Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 19

SAMBILmenonton TV, aku berbaring bersama Adam dihadapan TV. Atas usaha Mak Gayah yangbaik, dia bentangkan kami toto untuk berehat. Ha..ha! Macam aku pulak yangtengah pantang.

            Anggur semangkuk yang aku ambil daripeti sejuk aku masukkan kedalam mulut sebiji demi sebijik. Nak bagi Adam, diabukan tahu makan anggur pun. Lagipun, dari tadi dia tidur. Bangun pun cuma nakminum susu je.

            Cerita katun Pocoyo jadi pilihan.Mengkekeh aku ketawa melihat aksi kartun yang comel ini. Sambil ketawa,tanganku menjalar mencari buah anggur yang aku letakkan kedalam mangkuk.Rasanya mangkuk tadi ada kat sebelah aku. Apasal pulak tak ada ni. Tak akanAdam ambik kot! Ish, merepek!

            Laju saja aku bangun dan menoleh kebelakang. Terbeliak biji mataku melihat dengan selambanya Emel menjamah anggurtadi dengan berseleranya. Hai, macam nak cari pasal je mamat ni!! Laju saja akubangun lalu duduk disebelahnya diatas sofa itu.

            “Bagi balik anggur aku.” Arahku sambilmenadah tangan.

            Emel mengerutkan dahi. Denganselambanya dia meletakkan biji anggur yang dikemam dimulut tadi ketelapaktangan Zirah.

            “Eiiiii!!! Pengotor!” Zirah yang takboleh menduga  tindakan Emel yang mahumembuang biji anggur ditapak tangannya, laju saja mengelap tapak tangannyakebaju kemeja milik Emel. Geli tau tak!! “Kotor! Kotor!”

            “Weh! Apa ni? Aku nak pergi kerjatau tak. Kotorlah baju aku.” Emel mengibas-ngibas lengan bajunya. Ingat baju akuni kain buruk ke?

            “Aku yang pengotor ke, kau? Bakbalik anggur aku.” Tanganku sudah memanjang mahu merampas mangkuk yang beradaditangan Emel.

            Emel mengambil segugus anggur itulalu mangkuk yang telah kosong itu diberi kepada Zirah. “Nak sangat kan?Ambik..” Emel bangun sambil mulutnya masih rancak mengunyah anggur. Pergi kerjalagi bagus.

            Turun naik nafas aku tak teratur!Ikutkan hati ni, aku baling mangkuk ni kat kepala dia! “Emel gila! Sewel!Mereng! Arghhhh!! Benci sekati kat kau!” Jerit Zirah agak kuat. Mujur Adam takterjaga.

            Emel dari jauh sudah mengkekehketawa. Bahagia dapat mengenakan minah itu!

            “Ya Allah, tarzan mana pulak panggilgajah pagi-pagi ni?” Mak Gayah menghampiriku sambil duduk disebelah Adam. Ummipun sama, tapi Ummi hanya senyum saja.

            “Ummi, tengok budak tu! Dia ambikanggur Zirah! Penatlah macam ni. Ikutkan hati Zirah ni, dah lama Zirah kejardia guna parang!” Kecil besar, kecil besar saja Emel dimataku sekarang. Emelyang sedang memakai stoking dihadapan pintu utama itu aku tenung dengan penuhgeram.

            Mahu saja aku berlari kearah lelakiitu dan menendangnya sampai tersungkur, kemudian aku lari masuk bilik! Alahai,dalam berani. Penakut jugak aku ni kan? Hu..hu!

            “Sudahlah tu Zirah. Kamu macam taktahu perangai dia. Sabar jelah.” Ummi masih tersenyum. Dalam diam, dia mahukanZirah dan Emel disatukan. Insyallah kalau jodoh berpihak padanya.

            “Berkilo kati sabar Zirah bagi,Ummi. Perangai dia tu, ishh.. Kalaulah Zirah jadi bini dia, gerenti Zirah laridari rumah!” Bebel Zirah masih tak puas hati.

            “Hahaha.. Macam-macam kamu ni. Sebutpasal rumah. Zirah tak nak ke balik kampung? Tak rindu dekat mak?” Ummimenyoal.

            Aku terdiam. Alahai, tiba-tiba akujadi sayu. Dan tiba-tiba jugak aku nak nyanyi lagu Air Mata Syawal. “MestilahZirah rindu.” Aku menunduk.

            “Apa kata esok Zirah balik kampung.Ahad nanti Zirah balik sini balik. Nak?” Ummi memberi buah fikiran. Kebertulanhari jumaat hingga ahad ini dia tidak punya apa-apa agenda. Disebabkan terlalu excited mahu bermain dengan cucu,ditunda segala acara.

            Bersinar-sinar mata Zirah saat Ummi berkatabegitu. Laju saja aku bertepuk tangan tanda suka. “Yes! Terima kasih Ummi! Saaayang Ummi!” aku tersenyum.

            “Emel hantar dia esok Ummi.”Tiba-tiba kedengaran suara itu disebelah Zirah.

            Zirah memandang Emel yang mengambilkunci kereta diatas sofa yang didudukinya sebentar tadi.

            “Eh, tak payah! Orang naik bas!Jangan nak bermurah hati sangat. Tak laku pun!” Jawabku sinis.

            Emel yang baru saja berpaling mahuke pintu utama berhenti melangkah. “Siapa kata aku jual kat kau? Esok balikdengan aku.” Keras saja bunyi suara itu. Seketika kemudian Emel berlalu keluar.

            Aku memandang wajah Ummi dengan mukaminta simpati. “Ummi..” Aku mencebik seolah-olah mahu menangis.

            Ummi dan Mak Gayah hanya ketawa.“Ikut sajalah Zirah. Macamlah kamu tak kenal dengan perangai Emel tu. Kalaukata-katanya dibangkang, melarat-laratlah rancangan dia yang seterusnya.Lagipun bukan lama pun kan?” Ummi menyedapkan hatiku.

            “Alah Zirah, kat kampung nanti.. Kamupulak buli dia cukup-cukup! Kan adil namanya tu.” Giliran Mak Gayah pulamemberi cadangan. Cadangan Mak Gayah tu membuatkan aku tersenyum penuh maknasambil mengangguk-angguk setuju!

Previous: Bab 18A
Next: Bab 19A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.