Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,832
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 53 ; Melawat rumah baru

Bab 53

Rumah baru

Besok pagi-pagi lagi, Hani dan keluarganya serta Tasya pergi ke Puchong untuk melihat rumah contoh yang dibeli olehnya. Apabila mereka sampai di hadapan rumah contoh tersebut ;

“Wah! Besarnya rumah kakak” kata Ikhwan sebaik sahaja turun dari kereta.

“Iyalah Hani. Besarnya rumah kau. Laman depan pun luas.. boleh letak dua kereta lagi” kata Tasya yang turut sibuk mengikut.

“Keluarga akukan besar.. kenalah beli rumah yang besar” kata Hani.

“Banyak duit engkau?” tanya Tasya.

“Adalah sedikit” jawab Hani. Mereka masuk ke dalam rumah. Tasya dan keluarga Hani melihat atas dan bawah rumah. Emaknya melihat belakang rumah ;

“Hani, tanah belakang pun luas. Bolehlah bila emak berhenti kerja nanti, emak bercucuk tanam.”

“Boleh emak. Tapi tidak bolehlah menternak ayam.. mengamuk jiran-jiran nanti” gurau Hani.

“Hani… dekat flat kita pun ada orang bela ayam tahu” sampuk Tasya.

“Siapa?”

“Kak Joyah. Kau tahu Pak Mus, dia berang dengan ayam Kak Joyah selalu berak di hadapan rumah maka dia tangkapnya dan disembelihn ayam milik Kak Joyah. Bila Kak Joyah bising ayamnya hilang. Semua orang buat tak tahu. Semua angin dengan ayam Kak Joyah. Berak merata-rata. Kadang-kadang atas kereta orang ayam itu tidur” Hani ketawa mendengar cerita Tasya.

“Emak takkan bela ayam… emak bercucuk tanam sahaja… rasanya 2 batas boleh buat ni.”

“Sukahati emak. Janji emak bahagia.”

“Kakak, bilik saya mana satu?” tanya Ikhwan.

“Dah! Kau jangan nak mengada. Tidur luar.. kaukan selalu tidur luar.”

“Tidur luar? Dahlah duduk flat saya kena tidur luar bila abang balik. Rumah sebesar inipun kena duduk luar juga” gomel adiknya.

“Nasiblah. Budak nakal memang kena tidur luar.”

“Nasib-nasib” gumam Ikhwan.. Hani hanya tersenyum melihat teletah adiknya.

“Bila rumah kamu ini siap?” tanya ayah Hani. Gayanya seperti teruja.

“Bulan 6 ayah. Mungkin bulan 8 atau 9 sudah dapat Cf. Kemudian Hani ingat hendak ubahsuai sedikit. Terutama Dapur dan di depan itu ayah. Nanti dua kereta boleh masuk. Mungkin menjelang akhir tahun kita dapat duduk di sini.”

“Mesar rumah kamu ini. Memang puashati ayah dengan pilihan kamu.”

“Rumah flat itu macamana bang?”

“Abang fikir baik kita jual. Lagipun kalau kita sewa… macam-macam keranah yang akan memeningkan kepala kita. rasanya nilai flat kita itu sudah mencapai 70 ribu. Bulan lepas wak Karman jual flatnya 80 ribu pun ada yang sanggup beli. Dapat duit.. Wak Karman balik kampung bina rumah sebiji lagi di sana.”

“Ikut abanglah.”

“Duitnya boleh tambah duit Tabung Haji kita.. kita pun dah berusia 50 tahun. Lambat-lambat pergi Haji nanti takut tak larat pula.”

“Kalau ada lebih sedikit… kita beli perabot rumah.. tolong Hani. Dia dah tolong kita belikan rumah bang” cadang emaknya pula.

“Yelah.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.