Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 31

“BUKANmacam itulah. Macam ni.” Mak Ngah mula pening dengan menantu majikannya ini.Tepung yang diuli oleh Zirah itu dah macam tepung cair! Ini nak buat karipapke, nak buat cucur bawang?

            Habis muka Zirah comot dengan tepungbercalit sana sini. Zirah mencebik, Mak Ngah ni garang! Nak ajar orang masakkaripap ke, nak ajar orang bersilat? Mulutnya kembali mencebik sedih.

            “Hah, kok mulutnya panjang kayakgitu loh?” Bibik yang memerhati sejak tadi hanya ketawa saja. Bukan nak tolong!Sedih tau!

            “Zirah nak masak karipap je, bukannak belatih silat cekak. Mak Ngah janganlah bengis macam ni. Takut tau tak.”  Saja aku nak mengadu.

            Mak Ngah yang dari tadi asyikterjegil-jegil biji matanya perlahan-lahan tersenyum dan akhirnya ketawa. Adoibudak ni, boleh buat aku semput tau tak. “Habis tu kamu ni susah sangat nak diajarmemasak. Orang suruh buat ni, dia buat lain.”

            “Zirah kalau uli tanah tu, tahulah.Nak uli tepung ni susah betul!” Kalau bukan disebabkan ini makanan kegemaranEmel, koma pengsan balik pun aku tak nak ambil tahu!

            “Hah, melawan! Melawan! Budakinilah.. Ini dah nak menjadi dah karipap kamu  ni. Tambah tepung lagi. Banyak sangat kamuletak air tadi.” Mak Ngah memberi semangat. Alhamdulillah, melihat perubahanpada diri Zirah..membuatkan hati tuanya rasa bahagia!

            Hampir dua  jam aku buat keripap itu. Tapi yang sadisnyadua jam aku itu hanya sempat menggoreng 5 ketul saja. Dengan penuh excited aku membawa piring yang berisilima ketul karipap ke bilik. Tanpa membuka aprondan membersihkan wajah laju saja aku mendaki tangga.

            Emel cuti seminggu! So, aku kena manfaatkan saat yang adaini untuk memikat hatinya. Tombol pintu bilik aku pulas.

            “Selamat pagi abang!” Tegurku dengansuara ceria.

            Emel yang khusyuk menghadap lap-topkerjanya itu hanya menangguk tanpa berkata sepatah pun.

            Aku menghampirinya. “Tadaa!! Kuihkaripap untuk abang! Special punya!”Ujarku dengan nada teruja!

            Emel memandang sekilas. Dandipandang sekali lagi. Tak berkedip matanya melihat apa yang ada didalam piringitu. Ini, karipap ke? Memanglah tak berapa nak coklat, tapi ini boleh dikategorikansebagai hangit separuh. Dan kebanyakkannya kemik dan penyek!

            Dipandang wajah isterinya dengandahi berkerut. “Apa ni?”

            “Karipap lah.” Masih tersenyum!

            “Kenapa macam ni?”

            Senyumanku mati. “Dah nama punkaripap special. Mestilah lain dariyang lain.” Jawabku mendatar.

            “Urmm.. Macam tak boleh masuk tekakje. Urmm.. letaklah dulu. Nanti-nanti saya makan.” Emel kembali mengadapLaptopnya.

            Zirah menelan air liur! Pahit!“Abang tak nak rasa dulu? Meh sini Zirah suapkan ye..” Aku cuba tersenyum danbuang jauh-jauh rasa kecil hati tadi! Aku tersenyum dan mencubit sedikitkaripap didalam pingan itu dan disua kemulut Emel.

            Berkali-kali Emel mengelak daridisuap! Dan akhirnya dipegang lengan Zirah kuat! Matanya tajam memandang Zirah.Seolah-olah mahu diterkam saja wanita itu! Dia cukup benci  bila dipaksa sesuatu yang dia tak suka!

            “Dah lah tu! Kan saya cakap tak nak.Tak nak la. Awak nak saya cakap apa lagi hah?!” Emel melepaskan cengkaman tadi.Matanya sudah merah menahan amarah.

            Jerkahan itu membuatkan bahu Zirahterhinjut, terkejut! Perlahan piring tadi diletak ke meja kecil. Digigit bibir,ditelan perlahan air liur pahit itu.

 Denganlonglai aku keluar dari bilik itu. Tak guna pun aku ada kat situ! Tak adafaedah. Dan hati aku yang sangat berbesar hati masak karipap, dah jadi sekecilkutu! Aku pun tak tahu apa kaitan karipap dan kutu, tapi yang aku tahu sekarangaku kecik hati dengan sikap Emel!

            Tangga yang dilangkah macam takterasa. Aku lebih memfokuskan memandang hadapan seolah-olah termenung. Airhangat yang mahu mengalir, ditahan sehabis mungkin. Aku memang manusia yang taksuka menangis! Selagi aku kuat, selagi itu aku tahan!

            Sampai saja didapur, aku bersandarlemah ditepi singki. Niat hati nak basuh pinggan mangkuk, tapi macam tak mampuje nak buat. Tak tahu kenapa, pedih benar hati ni. Macam baru kena siat-siat!Aku memeluk lutut. Bibir aku ketap kuat! Tahan Zirah! Tahan!!

Previous: Bab 30A
Next: Bab 31A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.