Home Novelet Seram/Misteri PROJEK SERAM HOTEL : Hotel Gentayangan
PROJEK SERAM HOTEL : Hotel Gentayangan
NaimTamdjis
14/6/2016 22:01:35
11,090
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 4

“Abdul. Kamu sudah kerja sini berapa lama?” tanya Ropi sambil menunggu di hadapan pintu lif untuk ke tingkat 13.

Tangannya memegang kereta sorong yang mengandungi peralatan mencuci. Sementara Ropi hanya berlenggang sahaja. Maklumlah sudah senior.

“1 tahun. Tapi sudah mari Malaysia 4 tahun. Dulu kerja cuci. Sangat teruk. Sini kerja banyak bagus,” jawab Abdul.

Warga India beragama muslim.

“Haiyo. Sudah lama. Saya baru juga. Ini my first kerja,” kata Ropi pula yang ramah.

“Pandai cakap melayu?” tanya Abdul.

“Ayo bai. Kampung saya semua kerja sini. Sana jumpa semua cakap melayu. Sayapun belajar sikit-sikit,” jelas Ropi.

“Banyak bagus. Saya suka tinggal sini. Saya minat itu lagu Saleem. Saya sini orang panggil Saleem Abdul,” kata Abdul.

“Kenapa urang panggil kamu Saleem Abdul?” tanya Ropi.

Ting! Lif berbunyi. Mereka masuk tidak ada yang keluar kerana lif seperti di lihat di paparan skrin berhenti di setiap tingkap. Ropi menyorong masuk kereta sorong. Abdul menekan butang 13. Pintu lif ditutup.

“Sebab nanti aku tunjuk,” jawab Abdul sambil menyeluk poketnya.

Kemudian dia membuka satu aplikasi. Lalu telefon bimbitnya diberikan kepada Ropi.

“Kau dengar,” arah Abdul.

Maka terdengarlah suara Abdul menyanyikan lagu melayu. Siap memakai baju kotak-kotak dan memakai cermin mata hitam.

“Aiyooo. Ini lagu Salim. Kawan aku suka sama dia,” kata Ropi.

Abdul tersenyum.

“Aiyoo. Bukan Salim. Saleem…Sebab itulah aku digelar Saleem Abdul. Video aku ribu-ribu orang tengok. Nanti kamu tengok di You Tube. Abdul Saleem,” cerita Abdul.

“Kenapa kita mahu bersih tingkat 13 ini pagi? Bukan selalu tingkat bawah baru mula?” tanya Ropi kehairanan.

“Sebab tingkat 13 sudah lama orang tak masuk. Jadi kasi bersih. Mahu mop koridor. Kasi sedut,” jelas Abdul.

“Ini kereta tada sedut. Macamana mau sedut?” tanya Ropi.

“Nanti aku kalo ambil sedut tingkat 12. Sana ada stor. Kamu kasi sapu dulu… kasi mop. Nanti kita sedut,” jelas Abdul.

“Ok,” Ropi akur.

“Mahu dengar aku nyanyi?” pelawa Abdul.

“Nyanyilah,”

“Waku adalah… insane tak punya,” Ropi mula menyanyi dengan penuh perasan.

Sampai di tingkat 13, Abdul sebagai pekerja senior mengarahkan Ropi menyapu keadaan koridor semenatara dia pergi mengambil hampagas di stor bawah. Ropi yang sedang menyapu menyanyi lagu Hindustan sambil kepala tergeleng-geleng. Di hadapan bilik 313 dia mendengar seolah-olah ada perempuan menyanyi dalam bilik. Garau suaranya. Ropi melekapkan telinganya di pintu bilik. Tidak kedengaran suara perempuan menyanyi. Bahunya ditepuk.

“Ayo… amak. Apak,” latahnya yang terkejut ditepuk oleh Abdul.

“Apa kau buat?” tanya Abdul.

“Aku dengar perempuan menyanyilah!” jawab Ropi marah.

Abdul terkejut bila mendengar jawapan Ropi.

“Sudah. Sambung kerja,” arah Abdul.

“Ini bilik ada orang. Mahu sedut juga ka?” tanya Ropi.

“Ini hari tak payah. Lain kali sahaja. Kita sedut bilik lain,” jawab Abdul.

“Wokey!” jawab Ropi.

Setelah habis menyapu dan mengop koridor. Mereka berdua terus mengemas bilik bersebelahan 313 iaitu bilik 314. Bau sangat hapak kerana selama 6 bulan tiada siapa yang menyewa bilik tersebut. Malah Abdul pun tidak berani membersihkan bilik tersebut seorang diri. Tetapi disebabkan arahan oleh pengurus yang mahu bilik itu dikemas hari ini. Dia akur. Mujur ada Ropi menemaninya. Cadar dan sarung ditukar sarung baru. Sedang asyik Ropi mengelap lampu bilik yang berabuk, dia terdengar orang menyanyi. Abdul masa itu keluar untuk mengambil troli cadar di tingkat 12.

“Siapa nyanyi dekat luar? Orang tadi ka?” agak Ropi lalu keluar daripada bilik.

Dilihatnya dari gelungsur pintu yang memang dibuka oleh Abdul bagi membolehkan udara masuk dan mengurangkan bau hapak. Sesusuk wanita berpakaian serba putih sedang duduk dan menyisir rambutnya yang panjang. Nadanya sayu.

“Ayo. Ini perempuan duduk sini nyanyi-nyanyi. Rambut banyak panjang. Saya punya perempuan tada ini panjang punya rambut. Hello adik manis!” panggil Ropi.

Tiada sahutan malah perempuan tersebut masih menyisir rambutnya.

“Ayo adik manis. Abang baik punya orang,” Ropi cuba melangkah keluar daripada bilik tapi bahunya dipegang.

“Engkau mahu pergi mana?” tanya Abdul.

“Aku mahu jumpa adik manis,” jawab Ropi.

“Adik manis? Mana?” tanya Abdul.

“Itu tepi kolam,” tunjuk Ropi.

Abdul melihat apa yang ditumjukkan oleh Ropi. Tangan Abdul mengeletar. Secara spontan dia berlari dan menjerit supaya Ropi mengikutinya.

“Kemudian esok Abdul tara datang kerja. Dia kerja tempat lain. Saya sorang juga cleaner. Masa itu saya tara tau dia jumpa hantu. Saya kerja macam biasa juga. Hati banyak sedih sorang-sorang kerja. Tapi saya banyak happy sebab saya kerja ikut suka saya. Tak banyak bilik mahu kemas. Tapi ada satu kejadian ini buat saya tau ini hotel ada hantu. 2 bulan lepas…”

Sudah 3 bulan Ropi bekerja di hotel tersebut. Sejak Abdul menghilang diri maka hanya dia seorang yang menjadi pekerja pembersihan. Dia aman bekerja seorang dan bagi menemaninya bekerja dia telah membeli telefon baru yang mempunyai aplikasi audio yang membolehkannya mendengar lagu-lagu Hindustan kegemarannya. Telinganya akan disumbat dengan earphone dan mendengar lagu sambil bekerja.

Hari ini dia perlu membersihkan kolam. Kolam yang telah dikeringkan akan dibersihkan takungannya menggunakan waterjet. Sesekali dia akan menari mengikut rentak lagu. Setelah puas membersihkan kekotoran kolam Ropi naik ke atas dan duduk di pinggir kolam untuk melepaskan lelah. Dia perasaan seseorang melihat melalu celah tingkap sambil menyisir rambut di bilik 313. Ropi mencabut earphone yang dilekat di telinganya.

“Adik manis sisir rambut. Banyak manis,” katanya.

Ropi bangun dan menuju ke arah gadis tersebut. Gadis itu tidak tersenyum tetapi tidak pula menghalau Ropi. Apabila sampai Ropi mengetuk tingkap. Gadis itu berhenti menyisir rambut dan tersenyum. Dia membuka pintu gelungsur.

“Ya abang. Kenapa?” tanya gadis itu sambil tersenyum.

“Ayo yo. Saya Ropi. Itu hari saya nampak adik manis main rambut dekat pintu sana. Tada nampak wajah. Tapi ini hari, nampak muka. Banyak manis. Nama adik manis apa?” tanya Ropi ramah.

“Panggillah adik manis,” jawab gadis tersebut tersenyum.

Senyuman yang bisa mencairkan hati mana-mana lelaki.

“Adik manis suka saya panggil adik manis. Wokey. Saya panggil adik manis. Rambut banyak panjang, Banyak cantik. Abang tengok kenapa banyak menung. Tadipun menung juga. Abang datang baru adik manis senyum,” kata Ropi menjual minyak.

“Saya mahu bunuh diri Ropi,” jawab gadis itu perlahan.

Senyumannya mati. Wajahnya murung. Gadis tersebut berhenti menyisir rambut.

“Ayoo. Adik manis jangan bunuh diri. Kenapa mahu bunuh diri?” tanya Ropi prihatin.

“Sebab tak mahu hidup.”

“Ayo. Ini adik manis banyak cantik rugi mahu bunuh diri. Adik manis jangan itu macam. Saya ada. Saya boleh tolong adik manis,” pujuk Ropi.

Ayo. Banyak sayang ini adik manis mahu bunuh diri. Saya ada. Kawin sama saya. Saya dapat PR. Saya meniaga karpet. Getus hati Ropi.

“Betul nak tolong?” tanya gadis itu yang masih bermuram.

“Betullah adik manis. Kasi ceritalah. Pasal Bofren kan. Ayo. Bofren kalo abang Ropi boleh setel,” tawar Ropi.

“Nanti Ropi datang pukul 12. Saya cerita.”

“Wokey,” Ropi bersetuju.

“Saya masuk dalam dulu. Ropi kasi kerja dulu ye. Nanti Ropi kena marah dengan bos sebab waktu kerja main-main,” kata gadis itu tersenyum manis.

“Wokey!” Ropi berlalu menyambung kerjanya.

Semasa dia menoleh semula dia lihat pintu gelongsor sudah ditutup.

“Banyak cepat adik manis tutup pintu. Ini malam kita jumpa. Kasi abang buat kerja,” kata Ropi sambil tersenyum.

Seperti dijanjikan Ropi ke tingkat 13 tepat pukul 12 tengah malam. Ropi memakai baju kotak-kotak dan seluar warna biru. Pengawal pakcik Hashim bertanya kemana dia pergi lawa-lawa tengah malam begini. Ropi menyatakan bahawa dia mahu berjumpa dengan adik manis di kolam. Ini menimbulkan kegusaran di hati Pakcik Hashim, Tapi pada masa itu dia tidak boleh menyiasat Ropi kerana pada waktu tersebut dia perlu berada di kaunter bersama Jamal. Penyambut tetamu yang bertugas pada syif malam. Hanya pada pukul 12.30 tengah malam nanti dia boleh naik ke atas selepas pintu utama dikunci untuk rondaan. Ropi terus ke kolam, dari jauh telah nampak adik manis memakai gaun kembang. Rambutnya dibiar lepas. Tapi yang menjadi kegusaran Ropi gadis itu berdiri di tembok. Tidak takutkah gadis tersebut jatuh ke bawah dari tingkat 13.

“Ayo. Adik manis, kenapa berdiri atas tembok sana. Banyak tinggi kalo jatuh,” tegur Ropi.

Angin sepoi-sepoi bahasa menyapu mukanya.

“Abang Ropi marilah berdiri sebelah saya. Kata mahu dengar cerita saya,” ajak gadis tersebut.

Ropi mendekatkan diri dan mendongak ke bawah. Pandangan sayup-sayup melihat jalanraya di bawah. Ropi berasa gayat.

“Ayo. Banyak tinggi adik manis tak takut ka? Nanti jatuh kalo abang juga banyak susah,” tanya Ropi yang sudah terasa gayat.

“Saya perempuan tak takut. Kenapa Ropi lelaki mahu takut?” tanya gadis tersebut.

Ropi rasa tercabar. Dipanjatnya tembok tersebut. Walaupun agak gayat. Tapi kerana terasa dicabar Ropi berdiri sebelah gadis manis. Ropi terhidu baru yang tidak menyenangkan yang agak kuat. Seperti bau darah.

“Kenapa berdiri sini adik manis?” tanya Ropi sambil mengimbangkan badannya.

“Sahaja ambil angin,” jawab gadis tersebut sementara pandangannya terus tegak ke hadapan ke arah penjara Pudu yang telah roboh.

“Ada apa dengan Penjara Pudu? Sudah roboh. Kita turun jalan-jalan. Tapi sekarang sudah pukul 12 tengah malam. Kedai banyak tutup. Kalau awal boleh kita pigi. Tapi mamak ada. Dataranpun ada racing,” pujuk Ropi.

“Aku nak terjun!” jawab gadis itu nekad.

“Ayo. Kenapa mahu terjun? Nanti mati. Abang Ropi ada. Jangan terjunlah adik manis, Adik cantik. Banyak rugi ooo. Abang Ropi boleh jadi pakwe baru adik manis,” pujuk Ropi.

“Cuba kau pandang ke bawah,” arah gadis tersebut dengan suara yang agak garau.

“Saya tak boleh pandang, Banyak gayat. Banyak takut,” kata Ropi yang masih memandang ke arah hadapan sahaja.

“Cubalah. Kamu suka saya? Abang suka sayakan? Pandanglah abang. Pandanglah!” arah gadis itu tegas.

Ropi hanya menurut sahaja arahan gadis tersebut. Sayup-sayup kelihatan lorong belakang hotel. Hanya ada beberapa lampu meneranginya. Kecut perut juga Ropi melihatnya.

“Adik manis. Mari kita balik. Banyak tinggi sini,” pujuk Ropi lagi.

“Kau tahu. Aku terjun ditolak oleh teman lelaki aku bila dia tidak mahu bertanggungjawab atas kandungan aku ini. Heheheheheh,”

Suara yang meremangkan bulu roma Ropi.

“Jadi adik manis adalah,” tanya Ropi yang sudah sedar siapa yang berada di sebelahnya. Gadis tersebut ketawa. Entiti tersebut memandang Ropi. Kali ini Ropi melihat wajahnya.

sangat mengerikan. Otaknya pecah. Mata kiri terkeluar daripada soket. Mukanya sudah tidak seperti muka manusia biasa. Ropi yang terlalu terkejut tidak dapat mengimbanginya badannya.

“ALLAHUAKBAR!!!” Ropi yang hendak jatuh ke bawa sempat ditarik masuk oleh Pakcik Hashim. Sedangkan gadis itu terus melompat jatuh.

“ALLAHUAKBAR!!! Nasib baik aku sempat tarik kau!!! Kau ni kenapa!!! Ikut sangat kata syaitan,” marah Pakcik Hashim sambil melepaskan pelukannya.

“Saya banyak nasib baik Pak Hashim sempat tarik aku. Kalu tidak saya sudah jadi arwah,” cerita Ropi sambil mengelap airmatanya.

“Padan muka. Dahi licin semua nak mengurat,” gumam Hasmi perlahan.

Ekmal terdengar bisikan Hasmi yang duduk di sebelahnya. Ekmal hanya tersenyum.

“Jadi, siapa Pak Hashim?” tanya Ekmal.

“Pak Hashim tidak kerja syif pagi tuan. Dia hanya kerja pada sebelah malam. Pukul 7 malam hingga 7 pagi. Sebelah siang dia jadi pembantu kedai dari pukul 7 pagi sampai 3 petang,” jawab Melinda… pembantu pengurus besar yang baharu menggantikan Eira yang berhenti.

“Kedai mana yang dia kerja tu?” tanya Ekmal.

“Berhadapan dengan Penjara Pudu. Belakang hotel kita. Kedai mamak,” jawab Hasmi. Ekmal mengangguk… baginya mungkin orang tua itu tahu lagi tentang bilik 313 dan

orang yang membunuh diri. Dia akan bertanya mengenainya.

“Lagi. Siapa ada cerita? Mungkin cerita yang terakhir sebelum kita pergi ke lain-lain perkara?” tanya Ekmal. Seorang pekerja dari bahagian dapur mengangkat tangan.

“Saya pernah diganggu….”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.