“Dalam surat itu ada gambar-gambar rakan
sekongkol Hasdi dan juga gambar yang menunjukkan hubungan Hasdi dengan kumpulan
kongsi gelap” kata Hani.. Dato melihat semua gambar yang ada di dalam sampul.
Habis diseranahnya pekerja pejabat yang dia kenal bersengkongkol dengan Hasdi…
“Betul juga kata Hani.. kalau aku
panggil dia sekarang… petang ini sebelum sempat Polis tangkap… dia sudah
larikan diri atau mengugut kita. Zaffran.. kau pergi jumpa kawan ayah Ketua
Polis KL tu… kau buat report.. ayah hendak… sepupu kau yang tidak tahu dek
untung itu ditangkap secepat mungkin.. kemudian kau jumpa Dato Zaman… kau suruh
dia saman dan minta balik 8 juta yang Hasdi ambil dari syarikat dengan apa juga
cara. Paham?” arah Dato Seri kepada anaknya.
“Paham ayah” Dato Z mengangguk.
“Dan kita bertiga.. buat masa ini..
layan Hasdi seperti biasa. Jangan bagi dia syak. Ok? Sehingga dia ditangkap.”
“Ok,,,,,” kami berdua menjawab serentak.
“Pergi balas Polis sekarang. Hani..
terimakasih untuk kau yang banyak tolong syarikat ini. Yang banyak membantu
kami berdua. Dulu.. kau tolong rapatkan hubungan Zafrran dengan anak-anaknya,
kau tolong Zaffran dapatkan bahan bukti saman si Nat Ahmed dan sekarang kau
bongkarkan pengkhianatan Hasdi. Kau jangan bimbang… syarikat akan beri kau
insentif yang sepatutnya,”
“Dato… saya buat dengan ikhlas,,, bukan
harapkan pembalasan.”
“Tidak.. kamu layak… kalau kamu tidak
bongkar… entah berapa juta si Hasdi itu makan duit syarikat. Sudah.. pergilah
ke balai” Mereka berdua meminta diri untuk ke balai bagi membuat laporan.