Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 58

AKUmenongkat dagu di atas tunggul mati itu sambil bersila diatas batas sawah. Naktahu kenapa aku jadi macam ni? Tu, nampak tak ‘Pak cik’ tak sedar diri tutengah main bola dalam sawah. Adoi, tak pasal-pasal aku kena jadi penonton dia.Wajib katanya, kalau tak ikut kata-katanya, dia cakap aku ni dikira melawan kata suami. Apa ni? Argh!Tensenya aku.

            “Cikgu Along, jom lah main sekali.”Jerit Farhan dan Hakim.

            Aku buat muka ‘tak kuasa aku diknon’. “Malas!”

            Mereka hanya ketawa. Kemudian akumenoleh kebelakang bila terasa ada kepulan asap menyerang muka. Mak tengah bakarsampah rupanya. Laju saja aku  menghampiri mak. Kalau sembang dengan mak,mesti Emel tak marah sekiranya  akumeninggalkan ‘kerusi penonton’ ni.

            “Mak, tahukah anda membakar sampahmerupakan salah satu pencemaran udara.” Saja aku mahu mengusik mak.

            Mak Imah terhenti dari menyapudaun-daun kering. Dipandang anak sulungnya itu dengan pandangan hujung matasaja. Kecik besar-kecik besar saja dilihat Zirah sekarang. Amboi, pandai diaperli aku.

            “Nganga mulut kamu Long.” Tiba-tibasaja Mak bersuara. Mendatar saja bunyinya.

            Aku pulak yang terpinga-pinga. “Nakbuat apa Mak?”

            “Meh aku bakor daun kering ni dalammulut kamu. Boleh kamu kemam. Tak adalah pencemaran udara. Kalau ada pun keluardari kentut kamu je. Kalau Mak tak boleh bakar sampah, kat kampung ni mana adalori sampah masuk sini. Apa daun kering ni boleh dibuat jeruk atau tapai kekalau disimpan lama-lama?” Mak sudah mula membebel.

            Aku ketawa. Mak ni kacau sikit punmarah. “Orang gurau je lah. Itu pun nak marah.” Aku mencebik muram.

            Mak Imah menolak pipiku lembut. “Makbukan marah, Mak cuma terfikir je. Kenapa Mak masih bakar sampah, sedangkan Maktahu ini pencemaran udara. Aish! Inilah orang tua, degil bebenor. Hari ni jekot Mak bakar sampah. Esok, insaf lah. Itu pun kalau Mak ingat. Mana suami kamu?”Mak kembali menyapu daun-daun kering.

            Ketawa mengkekeh aku mendengar ayatmak itu. Boleh pulak macam tu. Macam-macam lah Mak aku ni. “Ada tu. Tengah mainbola. Tak ada kerja agaknya main bola dalam sawah.”

            Mak Imah melontar pandang kearahsawah bendang, dia menggeleng-geleng. Menantunya itu memang rajin datang sinisejak dulu lagi. Itulah aktiviti yang paling dia suka bila balik kampung.Berkubang dalam bendang. Zirah tak pernah tahu pun yang Emel selalu balik sini.Sebab Emel sendiri yang tak bagi Mak mertuanya bagi tahu.

            “Biarkan lah. Kalau kamu tak naktengok dia macam budak-budak. Kamu bagi dia seorang budak. Tak adalah dia macamtu nanti. Mak pun tak akan buat kerja sia-sia bakar sampah ni  kalau dah ada cucu.” Mak terus berlalu sambilmeletakkan penyapu dibawah rumah.

            Gulp! Ah, sudah! Aku pulak yangterkena. Menyesal aku bangkitkan kes ini. Meremang bulu roma aku bila soal anakdibangkitkan. Argh! Tak nak! Tak nak!

            “Mak ni, tak ada tajuk lain ke?Takutlah Along dengar ayat tu.” Aku menggaru-garu kepala sambil duduk diatastangga sambil memerhatikan Mak yang sedang membelek bunga nya pula.

            Tanpa memandangku, Mak bersuara.“Kamu nak takut sampai bila? Sampai umur kamu sebaya dengan Mak? Macam-macamlah kamu ni Long. Nanti bila-bila tolong belikan mak barang dapur boleh? Makmalas betul nak pergi ‘Tego’ tu. Lenguh kaki Mak ni nak memusing cari barang.Kalau kawasan tu kecik macam Kedai Pak Tapa tu tak apalah jugak. Ni dah macamsatu padang bola besarnya.” Mak memandangku kembali.

            Aku pulak yang terpinga-pinga.“Tego? Apa tu  Mak? Resepi baru ke?”

            Mak Imah mengeluh. Aku yang salahcakap ke, dia yang tak pernah pergi ‘Tego’ ni? “Tego tu tempat orang belibarang dapur tu. Yang ada kat ipoh nun.”

            Aku terdiam. “Tesco ke?”

            “Hah! Itulah Mak nak cakap. Lainkali jangan letak nama pelik-pelik. Susah aku nak menyebutnya.” Bebel Mak Imahlagi.

            Aku ketawa. Macam-macam lah Mak ni.“ Kenapa kita tak pergi Mydin je? Kan lebih dekat.”

            “Ikut suka kamulah nak kemana. TapiMak tak ikut tau, Mak tak larat. Lepas solat maghrib berjemaah nanti, kamupergilah dengan Emel.” Mak Imah menuju ke pintu masuk.

            Aku terdiam. Hah?? “Dengan E..”

            “Baik Mak! Kami menurut perintah.”Emel buat tabik hormat pada Mak Imah sambil tersenyum. Mak Imah membalas tabikhormat itu sambil masuk kedalam rumah.

            Fuh! Semangat! Terkejut aku lah!Dari mana pulak datangnya mamat ni? Aku ketuk jugak karang.

 “Eh, jangandekat! Jauh sikit..” Aku cepat-cepat bangun dari duduk diatas tangga batu itubila Emel menghampiri. Dengan berpeluh-peluh, kotor satu badan. Bau macam err..Reban itik. Mintak oksigen, busuk sangat ni.

Emel mengerutkan dahinya. Busuk sangat ke? Okey apabau ni, harum sangat! “Hah? Lah suruh dekat ke? Kejup.” Emel makin menghampiriZirah yang sedang mengepit hidungnya dengan jari. Busuk sangat eh? Tunggu eh..

“Orang cakap jangan dekat. Jangan dekat lah. Mak!!”Jeritku bila Emel sudah memeluk bahuku sambil memimpin aku masuk kedalam rumah.

“Busuk lah! Lepas lah! Busuk.. Busuk.. Busuk..!!  Ish! Lepaskanlah!!” Marahku lagi. Namun reaksiEmel macam tak ada apa-apa yang berlaku je. Lagi lebar senyuman dia. Habis bajut-shirt aku kena lumpur. Bau aku pun dah kira sama dengan bau lelaki ini. Rasanak pengsan!

“Alah, sama-sama lah busuk. Bukan selalu. Mak tengokni, anak mak lawan cakap suami!” Laung Emel mengadu.

Laju saja tanganku mencubit pinggangnya. “Mengadu!Mengadu! Cabut kepala karang baru tahu!” Marahku siap terjegil-jegil bijimataku.

Emel hanya ketawa. Kan dah cakap, kalau Zirah marahmakin cantik. Tengok, macam Lisa Surihani. Ni buat aku nak usik dia lagini.  Bila sampai ke ruang dapur laju sajaEmel melepaskan pelukkannya dan terus menuju ke bilik air.

“Saya cop dulu!!!! Tolong ambikkan tuala.” Sempat  lagi lelaki itu berlari masuk kedalam bilikmandi sambil menjerit memberi arahan.

Aku mendengus! Hampeh! Mentang-mentanglah bilik airada satu je. Main tipu pulak dia! “Tak nak! Ambik sendiri. Tak kuasa nakmelayan!” Balasku sambil hidungku kembang kempis menahan bau masam pada bajuku.

Emel mengeluarkan kepalanya separuh di pintu bilikair itu. “Zirah nak Abang keluar dari bilik air ni tanpa pakai apa-apa? Zirahsanggup? Abang tak kisah. Abang okey je. Takut Zirah yang koma nanti.” Siap denganbuat muka jahat, Emel bersuara.

Zirah yang sedang membelek bajunya dari tadi, terdiammendengar ayat Emel itu. Membulat biji matanya. Seboleh mungkin dia mengikisapa yang terbayang oleh mindanya. Gila!!

“Yela, orang nak ambik lah ni!!” Kelam kabut Zirahberlalu mahu mengambil tuala Emel.

Emel hanya ketawa suka. Senangnya nak kenakan isterinyaitu.

“Jahat punya manusia! Dia kenakan aku. Ish! Manapulak tuala dia ni?!” Bebelku sebaik saja sampai ke bilik tamu itu. Aku danEmel tak duduk satu bilik. Aku sendiri yang tak nak. Mak pulak, tak nak masukcampur. Pandai-pandai kamu lah!

Melihat tuala yang tersidai diampaian sejadah, terusaku mencapainya. Kemudian aku terus berlalu. Namun langkahku terhenti bilaternampak sesuatu diatas meja. Kad kahwin? Belum sempat aku mahu mengambil,terdengar jeritan Emel. Laju saja aku meninggalkannya dan terus menuju kedapur.

Terbayang-bayang otakku, kad kahwin siapa itu? Aku cumaterpandang peta rumah pengantin lelaki. Dan peta itu seakan-akan rumah Ummi danWalid. Ermm.. Tak akanlah.. Ish! Merepek! Dorang mana boleh kahwin! Adikberadik! Otakku terbayang Myra pula. Ish, merepek sungguh.

Previous: Bab 57B
Next: Bab 58A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.