yang dia kenal. Hani membaca tajuknya ;
“Kerani kewangan mengaku salah kes
menggelapkan wang syarikat 8 juta” Hani berbisik.. beliau menyambung membaca
berita… setelah habis Hani membaca ;
“3 tahun penjara dan denda 50 ribu… jika
gagal membayar denda. Tambah lagi setahun penjara” Hani memandang Kak Qismah.
“Itulah… mata sudah bersinar-sinar dengan
duit. Gelap mata… sekarang terima akibatnya. Aku tanya kawan baik dia di sini..
si Yati tu. Hani tidak mampu bayar denda.. tambah lagi setahun. Jadi bahanlah
si Aisy tu dok dalam.”
“Diapun dah dapat hukumannya kak.. saya
doakan agar dia insaf di dalam sana. Tak payahlah kita hendak mengata dia lagi
kak.”
“Aku ini bukannya apa.. dok geram dengan
dia tu. tergedik-gedik… perasaan diri bagus sangat. La ni… baru padan dengan
muka dia.”
“Sudahlah kak. Akak… jom melawat dia di
penjara?” ajak Hani. Beliau kesian akan nasib yang menimpa Hani.
“Apa! Ulang sekali lagi? betul ke apa
yang akak dengar ini?” akak Qismah menjengilkan mata.
“Kita lawat Aisy di Penjara.”
“Hang jangan nak buat leceh.. lawat dia
di penjara? Pasai apa hang ini. Dia buat macam-macam dekat hang. Fitnah sana..
fitnah sini. Hang hendak buat baik pula? Sori aku hendak pi.”
“Kawan kita tengah susah kak.. apa
salahnya kita melawatnya.”
“Aku tahu hang ini baik.. tapi kita
hendak buat baik dengan siapa? Dengan dia tu? Oh No!!!” kaka Qismah
mengelengkan kepala.
“Jomlah kak.. hujung minggu ni” pujuk
Hani lagi.
“Tak mau aku… hang ndak pergi.. hang
pergi. Aku ada Dating dengan suami aku. Lagi baik.”
“Takpelah.. saya pergi seorang.”
“Ini aku nak habak mai awal-awal. Kalau
Aisy marah hang.. kutuk hang masa hang melawat dia.. hang jangan marah aku
pula… hendak mengadu dengan aku. Aku dah beritahu awal-awal. Ok.. aku banyak
kerja nak buat. Papai” Kak Qismah keluar dari bilik Hani.. Hani bertekad untuk
melawat Aisy di penjara Kajang hujung minggu tersebut.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Rehat makan tengahari.. Hani ke Bank
untuk memasukkan cek bernilai RM 500 ribu ke dalam akaun simpanan khas ( menggunakan buku apabila wang hendak
dikeluarkan.. jadi tunai tidak boleh diambil melalui kaunter… hanya untuk
simpanan RM 100,000 ringgit ke atas perkhidmatan ini disediakan ). Kerani Bank
yang melihat amaun cek terkejut dengan nilai cek yang tertera. Hani hanya
tersenyum apabila kerani wanita tersebut memandangnya. Dalam perjalanan
pulang.. Hani terlihat kelibat seseorang yang beliau kenal di sebuah restoran..
Hani berpatah balik ke restoran dan pergi ke arah lelaki yang sedang enak
menikmati cendol.
“Oi!!! Mana kau menghilang ha Jidin?”
Jidin yang memakai topi dan cermin mata tersentak apabila Hani menegurnya.
“Hani.. kau cam aku?”
“Ha… kenapa kau tidak melawat aku
selepas aku sedar dari koma? Kau ada kes besar ke?” Hani duduk di kerusi meja
Jidin.
“Aku sibuklah” jawab Jidin.
“Ini apa pula pakai topi dan cermin mata
dalam restoran ini. Kau ni peliklah.”
“Menyamar.”
“Anyway.. kau sudah terima cek?”
“Belum.. aku hendak pergi ambillah ni
kat pejabat kau la ni ambil cek.”
“Masyuk betullah kau ni. Apa kau hendak
buat dengan duit 500 ribu tu?”
“Dulu aku ingat hendak kahwin.. lepas
itu bila aku tahu awek tu dah ada orang lain minat. Jadi aku undurkan diri.”
“Fuhhh ! Cinta tak kesampaian.. tragis…
tapi takpe.. lepas ini mesti ramai awek yang berminat dengan kau. Upah mahal ni…
hampir jutawan dah kau ni.”
“Kau pula… buat apa?”
“Aku hendak beli rumah untuk keluarga
aku. Rumah teres… sampai bila aku hendak duduk Flat. Kadang-kadang lif rosak…
lenguh nak naik rumah aku. Jiran laki bini gaduh dengar.. tengah bermesra pun
kadang-kadang dengar. Budak main bawah atas pun dah dengar. Lagipun memang niat
aku dari dulu lagi.”
“Iya. syukurlah” Hani memesan cendol
pulut.
“Kau ceritalah.. kenapa kau tak angkat
telefon?”
“Aku sibuk sangat.. aku berada di luar
kawasan… Cuma seminggu dua ini aku ada di KL” Jidin memberi alasan.
“Risau juga aku takut kau kena culik.”
“Aku tahu jaga diri aku.. aku inikan
inspektor bantuan.”
“Ceh! Berlagak” selepas minum cendol
mereka berdua ke pejabat.