Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 22

“ALONG!Mana along kutip Abang Emel tu? Dah lah hensem! Baik pulak tu. Sekepala denganJihah tau. Jihah suka!” Jihah yang datang dari mana tah laju saja dudukdisebelahku.

            Aku yang tengah sedap melayan buburjagung yang mak masak itu tersedak-sedak dibuatnya mendengar kata-kata Jihahitu. Budak ni, dah rabun ke mata dia atau dah kelabu asap? Mamat sengal tu dikatanya hensem? Haa..ha!!

            “Wah peramah betul mamat tu. Belumsempat  Along kenalkan kat kamu, kamu dahkenal dulu? Hebat! Agaknya dalam beberapa minit Along tinggalkan dia kat bawahtadi, habis semua dia tegur gamaknya!” Aku hanya ketawa sinis. Aku kembalimenyuap bubur jagung.

            “A’ah, tok ketua pun dia tegur.”Jihah mencapai mangkuk kosong yang ada diatas meja itu.

            Tersedak lagi Zirah dibuatnya! “Biarbetul?! Gila. Sah gila.” Tergeleng-geleng kepala aku dibuatnya. Tok ketua yanggarang tu ditegurnya? Adoi!

            “Apa nak diherankan? Tok ketua elokje balas tegur dengan Abang Emel. Kebertulan Tok ketua singgah tadi nak bagiubat urut kat Mak. Sebab itulah Abang Emel tegur. Untunglah siapa jadi bini diakan Long?” Jihah menyuap bubur jagung yang diceduknya tadi.

            Terjegil biji mata aku. “Untung?”Silap besarlah kau Jihah cop dia sebagai baik dan peramah!

            “Apa yang untung?” Mak Imah munculdari pintu dapur sambil membawa segenggam pucuk paku.

            “ ‘Saham’ Along ni mak! Entah bilanak untung. Dah tak laku kut Along ni.” Selamba saja kata-kata Jihah itu.

            “Along pulak? Kamulah! SPM dah nakdekat, novel tak tinggal lagi dari tangan. Subjek yang kau ambil exam tu, tak pernah tercatat dalamnovel. Tak payah konfiden sangat yang kau mampu jawab semua soalan nanti.” Akumematahkan ayat tak berguna dari Jihah tadi. Dikatanya aku tak laku? Tak sayangmulut betul!

            Jihah tersenyum. “Along, kalau 24jam dengan buku. Boleh tepu otak tau. Kita kena study smart bukan study hard.Dok pulun habis-habis sampai tak rehat, timeexam nanti blank! Nyesal je yangdapat.” Jihah bersuara bagi menegakkan keadilan.

            “Yelah tu.” Aku mencebik. Ada jemodal dia nak jawab budak ni lah!

            “Malam karang Emel tidur dengan Amanlah kat bilik tamu tu. Rumah kita ni semuanya orang perempuan, apa pulak dikataorang kampung nanti. Nak suruh dia tidur kat rumah Pak Jam, takut dia pulaksegan.” Mak Imah mencelah perbualan antara Zirah dan Jihah.

            “Suruh dia tidur kat luar pun takapa mak.” Jawabku selamba!

            “Banyaklah kamu! Tetamu disuruhtidur diluar?” Itu tandanya introbebelan mak baru memulakan mukadimah. Nantikanlah butiran selanjutnya bebelanitu. Tapi sebelum tu, aku nak bawak lari mangkuk bubur ni ke depan dulu. Jihah,kau dengar bebelan mak yang merdu tu ye. Bye!

Previous: Bab 21A
Next: Bab 22A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.