Petang itu balik sahaja di flat, Hani
bertembunng dengan Kak Joyah yang sedang melepak di bawah berhampiran lif
dengan kawan-kawannya gosipnya ;
“Ha…. sedap layan Dato dekat Sunway
Lagoon?” langkah Hani terhenti.. beliau menoleh dan memandang Kak Joyah.
“Sunway Lagoon?” mana pula Kak Joyah tahu?
“Hahahahahahahaha… buat-buat tanya pula.
Dia sedap-sedap dengan Dato.. sampai kita yang ada dekat situ. Dia tak nampak” Kak Joyah ada di Sunway lagoon? Sumpah aku
tak nampak.
“Akak ada di sunway Lagoon ker?”
“Tak payahlah kau hendak spin. Aku tahu
apa yang aku kata selama ini betulkan. Kau sahaja yang menafikannya. Sekarang
aku sudah nampak di depan mata aku sendiri.. kau bermesra dengan Dato dengan
anak-anaknya kan? Hendakkan ayahnya.. kena ambil hati anak. Betul tak?” wah! Boleh
tahan.
“Itu bukan perkara sebenarnya kak. Saya
teman anak-anaknya.. itu janji saya dengan isteri Dato.. Puan Kamelia.. setiap
kali anaknya keluar dengan Dato. Saya perlu ada untuk menemani mereka” jelas
Hani.
“Arghhhh alasan” sanggah Kak Joyah.
“Ini bukan alasan… tapi ini perkara yang
sebenar. Saya tiada hubungan terlarang dengan Dato Z. lagipun di samping saya
setiap kali berjimpa dengan Dato. Anak-anaknya ada sekali dengan saya” tegas
Hani.
“Arghh… sudahlah. Aku tak percaya
langsung”
“Tak percaya sudah!!!” Hani berlalu
pergi… dari melayan karenah Kak Joyah yang tidak betul.. lebih baik aku balik
rumah.. solat. Sampai di rumah Hani terus mandi dan solat.. beliau keluar dari
biliknya dan kelihatan ayah dan emaknya menonton televisyen. Hani duduk di sofa
bertentangan dengan kedua ibubapanya ;
“Berita tentang kamu keluar dengan Dato
di Sunway lagoon sudah heboh satu flat Hani” emaknya berkata sebaik sahaja Hani
duduk di sofa.
“Kan saya sudah jelaskan dengan emak..
setiap kali saya keluar dengan Dato.. saya beritahu emak. Saya bukan berdua
sahaja dengan Dato. Anak-anaknya ada sekali mak.”
“Mulut orang Hani… susah hendak tutup.
Walaupun kita buat betul.. tapi orang kata tidak betul” sampuk ayahnya pula.
“Sebab itu saya mahu keluar dari Flat
ini emak dan ayah,”
“Kita hendak pergi mana? Lagipun rumah
ini lagi 5 tahun hendak habis bayar”
“Kita pindah ke rumah saya.”
“Rumah angah? Angah sudah beli rumah?”
tanya ayah.
“Sudah ayah… saya beli secara
senyap-senyap. Saya beli rumah 2 tingkat di Puchong.”
“Mana kamu dapat duit? Rumah teres 2
tingkat kalau di kawasan Puncong.. mahu dekat 350 ribu. Dato sponsor?” tanya
ayahnya.
“Tak.. bukan Dato sponsor.. saya beli
dengan wang saya sendiri” Hani menceritakan bagaimana beliau dapat wang untuk
membeli rumah.
“Tapi itu rumah Hani” sampuk emaknya
pula.
“Ayah… memang sejak dari dulu lagi Hani
bercita-cita untuk membeli rumah teres untuk ayah dan emak. Alhamdulillah…
cita-cita saya termakbul… kini saya mampu membelinya. Ayah dengan emak jangan
hampakan Ani.. rumah itu akan siap 6 bulan lagi. Kita duduk sama-sama yer.”
“Tapi emak kerja disini nak,” emaknya
kurang bersetuju.
“Emak… sudah 20 tahun emak bekerja.
Sudahlah itu… saya rasa duit yang abang long beri dengan saya lebih dari cukup.
Berehatlah emak.. sudah 25 tahun emak bekerja.”
“Betul juga kata Hani itu… saya kesian lihat awak… bujang sehinggalah
kahwin awak bekerja. Tiba masanya untuk awak berehat. Biarlah saya pula mencari
rezeki” ayah menyokong Hani.
“Kalau emak bosan duduk rumah.. emak ambillah
upah menjahit.. emakkan pandai menjahit” emak terdiam.. akhirnya emak
bersetuju. Tetapi emak Hani akan berhenti bekerja apabila mereka sekeluarga
berpindah ke Puchong nanti.