Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,948
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 14 B ; Dato meminta maaf

Dato meminta maaf

Pukul 6.00 pagi Hani sudah bangun untuk bersembahyang Subuh… memang tubuhnya secara automatik akan bangun pada pukul 6.00 pagi. Sejak dari kecil lagi beliau sudah diajar ibunya untuk bangun seawal mungkin. Selepas mandi dan bersolat.. Hani melihat fonselnya…. Ada mesej

Saya minta maaf… sila lihat di hadapan pintu bilik awak..apalah Dato ini hendak lagi. Hani bangun dan menuju ke pintu… bilik melihat dahulu di corong bilik takut ini satu perangkap. Tiada apa-apa di hadapan biliknya.. Hani membuka pintu… di bawah lantai ada sejambak bunga.. Hani menunduk untuk mengambil jambangan bunga tersebut.. dibaunya… kemudian Hani membawa masuk bunga dan menutup pintu. Ingat pakwe makwe bergaduh ke bagi bunga-bunga ni ? sekeping kertas terjatuh… Hani mengambil dan membacanya ;

Buat Cik Hani… saya minta maaf atas desakan semalam… saya hanya memerlukan teman.. nampaknya saya mengajak CIk Hani dalam masa yang salah.. maafkan saya…

Ikhlas

Dato Z

Hani tersenyum… patutnya aku yang minta maaf… aku yang melawan boss aku.. ini dia pula yang minta maaf. Patutlah ramai perempuan yang jatuh hati dengan Dato….. Hani membuka TV untuk melihat program tanyalah ustaz.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 8.00 pagi Hani turun ke lobi… kelihatan Dato Z sudah menunggu di sofa lobi.. selepas mendaftar keluar aku pergi kearah Dato.

“Morning… minta maaf pasal semalam” Kata Dato

“Lupakan sahaja Dato… saya masa itu moody sedikit. Maaflah.. saya tidak patut meninggikan suara.”

“Nononono…. Saya yang salah. Betul kata awak… saya tidak boleh paksa awak bila awak kata tidak mahu. Maafkan saya.”

“Ok… jadi… sekarang kita hendak pergi mana?” tanya Hani.

“Seperti yang dirancangkan semalam.. kita pergi pejabat pembangunan negeri… kemudian lawat tapak projek.. last sekali kita balik. Ok ?”

“Ok” Dato Z mengajak Hani minum dahulu di kafe hotel sebelum ke pejabat pembangunan negeri.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Selepas melawat tapak projek Dato Z terus memandu balik ke Kuala Lumpur.. di dalam perjalanan balik…

“Kamu saya Nampak sehari dua ini seperti asyik memikirkan sesuatu. Ada masalah ker?” tanyanya.

“Takdelah Dato… saya memang begini. Suka termenung” alasan Hani.

“Kamu ada masalah kewangan? Gaji kamu tidak cukup?”

“Tidak…. gaji yang Dato berikan cukup. Malah lebih dari cukup.”

“Jadi? Apa masalahnya? Cinta” Dato Z mengagak.

“Dato.. tiada apa-apa” Hani tidak boleh memberitahu Dato Z apa yang difikirkannya kini.

“Mungkin beban kerja awak banyak… hendak saya carikan pembantu untuk awak. Aisy ker?” alahai Dato.. rimaslah.

“Dato hendak melawak yer? Kalau Aisy jadi pembantu saya… satu kerja tak buat.. asyik bertekak sahaja.”

“Hahahahahahaha… bunga saya bagi pagi tadi tak nampak pun di dalam kereta ini? Awak sudah buang yer?”

“Iya… Dato… bunga hidup hanya bertahan beberapa jam sahaja jika diletakkan di dalam kereta. Mesti sudah layu dan berbau busuk.. jadi.. saya buang sahaja, tapi kad Dato bagi ada di dalam beg saya. lainkali.. kalau Dato hendak pujuk saya… Dato berilah ferrero roche ker? Benda yang boleh dimakan.. manisnya akan sampai ke otak Dato” kata Hani bermadah.

“Oh… yeke. Lainkali saya bagi bunga telor kat awak.. boleh makan telurnya” Hani dan Dazto z ketawa.

“Bunga telor? Ingat nak menikah ker?”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.