Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 10

SELEPASsolat subuh, aku duduk kat tepi katil. Kenapa rasa macam tak sedap hati je ni.Aku ada cakap merepek-repek ke kat Emel semalam? Rasanya tak ada! Ish, ni buataku rasa macam nak sambung tidur ni. Huarghh.. ngantuknya.

            Baru kepala nak mencecah bantal.Kedengaran pintu bilik diketuk kuat. Uish! Runtuh pintu ni. Kalau runtuh nantiaku nak guna pintu apa? Pintu pagar rumah? Dengan malas, dan telekung yang masihtersarung pada tubuh aku menghampiri pintu. Dibuka pintu perlahan.

            Hah, ambik kau. Wajah Emel menyambutpagiku! Memang meloyakan! “Nak apa?”

            Emel tersenyum sinis. Dibaling bajukemeja bewarna biru, seluar slack, nicktie, dan stoking? Aku memandangnya berkali-kali! Ini macam nak perli aku jeni! Aku tahulah aku memang suka berpakaian seluar. Tapi aku tak suka pakai bajulelaki seperti ni! Nak perli pun agak-agaklah!

            “Kau janji malam tadi nak beli bajuyang sebijik macam malam tadikan? Memandangkan aku ni manusia yang berhatimulia lagi murni, aku ringankan hukuman kau. Kau gosok semua ni. Eh, bukan inije tau. Selama tiga minggu.” Emel tersenyum megah! Memang sejak dulu lagipakaian ke pejabat tak pernah Bibik yang gosokkan. Semuanya dilakukan sendiri.Almaklumlah sejak berumur 12 tahun lagi sudah diajar hidup berdikari diasrama.

            Terkebil-kebil mataku dibuatnya.Baju aku pun tak pernah bergosok, ini pulak baju dia. Ish! Kalau tak disebabkankesalahan aku pada baju dia tu. dah lama aku tutup pintu ni! Benci seguni akubagi kat kau!!

            “Agak-agaklah, tak akan stoking punnak ion? Kau ni anak raja ke?” Akumengangkat stoking bewarna kelabu jenama NIKE itu.

            “Jangan banyak cakap boleh? Kangdengan seluar dalam aku sekali aku suruh kau ion. Nak?” Marah Emel. Banyak cakap betul minah ni!

            Tertelan air liur aku! Ish, gila!Mimpi ngeri aku malam kang! “Yela-yela! Tapak kaki kau tak nak bagi aku ion sekali ke?” Geram punya pasal, akumain cakap je.

            Emel tersenyum. Aku terkedu kejup!Fulamak! Hensem! Aish, tuih.. aku ke yang puji dia tu? Ish, tarik balik-tarikbalik!!

            “Boleh jugak, nak?”

            “Eh, tak apa. Tak payah susah-susah.Kaki kau bau cengkam. Okey. Bye!”Laju aku menutup pintu dan kunci sebelum singa tu mengamuk sakan!

            “Tak guna punya cicak kobeng! Bukapintu ni. Aku nak tenyeh tapak kaki aku ni kat hidung kau.” Masih terdengarlagi ayat geram dari Emel. Nasib baik aku cepat-cepat tutup pintu! Kalau tak,hilang kepala!

 

                       

AKUmenggaru-garu kepala. Aku tak pernah ion baju kemeja lelaki. Macam mana ni? Ah,gosok je lah. Dekat 20 minit jugaklah aku ‘mengkaji’ arifak berharga ni. Fuh,berpeluh-peluh aku dibuatnya!

            Kedengaran suara ketawa-ketawa Emeldiruang makan disertakan sekali suara Mak Ngah dan Pak Mat. Amboi, kitapeluh-peluh ion baju dia. Diasedap-sedap layan kopi kat sini.

            “Nah. Esok kau tak kerja kan? Yes! Aku tak payah gosok baju kau ni.Penat tau tak. Mengalahkan kerja aku yang kat kebun tu pulak.” Aku sangkut pakaianitu ke kerusi sebelah Emel. Laju je langkahku mendekati meja makan. Urm,laparnya!

            “Wah, sejak bila rajin sangat niLong? Tak pernah Mak Ngah tengok kamu rajin macam ni. Dah macam isteri si Emelpulak.” Mak Ngah dan Pak Mat tersengeh-senge$h.

            Nak tersembur bihun goreng barusesudu pertama masuk kemulut. Tersedak aku dibuatnya! Emel pulak buat muka takfaham maksud terang lagi nyata Mak Ngah tu.

            “Apa pulak Mak Ngah ni. Kita ion baju dia sebab..”

            “Sebab dia nak praktik untuk jadiisteri solehah nanti. Gatal nak kahwin dah budak ni Mak Ngah.” Pintas Emelsambil mengambil pakaianya dan terus berlalu tanpa rasa bersalah.

            “Apa pulak! Mak Ngah, Pak Mat.. Kitadifitnah! Jahatlah mulut dia tu. Baling dengan botol kicap ni kang!” Aku mulamemegang botol kicap, ish kalaulah botol kicap ni dibeli menggunakan  duit aku. Dah lama aku baling. Masalahnyabotol kicap ni guna duit Datin dan Dato! So,aku lupakan saja hajat itu!

            Mak Ngah dan Pak Mat ketawa.Macam-macam budak-budak ni.

            “Apa marah sangat ni Zirah? Tersembur-semburbihun dalam mulut tu.” Dato Faris tersenyum dan mengambil tempat untukbersarapan. Keramahan mulut Zirah, membuatkan hatinya rasa terhibur. Terasamacam dia punya anak perempuan lagi seorang. Sejak Zirah datang, riuh rendahrumah ini. Kadang-kadang terasa pulak macam segalanya seperti dulu. Tapihakikatnya ianya tidak.

            “Biasalah Ris, budak dua orang tukalau berjumpa bercakar saja.” Pak Mat menuangkan air kopi kecawan Dato Faris.Dato Faris tidak suka dirinya digelar Dato oleh orang-orang gajinya. Baginyasiapa saja yang ada dirumah itu adalah keluarganya.

            “Emel tu Dato! Menyakitkan ulu hatibetul! Zirah tak cari gaduh, dia pulak yang lebih-lebih.” Adu aku. Aku sajayang masih gelarkan Dato Faris dan Datin Rosmah dengan gelaran. Sedangkanmereka dah berulang kali menyuruh memanggil dengan gelaran Walid dan  Umi. Rasa tak sedap pulak, baru seminggukerja sini nak gelarkan mereka begitu. Lagipun aku bukan anak mereka. Seganlah! Hu..hu.

Previous: Bab 9.2
Next: Bab 10A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.