Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 57A

“Kalaunak dengar Cikgu Along bercerita, meh duduk sini.” Aku menyuruh mereka dudukdiruangan bercerita. Kelam kabut murid-murid baruku itu duduk dihadapanku.Alahai, tiba-tiba aku jadi cikgu. Cikgu pakai baju jogging? Terbaiklah!

            Aku memerhatikan Muiz yang denganlonglainya berjalan menghampiri kawannya. Wajah kanak-kanak itu mendung je. Diaduduk bersila disebelah kawannya dan kemudian dia terus menongkat dagu menundukkebawah. Budak ni, buat niat aku nak jadi Detective Conan membuak-buaklah!

            “Baiklah, siapa nak dengar ceritapasal Cenderella? Siapa tahu siapa Cenderella?” Aku menyoal sambil buat isyaratangkat tangan kalau mereka mahu menjawab.

            Berlumba mereka mengangkat tangan.Inilah keistimewaan budak-budak tadika. Biarpun tak matang tapi bertindak ikutarahan. Bukan macam budak sekolah, bila suruh angkat tangan.. Rasa macambercakap dengan cengkerek.

            “Saya Cikgu!” Budak comel bertoncangdua itu beriya-iya mahu menjawab.

            “Okey.. Ermm.. Mira. Apa dia? Cubabagitahu Cikgu.” Aku sempat membaca tag nama dibajunya. Comelnya lah budak ni!

            “Cenderella tu ada Mak tiri. Maktiri dia jahat! Lepas tu..”

            “Tipu! Cenderella tu yangtembak-tembak tu. Kan Muiz.” Farhan kawan disebelah Muiz menolak-nolak perlahanbahu Muiz yang agak tergamam bila mendengar jawapan dari Mira tadi.

            “Ish! Lagilah salah. Cenderalla adamak tiri lah Farhan!” Giliran Siti pula mempertahankan ayat dari Mira tadi.

            Aku ketawa. Macam-macam versi ada.Kalau nak diceritakan versi pemikiran budak-budak lagi seronok. Entahmerepek-repek yang dikatakan.

            “Okey-okey. Farhan, salah lah.Cerita Cenderella tak ada tembak-tembak lah. Tapi dia cerita pengajaran.” Akumengusap kepala Farhan yang berhampiran denganku.

            “Alah! Ni mesti cerita perempuanni.” Giliran Hakim pula bersuara. Ei, budak ni. Gaya sebijik macam Mail dalamcerita Upin Ipin tu. Ha..ha! Macam-macam ragam.

            “Baiklah, Cikgu ceritakan. Siapa katsini tahu Mak tiri tu apa?” Aku masih mahu menyoal.

            “Saya! Mak Tiri tu jahat! Waniselalu tengok kat TV, Mak Tiri suka pukul orang.” Kanak-kanak kecil yang berwajahcomel itu kepoh bercerita. Sehingga kawan-kawannya mengangguk-angguk percayakata-katanya.

            Aku ketawa lagi. Alahai, banyaktengok drama dorang ni. “Kalau Muiz, apa yang Muiz tahu pasal Mak Tiri?”

            “A’ah, Cikgu. Muiz memang ada MakTiri. Jahat kan  Ibu Muiz? Dia tak bagiMuiz main dengan kami.” Farhan memintas. Secara tak sengaja aku mula dapat tahusesuatu!

            Ah, betullah apa yang aku fikir.Tasya dah kahwin, ini anak tiri dia. “Ermm, Muiz tak nak bagi tahu Cikgu apaitu Mak Tiri?” Aku masih memancing perhatiannya. Dari tadi dia  hanya berdiam diri saja.

            “Muiz.. Muiz.. Urm.. Muiz tak adamak tiri.” Perlahan dan reaksinya seperti takut-takut saja.

            “Alah, tipulah kau. Ibu kau tu, Maktirilah namanya tu!” Giliran Hakim bersuara.

            “Hakim, tak semestinya Mak Tiri tujahat tau. Mungkin Muiz sayangkan ibu dia. Walaupun Ibu dia garang, tapi ibudia sayangkan Muiz kan? Kadang-kadang, tak kiralah mak kita ke.. Mak tiri kitake.. Kalau marah mesti bersebab. Sebab kita degil ke, tak nak ikut cakap diake, buat yang dia tak suka ke. Betul tak? Sebab sayanglah Mak kita marah kita, diatakut sangat kita cedera ke, sakit ke. Siapa kat sini yang sayang mak diaangkat tangan!” Aku cuba bermain psycologydengan mereka. Cewah, macam terrorje. Ha..ha!

            Laju saja mereka angkat tangan. Muizsaja yang perlahan-lahan angkat tangan. Alahai, baiknya budak ni. Mesti makayah dia ni baik. Teringin aku nak tahu siapa.

            “Baguslah korang ni! Give me five sikit!” Aku mengangkattelapak tanganku. Laju saja mereka ber ‘give me five’. Ha..ha!

            “Kali ni Cikgu nak cerita pasalCenderella yang sangat beruntung ada Mak Tiri. Siapa nak dengar angkat tangan!”Laju saja mereka mengangkat tangan.

            “Wah, cerita baru ye cikgu? Baliknanti Mira nak suruh Abi belikan buku cerita ni.” Mira dengan penuh terujabercakap.

            Aku menelan air liur. Mampus! Inicerita mana ada kat pasaran. Aku reka je ni. Ah, tak apalah. Niat aku baik. Nakalihkan pemikiran mereka tentang Mak Tiri. Tak semestinya semua Mak Tiri tujahat. Tak percaya? Aku ada lima orang kawan yang ada Mak Tiri. Dorang cakapMak Tiri dorang sporting! Nampak tak?Betul apa yang aku cakap ni. Kalau ada pun yang jahat. Gerenti dia orang yang sukatinggalkan solat. Ha..ha!

            Aku bercerita kisah Cenderella yangada mak tiri yang sangat baik. Cerita aku ada berunsur islamik sikit.Cenderella pakai tudung, pakai gaun yang labuh dan sangat cantik. Ha..ha!Pandainya aku merepek. Tak apa, ini salah satu jalan dakwah buat kanak-kanak.Tak banyak kat Malaysia ni yang buat cerita katun yang versi islamik. Ish,kalau dekat Negara Arab channel katunversi islamik ni banyak tahu tak. Patung Barbie pun pakai tudung tahu tak?

            Cerita aku itu didengar dengan penuhkhusyuk oleh mereka. Tambah-tambah Muiz, dia seolah-olah sedang membezakancerita aku dengan sesuatu. Tak apa Muiz, kalau jahat sangat ibu kamu tu.Lama-lama dia mesti berubah. Apa ke gilanya dia tu kalau tak reti nak bersyukurdapat anak tiri yang baik macam ni? Bukan menyusahkan pun.

            Setelah habis aku bercerita,semuanya berwajah teruja. Boleh pulak mintak cerita lain? Ingat ini channel Astro? Ha..ha! Macam-macam lahdorang ni. Aku pun dah tak larat nak bercerita dah. Dah kehabisan idea. Ha..ha!

            “Kita sarapan dulu, jom!!” Aku punturut join mereka bersarapan. Urmm,tak sia-sia datang sini. Dapat makan free.Ha..ha!

            “Akak, nak tanya sikit. Boleh?”Bihun didalam mulut, aku cepat-cepat kunyah.

Previous: Bab 57
Next: Bab 57B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.