Home Novelet Keluarga Seorang Tua Di Ibu Kota
Seorang Tua Di Ibu Kota
NaimTamdjis
18/5/2015 21:52:16
9,251
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 2

“Pakcik asal mana?” tanya Mail.

“Kedah nak.”

“Selama ini pakcik tidur di tepi-tepi jalan?”

“Masa awal-awal dulu. Pakcik tidur di surau… masjid. Tapi selepas ada orang tegur. Pakcik tidur di kaki lima sahaja. Betul juga… rumah ALLAH bukannya tempat tidur. Tempat orang beribadat.”

“Tak patut. Walaupun pakcik begini. Tapi tak sepatutnya mereka halau pakcik,” kata Mail kesal.

“Takpelah nak. Alhamdulillah rezeki ALLAH di mana-mana.”

“Esok pakcik nak kemana?”

“Esok macam biasa. Meniaga… kita di mana nak?”

“Pudu pakcik.”

“ALLAH. Jauhnya… pakcik selalu pusing-pusing Brickfield… Bukit Bintang.”

“Jadi esok pakcik tidur di mana?”

“Di mana-mana sahaja. Esok anak hantar pakcik di Brickfield semula.”

“Boleh.”

“Nak besok kerja?”

“Tak pakcik. Sabtu tempat saya bekerja cuti. Selalunya saya balik ke kampung saya di Hulu Langat. Tapi minggu ni tak balik. Lepak sahaja di rumah. Esok saya hantar pakcik. Tapi naik motor sahajalah pakcik.”

“Takpe nak.”

“Pakcik. Saya tanya boleh? Macamana pakcik boleh sampai ke Kuala Lumpur ni pakcik? Jauh tu Kedah?”

“Pakcik ada di Kuala Lumpur sejak tahun 1970an lagi nak.”

“Apa! 1970an lagi pakcik di sini. Pakcik buat apa?”

“Begini ceritanya…”

Dan, pemuda berusia 21 tahun baru sampai di Puduraya. Seperti rusa masuk ke kampung, dia melilau-lilau mencari sepupunya Yusof yang berjanji di dalam surat untuk menjemputnya. Sudah 2 jam dia menunggu Yusof tapi masih belum kunjung tiba lagi. Perutnya lapar, wangnya hanya tinggal seringgit. Dan datang ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan ibu bapanya. Tujuannya hanyalah satu, ingin mencari kehidupan yang lebih baik. Di kampung dia hanya membantu menoreh dan membuat kerja-kerja kampung. Berapa senlah pendapatannya melakukan kerja tersebut. Dan tertarik dengan Yusof yang sudah berkereta. Sedangkan kelulusan Yusof sama sepertinya, tamat tingkatan 3 selepas SRP terkandas. Yusof sudah 3 tahun di Kuala Lumpur dan katanya telah berjaya membuka perniagaan kecil-kecilan di Jalan Melayu. Dia meminta bantuan Dan untuk membantunya selepas rakan kongsinya pecah kongsi dan ingin membuka kedai baru di Kompleks Campbell.

“Dan… Mat Dan!” teriak seseorang. Dan menoleh ke arah belakang dan mendapati seseorang berkacamata berseluar bell bottom sedang melambainya.

“Oi Yusof!” Dan melambai semula orang yang meneriaknya. Mereka berpelukan tanpa menghiraukan sekeliling yang ada memandang.

“Hahaha. Lama tak jumpa kau Mat Dan,” kata Yusof.

“Hahaha. Samalah Yusof. Raya tahun lepas kau balikkan,” jawab Dan. Mereka meleraikan pelukan.

“Makin gemuk kau sekarang Yusof.”

“Jaga kedai asyik makan je kerja aku.”

“Hilang hang punya kedah no…” perli Mat Dan.

“Arghh. Hang jangan dok lok lak. Kat KL kita cakap KL. Kampung boleh speaking Kedah. Sini speaking malu dok owang dengar. Dah, jom ke rumah aku.”

“Flat Pekeliling.”

“Mana lagi. Jom.”

Flat Pekeliling, antara bangunan tertinggi terawal dibina di ibu kota. Dan memandang sayup-sayup dari bawah.

“Perghhh! Tinggi umah hang,”

“Hang jangan buat leceh. Hang kata nak speaking KL kan. Hang dah janji dalam kereta tadi. Memanglah tinggi. Tapi rumah aku bukannya semua. Rumah aku satu unit ja. Tingkat 10. Mailah masuk. Tengok aku dah speaking sana pulak.”

“Tingkat 10? Mak oi. Penat kaki aku nak naik tanggalah. Tak maulah aku.”

“Ni aku nak ajar kau ni. Marilah masuk,” ajak Yusof sambil menarik tangan Dan. Dan mengangguk dan mengikuti Yusof ke rumahnya.

“Padia kita tunggu depan pintu ni?” tanya Dan kehairanan. Yusof yang memandang plat nombor tingkat tersenyum.

“Ha. Yang ini mesti first time kau naikkan. Ini lif… dia bawa ko ke tingkat sepuluh.”

“Ya ka?”

“Ting!” pintu dibuka. Berpusu-pusu manusia keluar dari lif.

“Dah jom masuk. Sat lagi kita sekat kalau lambat,” Yusof menarik tangan Dan masuk ke dalam lif. Lalu pintu ditutup.

“Macam cerita Ali Baba Bujang Lapok. Tak baca jampi ke?” tanya Dan kehairanan.

“Hahahaha. Kau ni kelakarlah Dan. Lebih kurang… tapi ini teknologi. Guna elektrik.” Kebetulan tidak ada yang masuk ke dalam lif sehingga tingkat 10. Bila pintu dibuka, Yusof menarik Dan yang masih tercengang-cengang keluar dari perut lif.

“Hamboi! Tingginya… nampak Kuala Lumpur no.” kata Dan kagum apa yang dilihatnya. Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari tingkat 10 pekeliling.

“Dah. Jangan tengok lama-lama. Nanti gayat pula. Jom masuk rumah aku,” ajak Yusof sambil membuka pintu rumahnya. Dan membuka kasutnnya dan menuruti yusof masuk ke dalam rumah.

“Cantik rumah kau Yusof. Kau tinggal seorang ke?”

“A ah. Tapi rumah ni ada satu bilik sahaja. Aku minta maaflah minta kau tidur luar. Nanti esok kita cari tilam lipat. Senang kau nak tidur.”

“Takpe Yusof. Kira bersyukur aku dapat menumpang rumah kau. Berapa sewa sebulan?”

“20 ringgit sahaja Dan. Inilah rumah mampu aku sewa. Paling penting dapat api, air dan senang nak membuang. Duduk setinggan dulu azam Dan. Nak airpun kena ikut time.”

“Owh. Rumah setinggan kat Kerinchi tukan Yusof.”

“Ye. Yang aku tunjuk gambau kat kau dulu. Eh. Kau nak mandi… mandilah dulu. Kalau nak tidurpun boleh. Esok aku ajak kau ke kedai. Ajar kau meniaga. Jaga kedai.”

“Terima kasih Yusof. Terima kasih tolong aku,” Dan memeluk Yusof.

“Ala. Kau dengan aku dah macam adik beradik. Takde hallah tu. Dah pi mandi.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.