Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
898,495
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 26 ; Dato Z membantu

Bab 26

Dato Z membantu

Besok pagi selepas sesi taklimat dengan Dato… Hani mula bercerita tentang Apit ;

“Dato… saya hendak minta tolong Dato” Dato Z memandang Hani..

“Tolong apa?”

“Kawan saya anaknya perlu jalani pembedahan dengan kadar segera” Hani menceritakan tentang Apit.. Dato tekun mendengarnya ;

“Berapa?” Hani menghulurkan surat kos rawatan dan surat pengesahan Doktor. Dato membacanya ;

“Kritikal ke keadaan anak awak itu?” tanya Dato Z.

“Anak kawan saya itu bernafas menggunakan oksigen Dato” Dato bersandar.

“Baiklah.. saya boleh bantu.. lagipun saya sudah lama tidak membantu orang” kata Dato dan mengeluarkan buku ceknya dan menulis sesuatu.. kemudian dia menyerahkan kepada Hani ;

“Ini.. cek bernilai RM 30,000… berilah kepada kawan awak itu. 3 hari bekerja cek ini boleh ditunaikan” Hani mengambilnya dan melihat amaun yang tercatat.

“Betul ke Dato?” kata hani tidak percaya.

“Betul.. tapi awak kena masukkan dalam laporan CSR syarikat. Nanti tolak cukai balik. Awak tahukan prosudernya” Hani mengangguk.

“Dan satu lagi… untuk memastikan anak kawan awak itu sakit. Saya ikut awak melawat anak kawan awak itu petang ini? Boleh?”

“Boleh Dato” kata Hani gembira.

“Ok… pukul 5 petang kita pergi. Kita pergi.. naik kereta saya” Hani mengangguk. Keluar sahaja dari dalam bilik Hani terus menelefon Tasya untuk memberitahu berita gembira ini.. Tasya menangis lagi……

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 5.10 minit petang Dato keluar dari biliknya ;

“Ok jom… cek awak sudah bawa?” tanya Dato.

“Ada Dato.. saya simpan dalam beg tangan” Dato tersenyum. Kami ke lobi.. aku perasaan beberapa pasang mata di jabatan kewangan memandang kami. Aku pandang ke arah meja Aisy… beliau tiada di mejanya.Di dalam kereta ;

“Minggu depan kita pergi ke Ipoh.. lawat projek di sana. Ok?”

“Tiada masalah Dato” minggu depan puasa… adoyai! Nampaknya program berbuka puasa bersama keluarga terpaksalah ditunda hari yang lain. Mereka berdua sampai di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 5.45 minit petang. Dato berbual-bual dengan abang Min… dan yang paling tidak seronoknya apabila Kak Joyah kepoh itu hadir bersama anaknya.. aduh. Lepas ini memang teruklah aku kena ngumpat oleh Kak Joyah.. habis satu flat tahu aku datang dengan Dato Z ke sini ;

“Hani.. mana cek tadi?” pinta Dato Z mengejutkan Hani.. sepantas kilat Hani membuka beg tangan Gucci cetak rompak. Hani melihat Kak Joyah memandang beg tangan Hani.. tak pernah tengok beg tiruan ker?

“Ini adalah sumbangan ikhlas dari Mega Group untuk membiayai kos pembedahan adik Syafiq” kata Dato ringkas… habis sahaja Dato Z berkata.. abang Min terus memeluk Dato Z.. mungkin beliau rasa terharu ;

“Sabar Encik Amin… ini semua adalah dugaan” pujuk Dato mententeramkan abang Min.

“Terima kasih Dato kerana menolong saya… terima kasih Hani” Hani mengangguk. Selepas pelukannya terlerai ;

“Encik Amin… saya terpaksa mengambil gambar penyerahan cek ini sebagai bukti kepada LHDN. Boleh?” pinta Dato.

“Boleh”

“Hani… gunakan kamera telefon awak. Ambil gambar seolah-olah saya menyerahkan cek kepada Encik Amin” Hanu mengangguk lantas mengeluarkan telefon bimbit dan mengambil gambar Dato sedang menyerah cek kepada abang Amin. Kemudian selepas mengambil gambar dan menyeluk saku kotnya dan mengeluarkan satu sampul surat ;

“Ini.. sumbangan peribadi saya” katanya

“Eh! Dato.. dah banyak benar Dato bagi saya ini” kata abang Amin.

“Tiada apa… ikhlas saya beri” walaupun teragak-agak.. abang Amin mengambilnya juga. Kemudian Dato Z bertemu dengan Doktor untuk meminta pembedahan dijalankan segera. Dato memberi jaminan wangnya sudah ada… Doktor memberi jawapan pembedahan akan dilakukan sesegera mungkin.. paling lewat lusa. Kemudian Dato menghantar Hani ke rumahnya ( motor tinggal pejabat ). Di dalam perjalanan ;

“Terimakasih Dato kerana memberi sumbangan” Hani berbahasa basi.

“Ah! Hal kecil sahaja. Bila saya tengok anak tadi itu…. Teringat anak saya,”

“Dato ada anak dengan bekas isteri?”

“Ada… sepasang. Yang sulung perempuan berusia 8 tahun.. yang bongsu lelaki berusia 5 tahun” jawabnya.

“Dato selalu jumpa anak-anak Dato?” Dato Z terdiam…

“Sejak saya bercerai dengan bekas isteri saya…. Mamanya tidak membenarkan saya berjumpa dengan anak-anak,”

“Apa? Datokan ayah kepada mereka.. kenapa Dato tidak dibenarkan berjumpa dengan anak Dato?” tanya Hani..

“Mamanya marah sangat dengan saya agaknya. Entahlah. Memang saya mengakui saya silap.. saya terlalu mengikut nafsu. Emaknya tidak percayakan saya lagi… maka saya terus disisihkan selepas bercerai. Saya tidak dibenarkan lagi berjumpa dengan anak-anak saya” kata Dato Z lemah… ada nada sebak dalam getar suaranya ;

“Tapi tidak patutlah isteri Dato buat begitu.. Dato ada hak untuk berjumpa dengan anak-anak Dato” bantah Hani.

“Kalau pergi mahkamah untuk menuntut… nanti yang jadi mangsa adalah anak-anak… biarlah. Lagipun saya tidak mahu kecoh-kecoh.”

“Sampai bila Dato? Sudah berapa lama Dato tidak berjumpa dengan anak-anak?”

“Sudah 2 tahun.. sejak saya sah bercerai dengan bekas isteri saya.”

“2 tahun ? oh my god.. lama tu Dato. Dato tidak rindu dengan anak-anak Dato?”

“Setiap hari saya rindukan mereka. Anak Hani.. anak….”

“Habis.. kalau Dato rindukan mereka… Dato buat apa?”

“Saya lihat video yang pernah saya rakam dahulu. Saya lihat gambar-gambar lama mereka.”

“Dato… Dato… Dato tidak pergi melawat?”

“Saya sudah pergi… isteri saya selalu menghalau saya. Kadang-kadang saya sayu melihat anak saya hendak memeluk saya,”

“Kesiannya Dato” dalam Hati Hani sudah bertekad untuk membantu Dato untuk berjumpa dengan anak-anaknya. Patutlah Dato selalu sahaja keluar dengan perempuan lain… rupanya Dato sangat sunyi…. Rindu akan anak-anaknya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.