Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 23B

MELIHAT ada sebuah kereta waja diperkaranganhalaman, buat aku tersentak. Seolah-olah kenal dengan pemilik kereta itu. Hatiaku pula rasa semacam!

            Perlahan aku masuk ke dalam rumah,salam diberi. Senyuman aku mati saat mataku terpandang susuk tubuh lelaki yangpaling aku kenal. Razif?

            “Zirah! Dah lama tak jumpa. Sihatsayang?” Mak Nah memelukku sambil tersenyum. aku membalas senyuman Mak Nahseadanya. Mak pula seakan serba salah.

            “Mak Nah sihat?” Aku menyalam tanganMak mentua tak jadi aku itu.

            “Alhamdulillah sihat. Makin comelanak Mak Nah ni.” Mak Nah mencuit pipiku. Mak Nah memang sejak dulu dahmenganggap aku sebagai anaknya.

            Aku tersenyum. Mak Nah menariklenganku agar duduk disebelahnya. Sempat aku mengerling Razif yang turut taklepas memandangku.

            “Mak Nah datang ni kenapa? Tasya nakkahwin eh?” Soalku riang! Biarpun aku dengan Tasya umpama api dengan kertas.Tapi aku rasa dah tak perlu nak bermusuh! Tak berfaedah pun. Lama-lama kita tuajuga, masa tu terfikir pulak banyak dosa kita membenci orang. Astagfirullahal’azim.

            “Eh, bukan.” Mak Nah serba salah nakcakap. Sesekali dia mengerling Razif.

            “Mak Nah nak ajak  kita pergi kenduri kahwin Razif hujung bulandepan. Nanti kita pergi sama-sama ye Long?” Mak pula tiba-tiba menyampuk. Akupulak terdiam. Ya Allah tiba-tiba luluh pulak hati aku ni. Aku tak nafikan rasacinta buat Razif masih ada, biarpun sedikit.

            “Abang nak kahwin?” Soalku sambilpura-pura tersenyum. Terasa mahu mengalir air mata.

            Razif mengangguk perlahan. “A’ahdengan Erma.” Jawabnya perlahan.

            “Baguslah Zif, sampai bila nakbertunang lama-lama? Along pun dah nak bertunang. Mungkin dua minggu lagi.” Makdengan penuh teruja bersuara sambil tersenyum. Aku faham niat mak tu, makberkata begitu semata-mata mahu mematahkan semangat Razif yang masih mahukanZirah dan sekarang lelaki itu didalam delima.

            Terkejut wajah Mak Nah dan Razif.“Dengan siapa?”

            “Assalamualaikum, mak! Mel..” Emelterdiam bila melihat ada tetamu didalam rumah itu.

            “Hah itulah bakal menantu kita Nah.Dah masing-masing berkenan, kita satukan jelah.” Mak menyambung kata. Senyumanmasih mekar dibibirnya.

            Razif tiba-tiba bangun dari duduk. Dipandangwajah Emel yang tersenyum dan mahu bersalam dengannya itu. Tapi Razif memandanglelaki itu dengan pandangan benci. Laju saja ditarik lengan Zirah keluar darirumah. Zirah pula tergamam, terpaksa mengikuti langkah Razif. Berkali-kaliditarik tangannya, namun gagal.

            “Razif! Nak bawak ke mana Zirah tu?”Mak Nah menjerit.

            “Ya Allah budak-budak ni! SabarNah!” Mak Imah menenangkan Mak Nah yang sudah terduduk lesu. Terasa darahtingginya naik mencanak!

Previous: Bab 23A
Next: Bab 23C

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.