Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 60

ADAMdah pandai merangkak, laju pulak tu. Pantang melihat orang berdiri, laju sajadia memanjat diminta dukung. Comelnya Adam, tuhan saja yang tahu! Argh! Buataku rasa nak gulaikan saja tubuhnya yang montel tu. Geram sangat.

            “Tidur jugak budak tu. Jenuh Ummitidurkan dari pagi tadi tak nak tidur.” Ummi menghampiri Zirah yang sedangmemangku Adam yang sudah lena. Suka benar Adam melihat ibunya tadi, terjerit-jerit.Sehingga Zirah tak sempat nak tukar pakaian terus saja bermain dengan Adam.

            Zirah ketawa. “Rindu sangat denganbudak Bambam ni. Dah tiga minggu tak jumpa. Kalau Along bawak dia kesana,memang seharilah Zirah yang jaga.” Aku mencium dahi luas itu.

            Ummi menepuk-nepuk tanganku sambilmemandangku dengan wajah yang sukar untuk aku tafsirkan.

            “Ummi nak ucapkan terima kasihsangat dengan Zirah. Sebab berjaya buat Emel berubah macam tu. Dulu, Ummidengan Walid buntu sangat nak tolong Emel. Sejak Zirah pergi, dia tak macamselalu. Alhamdulillah, dia lakukan jugak pembedahan tu. Mungkin dia terfikirapa yang Zirah cakap dulu.  Ummi dapatlihat wajah Emel dah kembali ceria macam dulu. Bersungguh-sungguh dia berceritadengan Ummi dan Walid yang Zirah dah terima dia balik. Ummi dan Walid rasamacam nak buat kenduri je. Gembira sangat.”

            Aku hanya terdiam. Ya Allah, Ummidan Walid benar-benar percaya yang kami dah macam dulu semula. Sedangkan? YaAllah, permudahkan dan lembutkan hatiku.

            Ummi memeluk lenganku sambilmemandang wajahku dengan pandangan mengharap. “Ummi harap Zirah dapatsempurnakan hari dia yang masih ada dan dapat membahagiakan dia.”

            “Insyallah Ummi. Zirah tak sempurnamana, tapi Zirah cuba. Dia suami Zirah, selayaknya Zirah bahagiakan dia.” Akurasa nak je aku tikam mulut aku ni. Kau ni pandai cakap je, tapi kenyataannyakau masih tengah mencuba terima dia semula. Apa ni Zirah? Nak tipu lagi? Adabaiknya kau jadi manusia yang ikhlas. Jauh mana kau lari, dia tetap suami kamu!Aku hanya mengeluh.

            Ummi tersenyum dan terus memeluk danmencium dahiku. Makin sayu aku rasa, terasa macam nak peluk Ummi dan cakap..‘Ummi, tolong Zirah! Kenapa hati Zirah ni keras sangat?’

 

 

DAHdekat tiga jam aku kat sini, dari tadi asyik melayan Adam sampaikan lupa naklayan suami sendiri. Cewah! Insaf ke? Tettt.. Senget punya hati. Dikenakanbalik tuannya?

            Aku melangkah perlahan masuk kebilikitu. Alahai, banyak betul kenangan kat bilik ni. Rasa nak buat buku sejarahpulak pasal bilik ni. Melihat Emel yang lena diatas katil aku biarkan saja.Malas mahu mengacau, mungkin penat memandu tak hilang lagi. Lagi pun baru pukul12 tengah hari. Zohor pun belum lagi.

            Aku terus mencapai tuala didalam begdan beberapa barang yang perlu di bawa kebilik mandi. Rasa dah macam-macam bauada kat badan aku ni. Reban itik mak pun tak bau macam ni. Sikit punya ‘harum’!

            Selepas mandi dan bersiap. Akumengelap rambut sambil memandang kebun lamaku melalui tingkap. Dah makin banyaksayur-sayuran yang ada kat situ. Alahai, pandainya Pak Mat jaga. Rasa gatalpulak tangan aku nak main tanah. Rasa macam nak golek-golek je kat atas batastu. Rindu gila nak berkebun semula. Tapi kalau aku buat, aku rasa mahumenjerit-jerit Ummi melihatnya nanti. Batalkan saja hasrat tersebut!

            Aku kembali memandang sekelilingbilik. Tiada perubahan, macam mana sepuluh bulan dulu. macam itulah sekarang.Cuma gambar besar itu buat aku tertarik nak pegang. Gambar pernikahan aku dulu.Tak sangka gambar yang aku jadikan wallpaperdestop di lap-top Emel dulu menjadi gambar perhiasan didalam bilik itu.Terselit satu ayat dibawah gambar itu yang kecil saja, baru saja aku mahumendekat untuk membaca…

            “Adam dah tidur ke?” Emel menegur.Terdiam dia sekejup bila pertama kali melihat Zirah tak bertudung. Aik, insafdah ke? Tapi Emel masih buat biasa. Namun dalam hatinya mahu saja dia memegangrambut Zirah yang cantik itu. Sama saja seperti dulu.

            Zirah terkedu sekejup. Kelam-kabutdia meletakkan tuala yang dipegangnya itu keatas kepala. Rasa macam tak biasapulak, dah terbiasa bertudung. “Err.. Dah.. Dah..” Jawabku dengan nadatergagap-gagap.

            “Tak payah nak tutup sangat lah. Takharam pun Abang pandang rambut tu. Zirah meh jup..” Emel menggamit-gamittangannya.

            Teragak-agak ZIrah mahu mendekat.Lembutkan hati, lembutkan hati.. Berkali-kali hatinya berdoa. Entah kenapa bilaberhadapan dengan Emel macam-macam perasaan ada. Nak marah, sedih, terkilan,nak terkentut pun kadang-kadang ada. Aish! Merepek lagi!

            “Duduk sini kejup.” Emelmenepuk-nepuk tilam agar duduk disebelahnya.

            Zirah masih teragak-agak mahumengikut arahan tersebut. Namun dia tetap menurut. Perlahan Emel melabuhkankepalanya dipeha Zirah. Tangan Zirah ditarik kepinggangnya dan dipegang erat.Mendadak momentum hati Zirah. Rasa macam nak terjun tingkap je. Namundisekolahkan mukanya ketahap paling cool..Konon!

            “Zirah..” Panggil Emel perlahan.

            Zirah menelan air liurnya kelat!Kenapa pulak dia ni?

            Biarpun panggilannya tak bersambut,namun Emel masih mahu bersuara. “Maafkan abang. Kalau boleh abang nakbahagiakan sayang untuk masa-masa yang ada ni. Itu impian abang selama ni.Tolong bagi abang peluang tu.” Emel memandang wajah Zirah yang terdiam itu.Mengharap benar agar Zirah beri peluang itu padanya.

            Zirah cuba melontar pandang kearahlain. Mencari kalau-kalau ada ruang yang boleh memunculkan wajah Mak untuk bagikeyakinan bagiku. Namun tak ada, namun bila aku pejam mata sejenak. Mak munculdengan wajah bahagianya sambil buat gaya ‘aja-aja fighting’. Amboi, semenjaksuka layan cerita Korea ni. Mak dah pandai buat gimik tersebut.

            Aku membuka mata dan tersenyumsemanis yang boleh kepada Emel. “Insyallah..”

            Emel tersenyum. Berkali-kali ucapansyukur ke khadrat Ilahi dipanjatkan. Syukur benar rasanya. Mahu saja dibuatsujud syukur. Emel bangun dan terus memeluk isterinya. “Terima kasih sayang..”Katanya dengan nada terharu.

            Betul kata Mak. Kadang-kadang dengansatu ayat mampu membuatkan orang berubah dalam pelbagai rasa. Moga Allahpermudahkan. Aminn…

Previous: Bab 59A
Next: Bab 61

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.