Bab 13
Menyiasat di Ipoh
Besoknya pagi-pagi lagi Hani bergerak ke
Ipoh dengan Dato Z.. Hani masih lagi duduk di kerusi belakang. Malas hendak melayan
kegatalan Dato Z. Sejak Hani melihat Dato Z dengan seorang perempuan seksi di
Midvalley… beliau merasakan Dato Z ini memang seorang yang tidak dapat melihat
seseorang yang berdahi licin… mesti Dato akan mengurat. Maklumlah… duit
banyak.. hensem,,,, duda pula tu. Entahlah.
“Jauh termenung” tegur Dato Z.
“Saya lihat pemandangan di luar Dato.”
“Dari tadi senyap sahaja.. kamu fikirkan
tentang sesuatu ker?” tanya Dato Z.. memang dari tadi Hani mendiamkan dirinya.
“Entahlah” Hani tidak boleh memberitahu
apa yang sedang difikirkan sekarang.. tentang program penyiasatannya. Dan
tentang dia terlihat Dato di Mid Valley…
“Kamu fikir pakwe ye” kesitu pulak.
“Dato ini asal saya termenung pakwe…
asal termenung ingat pakwe. Saya bukan macam Dato yer suka mencari cinta yang
seksi-seksi. Awek tergedik-gedik. Saya ada banyak hal hendak difikirkan lagi
selain cinta” Hani melepaskan geramnya.
“Perempuan seksi? Siapa?”
“Ala Dato… janganlah buat-buat tak
tahu.. saya Nampak Dato dengan seorang perempuan seksi di depan kedai jam Guess
Mid Valley.. kemain lagi perempuan itu berpeluk-peluk.. bermanja dengan Dato.”
“Hahahahahahahahaha… Nampak pula kamu yer.
Itu kawan sahajalah.. teman saya jalan-jalan.”
“Kawan konon… kalau kawan takkan hendak
beli jam mahal.. takkanlah berpegangan tangan” sumpah aku tak percaya!
“Hahhahahahahaha” ketawa Dato yang
menyakitkan hati. Malas aku hendak layan
buaya darat macam Dato ini.
{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{
Selepas mesyuarat hampir dua jam di
pejabat… Hani berjumpa dengan penyelia pembelian barangan disini…Pak Rahmat
atau lebih suka dipanggil Pak Mat. Sudah hampir 8 tahun Pak Mat bekerja disini.
Dahulu bekas askar pencen dengan pangkat terakhir korporal.. selepas Pak Mat pencen,
dia terus bekerja di sini sebagai kerani… kemudian dinaikkan pangkat menjadi
penyelia bekalan. Hani meminta berjumpa dengannya di luar.. lebih bebas untuk
berbicara berbanding jika bercakap di pejabat… ramai mata-mata yang melihat.
Lokasi pertemuan mereka adalah di sebuah Kopitiam.. Hani mengambil sudut yang
agak tersorok ;
“Ada apa yang Cik Hani iya-iya berjumpa
dengan saya ni? Ada masalah ker?” tanya Pak Mat.
“Memang ada masalah Pak Mat.. saya harap
Pak Mat berterus terang dengan saya” Hani memulakan langkah,
“Eh! Macam besar sahaja bunyinya itu..
kenapa Cik Hani?” ada wajah kegugupan yang dipancarkan.
“Begini Pak Mat… saya sudah lihat semua
sebutharga yang diberikan oleh pembekal kita.. tetapi nampaknya seperti ada
yang tidak kena.. maksud saya harga yang ditawarkan 20 hingga 30 lebih mahal
dari harga pasaran. Kenapa jadi macamni Pak Mat?” Pak Mat nampak cemas.. riak
wajahnya berubah.
“Saya… saya” katanya gugup.
“Pak Mat berterus terang dengan saya.
Saya rasa bukan Pak Mat yang buat semua ini.. rasanya ada pegawai yang lebih
besar di Mega Group yang buat kerja inikan” kata Hani… Pak Mat terdiam..
seperti memikirkan sesuatu. Akhirnya Pak Mat mengeluh ;
“Saya terpaksa mengikut sahaja Cik Hani…
saya ini pekerja biasa sahaja… tidak berani membantah… walaupun pada mulanya
saya tidak bersetuju. Tapi saya takut saya pula yang dibuang kerja. Saya
terpaksa membiarkan sahaja” Hani sudah agak… seseorang yang berjawatan besar di
Mega Group yang menjadi dalangnya.
“Siapa?” tanya Hani teruja.
“Encik Hasdi” Pak Mat mengelengkan
kepala.
“Apa? Pengurus Besar kewangan Encik
Hasdi?” Hani terkejut.
“Ia” perkara ini semakin rumit… Encik
Hasdi merupakan sepupu kepada Dato Z.
“Sejak bila.”
“Sejak lapan tahun yang dahulu” Pak Mat
menceritakan kepada aku bagaimana semuanya bermula ;