Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,853
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 47 B ; Hani sudah sedar

Hari ketiga…. Dato Z masih setia menunggu Hani sedar dari komanya. Abang Hani sudah dibenarkan keluar dari wad. Manakala Hasdi telahpun sedar…. Pertuduhan bagi ketiga-tiga kes telah dibacakan oleh Majistret di hadapan Hasdi yang sedang terbaring lemah di katil Hospital. Hasdi tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Writ saman untuk mendapatkan semula wang yang telah diambil oleh Hasdi telah difailkan di Mahkamah. Segala aset milik Hasdi dan kuncu-kuncunya telah dibekukan.

Segala urusan perniagaan Mega Group diuruskan oleh Dato Z. Beliau bercuti dari menjadi pengerusi sebuah syarikat GLC dan Ali baba untuk menumpukan perhatian kepada Mega Group. Petang itu Hani sudah mula sedar.. Dato Z yang sedang berehat di bilik hotel bergegas ke Hospital setelah diberitahu oleh ayah Hani. Sampai di katil Hani.. semua ahli keluarga telah mengerumuni Hani.;

“Assalaimualaikum” tutur Dato Z sebaik sampai di katil Hani.

“Waalaikumussalam” jawab ayah Hani… mereka bersalaman… Emak Hani memberi laluan kepada Dato Z untuk duduk Dato dekat dengan Hani.

“Hani ok? Ini berapa?” Dato Z membuat tangan yang menunjukkan angka dua.

“Dato ini.. masa inipun hendak berlawak” kata Hani.

“Manalah tahu awak jadi orang lain setelah sedar.”

“Saya masih Hani yang dahulu Dato.”

“Hani.. ayah dan emak dan adik-adik keluar dahulu. Nanti kita masuk balik” ayah Hani memberi peluang Dato berbual dengan Hani. Setelah mereka sekeluarga beredar.

“Jidin mana?” tanya Hani apabila melihat Dato Z datang seorang diri.

“Jidin? Dia sudah kembali bekerja. Katanya semalam dia sudah sihat dan ada banyak kes yang tertunggak yang perlu diselesaikan. Dia pesan kepada saya mengirim salam kepada awak jika awak sudah sedar.. saya sudah beri mesej kepadanya memberitahu awak telah sedar,”

“Hasdi?”

“Hasdi telah di dakwa. Awak jangan risau.. dia sudah ditangkap. Yang penting sekarang.. awak berehat. Semoga awak cepat sembuh dan mula bekerja dengan Mega Group.”

“Dato tidak masuk pejabat?”

“Saya bercuti.”

“Kenapa?”

“Hati saya tidak sedap selagi awak dirawat di sini. Perkara yang terjadi kepada awak adalah disebabkan oleh saya. Jadi adalah menjadi tanggungjawab saya untuk berasa di sisi awak. Alhamdulillah.. awak sudah sedar. Awak jangan bimbang.. ayah saya akan mengambil alih pengurusan syarikat sepanjang ketiadaan saya. Awak berehatlah yer” petang itu Hani dipindahkan dari wad penjagaan rapi ke wad kelas VIP.

{{{{{{{{{{{{{{{{

Hari kedua… semasa Dato Z berdua sahaja dengan Hani dibiliknya… Dato Z mengupas epal untuk diberikan kepada Hani ;

“Dato… betulkah kata-kata Hasdi itu yang Dato sukakan saya?” mati gerak tangan Dato Z yang sedang mengupas epal.

“Betul Hani” Dato Z mengiyakan.

“Sejak bila?”

“Sejak hari awak temuduga itu. Awak comel apabila awak marah Hani.”

“Mengadalah Dato ini. Saya ini bukannya urban Dato. Jadi saya comel apabila saya marah sahajalah. Kalau saya tidak marah? Saya buruk ker?” Dato Z ketawa.

“Hani.. Hani. Awak manis bila bertudung… saya suka awak jujur dan tidak memandang harta. Awak berpendirian teguh dan berani kerana benar. Pasal urban itu.. kan saya sudah cakap yang saya menguji awak” jelas Dato Z/

“Bekas isteri Dato?”

“Saya sudah tawar hati.”

“Tapi.”

“Tiada tapi-tapi lagi. Berilah saya peluang untuk mencintai awak. Saya ikhlas untuk mencintai awak.”

“Entahlah Dato.”

“Saya tahu Hani berat untuk menerima saya disebabkan oleh gelaran buaya darat yang diberikan kepada saya kan? Saya sudah tidak keluar dengan mana-mana wanita sejak anak-anak saya mula kembali kepada saya setiap minggu. Saya sudah tidak kesunyian lagi awak. Dulu saya keluar dengan mereka disebabkan saya sunyi.”

“Entahlah Dato.. berilah saya masa untuk memikirkannya.”

“Terima kasih Hani.. hendak epal?” Dato bangun dari sofanya dan duduk di kerusi bersebelahan katil Hani. Hani mahu mengambil dari tangan Dato ;

“A… a.. jangan pegang. Tak basuh tangan.. saya suapkan. Bismillah” Dato Z menyuakan epal di mulut Hani.. Hani memakannya.

“Saya hairan Dato.. sudah 2 hari saya di wad ini. Batang hidung jidinpun tak nampak?”

“Entah… saya sudah menghantar mesej kepadanya. Dia pun tak balas.. telefon tidak terangkat. Agaknya sibuk uruskan kesnya.. diakan penyiasat persendirian yang terhangat di pasaran sekarang. Kenapa Hani hendak berjumpanya?” Dato menyuapkan sekeping lagi Epal.

“Saya ingin ucapkaan terima kasih. Kalau bukan kerananya. Entah-entah saya ada di siam sekarang ini. Kena kahwin paksa dengan Hasdi” senyumnya

“Hahaahahhahaha.. kahwin koboilah yer. Saya mesti frust menonggeng” mereka berdua ketawa.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.