Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 34

TANGG!!!Ganggang talifon dihempas lagi. Tak habis-habis nak mengganggu! Tak cukupmelalui talifon bimbit. Talifon pejabat juga mahu dicuba? Dasar perempaan taktahu malu!

            “Whoaa! Ni kenapa pulak ni? Mainhempas-hempas talifon ni?” Irwan yang menyinggah masuk kebilik pejabat Emelmenegur. Dilabuhkan duduknya dikerusi berhadapan dengan Emel.

            “Siapa cakap aku hempas? Aku belaitalifon ni. Kau tak nampak ke?” Jawab Emel geram.

            Irwan ketawa. “Kau ni, relaks lah.Dah cuti seminggu, tak akan masuk pejabat nak angin  satu badan? Ni mesti pasal minah tu kan? Diakacau kau lagi ke? Dia tak tahu lagi ke kau dah kahwin?”

            “Kalau cakap aku nak mati esok punbelum tentu dia tak kacau aku. Aku pun peliklah dengan dia ni. Dia nak apa dariaku?”

            “Aku rasalah kan.. Urm, aku rasa duludia bercinta dengan Ammar cuma lakonan je. Agaknya entah apa sebab diaberkahwin dengan Ammar. Bila dia jumpa kau, kenal kau.. Mungkin dia betul-betuljatuh cinta dengan kau. Sebab itulah dia jadi macam tu. “ Irwan mencebik!Memang benci benar dia dengan perempuan berkenaan! Kalaulah yang dikacaunya ituadalah aku? Dah lama aku jumpa dia bawak berbincang di Balai Polis! Habiscerita!

            “Aku pun tak tahu apa yang dia nakdari aku. Yang berulang kali dia mintak, dia nak aku kahwin dengan dia.Ceraikan Zirah. Gila ke, sawan namanya tu?” Emel menarik nafas berat.

            “Dia pernah jumpa Adam? Maksud akulepas dia serahkan pada Ummi dan Walid?”

            Emel menggeleng, menidakkan soalanIrwan. “Perempuan macam tu. Memang pandai berlakon dan pandai bertindak!Kadang-kadang tu, nak je aku jumpa dia. Tapi masalahnya, bila aku jumpa dia automatikaku rasa nak lempang dia kuat-kuat! Selepas apa yang dia buat kat Along, danpermintaan bodoh dia nak jadi bini aku. Aku rasa bukan setakat lempang yang akubagi, bunuh pun aku sanggup!”

            “Aku sokong! Bak kata Cicak kobengkau tu, potong kepala dia! Ha..ha! Eh, sebut pasal cicak kobeng. Dia sihat?Bila nak adakan majlis renjis-renjis? Aku dan Anis sedia jadi pengapit.” Irwantersenyum-senyum.

            Emel terdiam. Keluhan dimulutnyaseolah-olah dia sedang menjunjung satu beban yang terlalu berat! Mengalahkanberat kereta kebal.

            “Kau ni kenapa? Menurut cerita yangAnis selalu cerita kat aku, korang bahagia je. Romantik pulak tu. Tak akanmenidakkan lagi apa yang dihati kut bro? Agak-agaklah sikit nak keras hati pun.Sampai sekarang aku tak faham dengan kau ni. Kalau kau rasa tak suka denganZirah, kenapa kau pilih nak berkahwin dengan dia? Kalau kau rasa benci dengandia, kenapa kau bagi harapan kat dia?” Irwan mula merasa sebal  bila melihat reaksi Emel itu. Aku dah bertahun-tahunberkawan dengan kau. Dah masak sangat aku dengan perangai kau. Mungkin adasesuatu yang kau rahsiakan dari aku!

            “Aku..”

            “Emel! Along dah sedar!! Walid kenabalik sekarang.” Muncul suara Dato Faris dimuka pintu dengan wajah yang ceria.Sekaligus mematahkan kata Emel sebentar tadi.

            Laju saja Emel dan Irwan bangun darikerusi. Emel tersenyum sambil menadahkan tangan mengucap syukur! “Walid, Emelnak ikut. Jom Wan!” Terkocoh-kocoh mereka mengikuti Dato Faris.

Previous: Bab 33
Next: Bab 34A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.