Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 39

PEJAMcelik-pejam celik, dah genap dua bulan aku menjadi isteri Emel. Dan dahseminggu Myra duduk dirumah ini. Dan dah lama jugaklah aku rasa jadi isteriyang diabaikan suami. Kalaulah aku ni almari, dah lama bersawang satu badan.Entah mana silapnya, sampai sekarang aku masih tak faham dan tak diberikesempatan untuk memahami lelaki itu! Sehingga kini dia buat aku ni seolah-olahorang biasa yang tak penting dalam hidup dia. Sedih? Gila lah siapa yang cakapaku ni tabah! Kadang-kadang untuk melepaskan geram dan marah aku ke kebun sayurdibelakang rumah. Berkebun lagi bagus!

            Sakit hati dan kecil hati dengansikap Emel, aku gembur-gembur tanah yang ada. Dan tak sangka terus saja ianyamenjadi batas. Hebat! Ha..ha..ha… Ini sajalah yang aku tahu. Nak keluarmembeli-belah tiada kawan. Anis sekarang dah dikuarantin didalam bilikbelajarnya. Almaklumlah lagi seminggu SPM akan berlangsung. Mak Ngah dan Bibikpulak sibuk dengan kerjanya. Ummi dan Walid macam biasa sibuk dengan kerja danorganisasinya. Emel? Rasanya kalaulah bumi ni mengalami waktu siang selama 24jam, mahu saja dia habiskan waktu itu dipejabat menghadap kerja.

            Cuma Ammar dan Adam yang rajintemankan aku. Sikap Ammar yang baik itu buat aku terfikir, apa ke merengnya SiManda tu tinggalkan Ammar? Dapat suami baik macam ni pun tak tahu nakbersyukur? Dulu, aku ingatkan Manda lakukan semua tu disebabkan Mamanya. Tapi sayangsungguh bila aku tahu dia berkahwin dengan Ammar atas dasar wang. Dan bila diaberkahwin dengan Ammar, dia jatuh cinta pula dengan Emel. Dan katanya cintanyaitu, benar-benar cinta!

 Puihhh!Banyaklah kau punya cinta. Siapa yang tak sakit hati bila tahu yang Manda takputus asa mengoda Emel? Ikutkan hati aku ni, aku tanam dia hidup-hidup dalambatas  tanah ni. Biar tumbuh pokok kurma!Itupun kalau tumbuh pokok kurma, orang macam dia tu lalang pun tak sudi naktumbuh atas badan dia. Haaaihh, sejak dua menjak ni aku asyik dengan merepekje. Fikir benda yang tak logik dek akal. Aku ni dah gila ke? Tak! Aku masihnormal dan comel! Aku menepuk-nepuk perlahan pipiku.

Dengan wajah penat mengcangkul tanah, aku dudukbersila diatas tanah itu. Jam ditangan masih pukul 10.30 pagi. Hari ni, harisabtu. Majoriti semua penghuni Villa ni cuti. Termasuklah suamiku. Selepassolat subuh berjemaah satu keluarga, aku bersiap-siap mahu pergi kekebun sayurini. Sedangkan Emel tak bertanya apa, hanya memandangku dan terus menuju mejakerjanya. Macamlah aku ni ‘roomate’ dia je. Aku ni bini dia tahu tak!! Ambiltahulah sikit! Ni yang buat aku rasa nak mengamuk sambil tarik pokok ubi kayuni. Manalah tahu alang-alang mengamuk tu, aku dapat tarik keluar ubi kayu!Maaf, merepek lagi.  Hu..hu..hu…

“Ehem!!”

“Pak Mat ni tak reti-reti nak cuti ke? Hari ni kanhari sabtu. Pak Mat tak payah risaulah, kebun ni masih selamat dan tak adapokok yang tumbang.” Ujarku sambil masih ralit melontar pandang kearahgunung-ganang. Tak menoleh pun siapa yang berdehem tadi. Siapa lagilah yangsudi nak tegur aku selain Pak Mat? Tak akanlah jiran sebelah? Tembok villa nidengan villa sebelah rasanya atlit lompat pagar pun letak jawatan!

Aku dikatanya Pak Mat? Ammar menggaru-garu dahinya.“Ehem!” Ammar berdehem lagi.

Aku hanya mengeluh. Takut sangat pokok ubi kayu diatercabut aku kerjakan. Aku bangun dari duduk dan berpaling kebelakang. “Omakden!” Terjerit aku bila sebaik saja berpaling, terpacak tubuh Ammar dihadapan!

Ammar hanya tersenyum. “Sorry, terkejut ye? Maaf.”

Aku mengusap-usap dada. Mujurlah aku tak ada kencingmanis, kalau tak sia-sia je aku terkencing kat sini. Ada kena mengena keterkencing dengan sakit kencing manis? Ah, nantaklah!  

“Eh tak lah, tak terkejut pun. Cuma rasa nakmenyanyi je.” Balasku sambil tersenyum pura-pura. Lebih kepada menyindir.

Ammar ketawa. Ada saja ayat yang terkeluar darimulut gadis genit ini. Ammar melabuhkan duduknya di kerusi kayu berhampirandengan kebun kecil itu. Asyik dia memandang cahaya matahari yang semakinmeninggi. “Dulu Zirah suka cabar Along. Zirah bagi Along tongkat, Zirah cakapkalau nak tengok cahaya matahari pagi cubalah bangun.”

Berkerut dahi Zirah cuba mengingati. Wah, hebatbetul memori dia. Aku yang normal tiada hentakkan pada kepala pun bolehterlupa, inikan pula dia yang pernah koma setahun. “Along dengar masa tu?” Soalkuingin tahu.

Ammar tersenyum. “Along ingat semuanya. Saat pertamakali Zirah masuk kebilik tu. saat Zirah membebel, mengadu, dan yang palingAlong ingat bila Zirah bacakan Along surah Al-Qalam.”

Ammar melontar pandang kearah Zirah sambiltersenyum. “Along ingat lagi ayat yang Zirah cakap dulu, sampai sekarang. ‘Awakterlalu menyerah pada takdir. Selain kekuasaan Allah, kekuatan hidup tuterletak pada semangat kita. Insyallah dengan izin Allah, awak boleh bangundari koma ni kalau awak betul-betul rasa yakin yang awak mampu’ Dan kata-kataitu buatkan Along rasa, betul apa yang Zirah cakap. Along memang buang semuasemangat Along. Along rasa bahagia tu dah terbukti bukan milik Along. TapiZirah yakinkan Along yang Adamlah semangat Along. Alhamdulillah, dengan izinAllah.. Along mampu bangun dari koma.”

Aku hanya diam. Eh, aku pernah cakap macam tu ke?Wah, hebat jugak aku ni. Dah macam pakar motivasi. Nasihatkan orang boleh, tapidiri sendiri? Kelaut~

Aku tersenyum. “Zirah selalu doakan Along bahagia.Amin! Eh, Adam mana Long?” Soalku sambil meletakkan cangkul ditepi  pagar kayu ini.

“Myra tolong jagakan  kejup.”

Aku terdiam! Myra..Myra..Myra.. Rasanya dah sebu otakaku asyik dengar nama tu je. “Along datang sini kenapa? Nak beli terung? Nah,satu bakul 5 ringgit.” Aku menghulurkan satu bakul terung kepadanya. ‘Fresh’tau, baru je petik tadi.

Ketawa Ammar dibuatnya. “Along tak makan terunglah.Bagi tu, adik kesayangan Zirah tu. Mesti dia nak.” Lebih ditujukan kepada Anis.Anis tu memang hantu sayur terung. Pelik sungguh!

“Eh, lupa pulak. Jom sarapan.” Ajak Ammar.

Aku mengerutkan dahi. “Along tak makan lagi?”

Ammar hanya menggeleng-geleng. “Tak ada orangtemankan.” Ammar mencebik kesian.

Aku hanya ketawa. “Okey jom. Eh, kejup. Bagi Zirahmasa 30 minit nak mandi. Dah bau reban itik dah ni. Tapi kalau Along nak makandulu, makanlah. Jangan tunggu Zirah.”

“Eh, Along tunggu. Jangan risau.” Ammar sudah bangundari duduk. Melangkah seiringan dengan Zirah masuk kedalam rumah melalui pintudapur.

“Sambil Along tunggu tu, Along masakkan Zirah telurhancur yang Along buat untuk Anis masa kat bilik belajar malam tadi. Sedapsangat!” Aku siap buat order lagi!Memang sedap. Dimakan pula dengan roti kosong. Pergh! Kecur air liur.

“Oh, hari tu Zirah lah yang habiskan ya?” DugaAmmar.

Oh-oh! Aku menutup mulut! Terkantoi pulak. Akutersenyum malu. “Dah Anis asyik membebel dia nervous je. Zirah suapkan dia roti dengan telur hancur yang Alongbuat tu. Sambil tu, Zirah pun telan sekali. He..he..he..”  Kan orang cakap jangan membazir. Jadi, sambilmulut Anis membebel merepek. Aku pun sumbatlah mulut dia dengan roti. Ha..ha!

“Ada-ada sajalah Zirah ni. Kalau untuk Zirah, apapun boleh.” Perlahan saja ayat yang terakhir tu. Ammar hanya tersenyum.

Tengok Ammar senyum ni, kalau silap pandang macamFahrin Ahmad. Apalah hensem sangat anak-anak Walid dengan Ummi ni hah???

Previous: Bab 38A
Next: Bab 39A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.