Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 9.2

Anistersenyum sambil menghampiriku. Dipegang perlahan tanganku sambil memandangkudengan pandangan mengharap. “Anis yakin, kalaulah kawan abang tu tengok akak.Mesti dia suka. Akak nak tahu siapa? Dia tu ialah Am..”

            “Zirah!! Woi! Cicak kobeng keluarkau!” Pintu bilik Anis diketuk bertalu-talu.

            “Adoi! Spoil la mamat ni! Dia ingat ni cerita berepisod ke? Tak apa Nis,akak tak takut pun dengan Rimau hutan tu! Anis duduk je. Ni Hang Jebat datangmenghadap.” Megah aku menepuk dada! Bajet berani. Dengan lemah aku menujukepintu.

            Tersembul wajah Emel dengan mukamerah padam. Ditangannya terdapat baju kemeja bewarna kuning, eh bukan! Warnaputih! Eh, bukan-bukan..warna kuning pekat. Ah, dua-dua warna ada pada baju tu. Bertompok-tompok! Eii, tak cantikbetul corak baju ni.

            “Kenapa pulak ni? Muka macam takpuas hati je. Nak gaduh pun esok jelah. Orang tengah bergosip ni. Kacau je!”Marahku perlahan.

            “Kau meh sini.” Ditarik lengan bajutidur aku dengan kasar menuju ke tangga.

            “Weh, nak kemana ni? Weh, bantal akutertinggal lah dodol!” Puas aku memukul-mukul lengan sasa tu. Nampaknya pukulanaku tu tak lut bagi dia. Pukulan aku yang macam pukul gendang tu, umpamapukulan manja bagi si Emel.

            Ditariknya aku sampailah ke bilikdobi! Dilepaskan pegangan tadi. Matanya tajam memandang aku. “Aku nak kau basuhbaju ni depan aku sekarang jugak.” Dilempar baju kemeja itu ke mukaku.

            Ish! Tak boleh bagi baik-baik ke? Namunaku ambil juga baju itu,  tapi denganmuka tak puas hatilah. Dah lah baju ni bau kari! Busuk! Eh, sekejup! Kari?

            ‘Bik, mana pergi kain buruk? Tangankita ni tak hilang pulak warna kuning ni.’ Aku tercari-cari disegenap penjuru.

            ‘Loh, sikit punya besar enggak nampakkamu? Itu dia, kat atas kerusi meja tepi itu.’ Jawab bibik yang masih sibukmenggoreng ikan.

            Owh, kat sini. Wah, mewah jugakrumah ni kan. Sampaikan kain buruk pun guna baju kemeja jenama Polo. Fulamak!Hebat! Ini baru kain buruk, belum lagi tisu jamban. Agaknya tisu yang berhargaberatus ringgit. Aku ambil baju itu, aku lap tangan yang bewarna kuning akibatmenggaul ikan dengan kunyit tadi. Tak cukup tu, aku lap pulak meja yangtertumpah serbuk kari tadi.

            Perlahan-lahan aku tersenyum bilakejadian petang tadi menyentuh memori otakku. Peluh dah menitik didahi,kejadian petang tadi membuatkan mulut aku bagaikan terkunci rapat. Mampus aku!Nak lari mana pulak ni? Tak akanlah nak terjun dalam mesin basuh ni kut. Kangtak pasal-pasal dia basuh aku guna mesin basuh ni. Uish! Ngeri pulak aku rasa.

            “Ma..Mana  aku tahu itu baju kau.” Jawabku dengan nafasyang sesak.

            Emel ketawa sinis. “Kau pekak ke?Bukan ke masa aku suruh Bibik basuhkan  baju ni kau pun ada kat situ? Kau saja nakbalas dendam kan?” Emel memandang Zirah tajam. Rasa terkemek-kemek hatinya bilabaju yang bakal digunakan untuk meetingesok betukar warna dengan tiba-tiba! Adoi, makin berapi kepala otak aku bilayang buat tu adalah si Cicak Kobeng ni! Mulanya Bibik yang nak tolong basuhkan,katanya Zirah tak sengaja. Tapi aku rasa budak tak cukup umur tu wajar diberipelajaran Sivik Peringkat Sekolah Menengah!

            “A..Err..Alah, a..ak..aku taksengaja lah. Jangan lah pandang aku macam tu. Takut tau tak!” Spontan akumenolak kasar pipi menggunakan botol sabun yang aku main rembat entah darimana. Tertolak kepala Emel kekiri. Sumpah ngeri! Dipandang aku ni macamlah akuni penjenayah yang jahat sangat.

            “Ish, dah lah buat salah. Banyakpulak cakapnya. Ah, aku tak kira. Kau basuh baju ni depan mata aku sekarangjugak.” Emel sudah menarik kerusi sambil duduk ala-ala seorang bos besar.

            Aku menggaru-garu kepala. Gila ke apamamat ni? Sekarang ni dah pukul 10.30 malam tau tak. Esok aku kena bangun awal,nak siram pokok kat kebun. Dengan lemah aku mengangkat baju tersebut. Ini kalaunak sental sampai nampak putih makan masa dua tiga hari tau tak. Silap gaya,sampai umur aku 39 tahun pun kotoran ni tak hilang-hilang lagi. Gila ke apa diani.

            “Weh, err.. Aku rasa kotoran nisusah nak hilang lah. Aku..”

            “Aku tak peduli! Cuci sekarang,sampai putih macam kain kapan!” Marah Emel.

            Aku menelan air liur. Dia ni,janganlah garang sangat. Cuak aku dibuatnya. Ni buat aku  rasa yang aku  bakal terkapan kat sini. Bibik, Mak Ngah,Datin, Anis! Tolong!!

            Perlahan aku mengambil sedikit sabunserbuk, baldi, berus besi…

            “Uit, baju tu bukan periuk belangayang kena guna berus besi tu. Kau gunalah berus plastik tu. Kang koyak baju akutu.” Bebel lelaki itu.

            Alah! Aku baru nak jahanam kan bajudia. Dia perasan pulak. Dengan lemahnya aku mengambil berus plastik itu. Piliair aku buka. Silap gaya, kena mandi lagi sekali aku malam ni. Operasi memberusbermula. Mula-mula adalah sedikit semangat nak berus bila warna kuning tuluntur. Tapi.. 10 minit kemudian. Kuning itu masih degil nak hilang! Gunalahserbuk sabun jenama dari Paris sekali pun, tak akan hilang punya! Kalau ikutkanhati aku, aku lontar je kat dalam tong sampah!

            Kecut kulit jari-jemariku. Mata akupulak dah banyak kali terkatup-katup. Kepala dah banyak kali buat aksi berzikir,tersengguk-sengguk dari tadi. Bayangkan pejam celik, dah hampir 30 minit akusental baju ni. Kalau mak aku tengok ni, bangga dia. Kat rumah, aku tak pernahbasuh baju guna tangan. Semua pakai mesin basuh. Kira ini pencapaian terbaikaku di abad ini. Terima kasih Emel! Kau dah berjaya mencipta rekod aku! Fuhh!

            Emel yang leka menghadap majalahmengerling Zirah yang berhampiran dengannya. Nak ketawa pun ada. Minah nimemang bermasalah, tengah basuh baju pun boleh lagi terlelap? Kejam sangat keaku ni? Aku bukan nak kejam sangat. Cuma aku kecewa, baju tu baru aku beli pagitadi! Hancur harapan aku! Memang aku ni tak serasi dengan baju kemeja bewarnaputih. Macam-macam jadi. Dulu pernah aku ada baju kemeja warna putih, tengah ion baju boleh pulak terbakar. Adoi,memang tak serasi.

            “Aku tidur kat sini jelah. Good nite.” Dalam keadaan mamai, sempatlagi  Zirah bersuara lemah.Perlahan-lahan disandarkan tubuhnya kedinding mesin basuh.

            “Ehh, uit! Kau ni lah, baru suruhsikit dah macam-macamlah. Dah lah tu, pergi tidur kat bilik.” Emelmenolak-nolak bahu Zirah.

            Terkebil-kebil mata Zirah. Dalamkeadaan mamai tu, diturutkan juga. Baru mahu melangkah keluar dari bilik Dobi..“Woi, tak reti-reti nak basuh tangan? Kang termakan sabun kat tangan tu,berbuih pulak mulut kau esok. Mulalah cakap aku nak bunuh kau lah, apalah.” BebelEmel.

            Zirah terus ke singki untuk mencucitangan sambil mata masih terkatup. Alah, kira dah bersihlah ni. Aku dah ngantuksangat dah. Ditutup paip dan terus melangkah menuju kemuka pintu. Sebelum itusempat lagi aku bersuara. “Esok aku ganti baju kau sama sebijik macam tu.Jangan risau.” Terus aku berlalu. Namun sekejup kemudian aku terasa macam takkena je dengan ayat aku tadi. Ah, nantaklah. Dah mengantuk sangat ni!

            Emel tersenyum sinis. Yelah tu kaunak ganti. Baju aku ni aku rasa separuh gaji kau tahu tak? Tak apa, aku tuntutesok! Akal jahat mula terlayar-layar. Siaplah kau!


Previous: Bab 9.1
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.