Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
905,843
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 39 ; Dato memarahi Aisy

Bab 39

Dato memarahi Aisy

3 minggu selepas Hari Raya… berita gembira diperolehi oleh Dato. Petang itu selepas mesyuarat pengurusan ;

“Baiklah.. saya rasa Encik Hasdi ada sesuatu yang hendak diumumkan. Silakan Hasdi” Hasdi bangun.

“Terlebih dahulu.. saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato kerana memberi saya peluang untuk mengetuai jawatankuasa tender syarikat bagi menender 3 projek yang berpotensi tinggi dan memberi keuntungan kepada syarikat” ala! Bodek….. bagi peluang keuntungan kepada syarikat atau kepada kau Hasdi?

“Jadi.. dengan ini.. satu berita mengembirakan ingin saya umumkan… syarikat kita telah mendapat 2 kontrak pembinaan. Satu… kontrak untuk membina apartment mewah Autuum Height bernilai 120 juta manakala satu lagi projek perumahan polis bernilai 60 juta ringgit” semua pegawai yang hadir menepuk tangan.. Dato Z bersalaman dengan Hasdi dan menepuk-nepuk bahu sepupunya. Meluatnya aku tengok lakonan kau ni Hasdi.

“Tahniah kepada pasukan Hasdi…. Dengan ini saya mengumumkan bonus sebulan gaji kepada mereka yang terlibat” sekali lagi tepukan gemuruh berkumandang terutama dari ahli pasukan Hasdi… Hani hanya bertepuk dengan hati yang sakit.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Minggu terakhir sambutan Hari Raya…. Hani bekerja seperti biasa. Beliau sudah mengira berapa banyak wang yang telah diambil oleh Hasdi…. Hasilnya mengejutkan Hani… hampir RM 8 juta ringgit! Ya RM 8 juta ringgit wang yang telah diambil oleh Hasdi! Perghhh ! Jidin sengal juga sudah menyiasat secara sukarela samada Aisy terlibat atau tidak. Hasil siasatan Jidin.. Hasdi telah berjaya mempengaruhi Aisy.. patutlah dia mampu membeli kereta Vios. Malah sejak akhir-akhir ini.. Aisy mampu membeli beg dan juga kasut yang berjenama… siap tayang depan Hani pula beg Coach yang dibelinya.

“Oi ! termenung apa? Ingat pakwe ker?” Hani terkejut.. panjang umur si gedik ni ;

“Aku tengah fikir sesuatulah.. bukan macam kau hanya tahu jumpa Dato minta tandatangan atau buat baucer sahaja… aku macam-macam kena buat” perli Hani.

“ Kenapa kau pandang aku macam pelik jer? Ada yang tidak kena?” tanya Aisy apabila melihat Hani memandangnya semacam;

“Aku hairanlah.”

“Hairan? Kau hendak hairan pasal apa?”

“Iya… setahu aku gaji kau seribu sahaja sebulan.. tapi kenapa gaya kau ini macam eksekutif.. pakai Vios. Pakai beg tangan Coach. Setahu aku.. beg tangan jenama tu harganya dekat 5 ribu setiap satu” Hani cuba memancing Aisy.

“Well… aku bukan macam kau.. balik kerja terus balik rumah.. aku ada side income” side income konon… katalah ambil wang syarikat!

“Iya? Kau buat bisnes ker?” tanya Hani seperti berminat.

“Adalah sikit-sikit” jawab Aisy acuh tak acuh.

“Bisnes apa? Kau jual kosmetik? MLM?”

“Eh! Dato ada?” Aisy cuba menukar topik.

“Tiada,, dia pergi mesyuarat di Angkasa… eh! Ceritalah apa bisnes kau?”

“Malaslah aku hendak cerita dengan kau…” Hani tersenyum. Macamlah aku tidak tahu kau makan duit syarikat… harinya akan tiba nanti… kau tunggu Aisy !

“Ler… aku hendak tahu kau bisnes apa? Manalah tahu aku boleh tolong menjual ker? Dapatlah aku pakai mahal-mahal macam kau.”

“Kau tak payah hendak menyibuk sangat… kau keluar dengan Dato pun aku tidak kisah.”

“Keluar dengan Dato?”

“Hello… minggu lepas aku nampak kau keluar dengan Dato serta anak-anaknya di Berjaya Times Square.. kemain kau lagi.. bijak-bijak.. hendak dapatkan Dato.. ambil hati anaknya dahulukan” Wah! Sedapnya mulut kau berkata-kata.

“Engkau cakap baik-baik sikit… aku temankan anak-anak Dato. Itu janji aku dengan bekas isteri Dato.. setiap kali Dato hendak keluar dengan anak-anaknya. Aku mesti ada untuk menemaninya” jelas Hani.

“Wah! Sampai dapat kebenaran bekas isteri Dato.. pandainya kau punya rancangan. Mula-mula pikat hati bekas isteri Dato.. selepas itu pikat hati anak-anaknya. Lepas tu baru pikat hati ayahnya. Bijak.. bijak” Wah! Ini sudah melebih…

“Oi! Aku bukan macam kaulah tergedik-gedik dengan Dato! Macamlah Dato hendak melayan kau sangat. Kesian… bila Dato tak layan… kau ngorat Hasdi pula yer. Rendahnya maruah kau.. ish.. ish…ish” Hani menjerit.. geram melihat tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Aisy. Mungkin disebabkan oleh suaranya yang tinggi menyebabkan Dato keluar dari biliknya untuk melihat apa yang berlaku ;

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.