Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 30

DAHTIGA HARI! Saya Nur Ainul Nazirah menjadi babysitter kepada suami saya! Mohd Aimel Hijjaz Bin Dato Faris. Bahagia? Memangbahagia! Aku tak tipu lah! Aku memang sayaaaaangsangat dengan dia! Tapi! Dia punya hati, ada batu jugak duduk! Tak perasan keyang aku sekarang ni dah macam perempuan gedik mengorat suami sendiri? Aishh!!

            Bolehlah dikatakan aku ni bertepuksebelah tangan! Ah! Sebelah tangan ke, sebelah kaki ke. Aku peduli apa, takberdosa pun jatuh cinta dengan suami sendiri kan? Allah lagi suka!

            Emel pun dah semakin sihat. Almaklumlah hari-hari makan bubur air tangan aku yang sedap ni! Daripada aku tak tahumenahu langsung nak masak bubur edisi resepi tekak dia. Sampailah aku dah jadimaster masak bubur kesukaan Emel! He..he.. Cuma, air Milo! dia tak berapa naksuka rasa air Milo yang aku buat. Sebab katanya, lebih sedap kalau aku buatkandia air masak dari air Milo. Sebenarnya, aku langsung tak suka air Milo! sebabitulah seumur hidup aku tak pernah ambil tahu pun macam mana nak buat air Milo!Sekian!

            Cuba pandang aku betul-betul! Nampaktak hari ni aku lebih cantik dari hari lain? He..he! Tapi malangnya,cantik-cantik macam ni pun  Pak Matmintak tolong pulak siram pokok bunga kat kawasan parking kereta. Katanya dianak uruskan taman bunga kat belakang tu.

            Oleh kerana Putera saya sedangmembasuh kereta! Membuatkan saya rasa, wah! Berkobar-kobar semangat sayaseperti skirt labuh saya ni beralun bila ditiup angin pagi! Sambil menyiram,mataku sesekali mengerling Emel yang jarak kami cuma tiga depa.

            “Cantik kereta awak tu. Tapi kenapaawak tak pernah bawak? Asyik cuci je. Tak berkarat ke?” Soalku membuka kata.

Sebenarnya aku nak cakap macam ni.. ‘Pandanglah saya!Pandanglah saya!’. Tapi malangnya tak sesuai dengan keadaan. Nanti dicopsebagai gedik tak bertempat!

            Dan kereta itu, boleh kira pakaijarilah berapa kali dia pernah bawak keluar. Sayang sangat dia dengan keretatu. Dan paling menyedihkan aku belum pernah lagi  naik kereta kesayangan dia tu. Kadang-kadangtu terasa jugak, yelah.. Pak Li banyak kali merasa naik kereta tu. Aku?Jangankan sekali, sesaat pun belum tau!

            Emel yang sedang mencuci tayarkereta hanya tersenyum. “Sebab.. Dia lebih cantik dari awak.”

            Turun naik nafasku mendengarnya!Dikatanya kereta Suzuki Swift tu jauh lebih cantik dari aku? Ini rasa macam naksentap seminggu ni. Saya sanggup pakai skirt yang Anis beli dua bulan lepastau! Saya sanggup tahan rasa mual bila pakai pakaian ni tau! Awak cakapke..ke..kere..kereta tu lagi cantik?!

            “Cantik sangat ke?” Balas ku dengannada geram. Hampir putus jugalah paip getah itu aku pinal-pintal akibat terlalugeram!

            Makin melebar senyuman Emel yangmasih membelakangi isterinya itu. “Mestilah.. Saya sayang sangat kat kereta ni.Dah macam bini saya.”

            Nampak tak, asap dah berkepul-kepulatas kepala ni. Tunggu masa nak keluar tanduk je! “Owh, sayang eh? Saya punsayang jugak dengan ‘Bini’ awak ni. Meh saya cuci. Mungkin dengan cucian niboleh menambahkan ‘sayang’ saya pada ‘bini’ awak ni.” Aku memancutkan air paipgetah itu ke arah pintu bonet kereta. Mencurah-curah air tepercik kemuka Emelyang kebertulan berdiri dihadapan bonet itu. Basah lencun bajunya!

            “Zirah!”

            “Ops!Sorry!” Aku menakup mulut! Serius! Aku tak sangka air tu boleh terpercikdan mengena dia!  Matilah…

            Melihat Emel yang sudah membukalangkah mengejar aku, laju aku melarikan diri! Namun sayang seribu kali sayang!Dulu aku jaguh lumba lari peringkat tadika, tapi sekarang mudah benar pancit!

            Emel memeluk isterinya daribelakang, Zirah hanya mengenyitkan mata  dan buat muka comel ala-ala koala pakai gaununtuk sesi menggoda edisi gedik! Emel ketawa perlahan, dicium pipi isterinyaperlahan.

“Nakal eh..” Ucap Emel sambil bergelut mendapatkanpaip getah itu. Setelah berjaya diperolehi. Dihalakan kearah Zirah. Okey, nibarulah adil! Sama-sama basah!

Aku mengeluh. “Awak! Basahlah! Habis baju saya..”Aku mencebik sambil mengibas-ngibas skirt yang basah lencun! Sedih! Dah lah takdipuji, dibasahkan pulak baju ‘princess’ aku ni?

Emel ketawa. Comel benar bila Zirah berwajah begitu.Diletak paip tadi diatas rumput. Kemudian dihampiri Zirah. Dipegang tanganZirah yang tak duduk diam asyik mengibas skirt dari tadi.

Zirah terkaku. Dipandang wajah suaminya. Mata Emelmemandang wajahnya lama dengan senyuman.

Emel memegang kedua-dua pipi Zirah. “Comelnya awakhari ni. Comel  macam kereta saya. Jommasuk. Nanti demam.” Katanya sambil menarik tangan Zirah menuju ke kepala paipuntuk menutup air dan kemudian masuk ke dalam rumah.

Kembang kempis hidung Zirah bila dipuji macam tu.‘Comel macam kereta dia?’ Ah, nantaklah janji ianya satu pujian! Biarlah diacakap aku ni comel macam pokok durian sekali pun aku dah rasa cukup bahagia!Sayang awak! Aku tersenyum-senyum.

Previous: Bab 29A
Next: Bab 30A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.