Bab 31
Pejabat Mega Group kecoh
Pagi isnin.. tenang…. Hani datang awal
hari ini ke pejabat ( maklumlah.. bawa kereta ke pejabat… kena keluar awal sedikit… kalau tidak jalan sesak
). Hani sampai ke pejabat pukul 7.50 pagi.. semasa Hani hendak mengetip kad
kedatangan.. kebetulan Kak Qalisha menegurnya ;
“Tengok tak Irama semalam” tanya Kak
Qalisha sambil mengetip kad kedatangnya.
“Tertengok kak” tertengok disebabkan
emaknya yang memanggil.. kalau tidak minta maaflah dia hendak menonton
rancangan tersebut.
“Boss kita pula masuk TV. Glamourlah
Dato Z…” Glamour? Rasa macam menjatuhkan maruah sahaja.
“Glamour? Akak.. dialog tu macam
menjatuhkan maruahlah.”
“Di KL ini… kalau ucapkan dialog seperti
itu.. kira herolah lelaki tersebut” lah.. macam itu pulak. Buat maksiat
dikatakan hero? Tak paham aku.
“Entahlah.. agak-agak Dato Zainal
mengamuk tak?” sampuk Aisyah… kerani jabatan akaun.
“Maunya tidak mengamuk.. tapi Dato di
Australia sekarang ini. Selamat Dato Zaffran buat seketika” sampai di pejabat
mereka berpisah dan duduk ke tempat masing-masing. Hani melepaskan keluhan… Dato… Dato.. lepas satu satu….
{{{{{{{{{{{{{{{{
Dato Z masuk ke pejabat pada pukul 8.45
pagi…. Beliau memanggil Hani masuk.. sebaik sahaja Hani duduk ;
“Awak… kenapa semua orang macam buat
perangai pelik berjumpa dengan saya?” Hani kehairanan… Dato tidak tahu ke pasal
hal semalam? Dato Z tidak tengok rancangan Irama?
“Pelik? Apa yang pelik Dato?” tanya Hani
buat-buat tidak tahu apa yang berlaku semalam.
“Ialah.. pagi ini.. semua staff senyum
kambing apabila saya lalu di hadapan mereka. Pengawal di bawahpun tersenyum-senyum
menyambut saya. Ada tidak kena dengan dengan saya.. atau pakaian saya. Zip saya
terbuka ker?Saya nampak pelik ke hari ini?” katanya sambil meraba-raba seluar
dan bajunya. Sah! Memang Dato tidak tahu pasal semalam.
“Pakaian atau seluar Dato tiada masalah…
yang masalahnya Dato.”
“Saya? kenapa?” dia mengaru kepalanya…
masih tidak faham.
“Dato tidak tahu lagi? satu Malaysia
sudah heboh pasal Dato dan Wiwi.”
“Ha?” kata Dato terperanjat.
“Marilah saya tunjukkan” Hani ke sisi
Dato dan membuka komputer.. kemudian klik ke laman You Tube. Menaip skandal
Dato Z dalam Irama… sekejap sahaja video dimaksudkan keluar.
“Dato tengok sampai habis” Hani kembali
semula ke tempatnya duduk tadi. Dato melihat video tersebut;
“Damn!!!!!” Dato menepuk meja apabila
dialog manja Wiwi kedengaran.
“Ini semua fitnah! Saya tidak tidur
dengannya!!!” bentak Dato marah.
“Dato… walaupun Dato menafikannya atau
sengaja menafikannya. Tapi dialog itu menunjukkan sebaliknya.. orang akan
percaya Dato!!”
“Saya bukan seperti yang awak sangka!!!
Saya tidak menidurinya… dialog ini hanya mengambil yang sensasi sahaja.. ada
lagi dialog dimana saya menolaknya” kenapa
aku macam susah hendak percaya?
“Aduh! Masak kalau bapa aku tahu ni”
Dato Z berdiri.. tangannya menepuk dinding.. kesal… nasi sudah jadi bubur Dato…berani buat kau tanggunglah sendiri
“Jadi Dato hendak buat apa sekarang?”
“Call my Lawyer.. Dato Zaman” perintah
Hani.. itulah dia orang kaya… bila aib
sendiri terbuka… mulalah panggil peguam.hendak samanlah tu.
“Ok” baru sahaja Hanu hendak bangun dan
menelefon Peguam… tiba-tiba Dato Zainal membuka pintu pejabat Dato Z dan meluru
ke arah anaknya ;
“Z.. apa kau buat ni?” marahnya.
“Abah.. bila abah sampai? Bukankah abah
di Australia sekarang ini?”
“Disebabkan kau.. aku balik ambil jet ke
sini tahu. Eh! Engkau ini tidak tahu makan simpan sendiri ke? Malu abah semalam
bila berita ini tersebar… mana abah hendak letak muka abah ini di hadapan
degelasi… di hadapan Menteri.. apa kau buat ni?” marah Dato Zainal…
“Dato.. saya minta diri dulu” Kata Hani…
beliau tidak mahu mencampuri urusan keluarga.
“Kau tunggu sini Hani.. tutup pintu
bilik ” Hani akur… beliau menutup pintu bilik Dato Z.
“Abah… saya tidak tidur dengan Wiwi..
percayalah cakap saya ini. Apa yang dipaparkan hanya perbualan yang sensasi
sahaja. Irama tidak siarkan sepenuhnya perbualan saya dan Wiwi. Saya menolak
ajakannya abah” terang Dato Z bertungkus lumus.
“Satu Malaysia sudah tahu tentang ini Z…
aduh… habis reputasi abah.. habis karier politik abah. Aku suruh uruskan
syarikat ini supaya aku boleh tumpukan pada politik.. sekarang apa dah jadi.
Malu bapa” Dato Zainal duduk di sofa.. tangannya memicit kepalanya. Mungkin
kecewa melihat perlakuan anaknya. Kalau aku.. dah lama aku lempang Dato Z..
memalukan emak bapak.
“Abah.. dari PRU 10 lagi abah dijanjikan
untuk dicalonkan.. sampai PRU 12… takde pun. Bapa bukan muda lagi. sudah 65
abah… takkanlah diorang hendak pilih abah lagi.”
“Kau diam! Itu cita-cita aku yang masih
belum aku capai.. hendak jadi ahli parlimen. Tapi kau dah rosakkan reputasi
aku. Musnah segala-galanya.. Hancur berkecai cita-cita aku” Dato Zainal
bangun.. berang dengan kata-kata anaknya.
“Maafkan saya abah.. tapi percayalah
cakap saya ini abah… saya tidak tidur dengan dia” Dato Zainal memandangku ;
“Hani.. kamu ada masa di Ipoh itukan?”
“Ya Dato.. saya ada menemani Dato Z
melawat projek di sana” jawab Hani.
“Adakah kamu rasa anak saya ini berjumpa
dengan Wiwi” aduh! Berat soalan ini.. aku
tidak boleh menipu.
“Ada Dato.”
“Adakah anak saya tidur dengan Wiwi?”
tanyanya serius.
“Saya tidak tahu Dato.. tapi saya rasa
tak” entah kenapa aku berkata begitu.Dato
Zainal memandang anaknya semula ;
“Kalau betul engkau tidak tidur dengan
Wiwi.. aku hendak kau cari peguam… saman Nat Ahmed dan produksi Irama… saman
juta-juta… cari peguam yang terbaik… Dato Zaman pun boleh. Kalau dia sibuk.
Dato Kiram Singh… Dato Hadi pun boleh. Mereka itu terkenal dan VVIP selalu cari
mereka. Abah akan bagi duit. Tapi.. kalau betul kau ada hubungan dengan Wiwi tu..
kau kena kahwin dengan Wiwi.. aku tak kira apa pun alasan kau. Faham?” Dato Z
mengangguk.
“Abah hendak balik. Semalaman ayah tidak
tidur memikirkan hal kau ni.”
“Maafkan saya abah” Dato Z bersalam dan
mencium dan memeluk ayahnya.
“Z… engkau ini sudah besar. Sepatutnya
engkau tahu mana baik.. mana yang buruk. Sekarang ini.. engkau selesaikanlah
sendiri.”