Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 46

            Setelah tahu keadaan sebenar, MakImah tak salah kan sesiapa. Baginya, biarlah takdir yang menentukan segalanya.Sebagai ibu, dia hanya mampu berdoa dan memujuk anaknya itu.

            Sedih hatinya bila melihat anaknya begitu,lagi pilu hatinya bila melihat menantunya yang kini sedang menahan azab sakit.Puas diberitahu cerita sebenar mengenai kesihatan Emel, namun Zirah bagai bukanberada didalam dirinya. Mindanya entah kemana. Tak sedetik pun kata-kata orangdisekelilingnya singgah dimindanya.

            “Macam tulah Long. Mak dah tak tahunak buat apa.” Mak Imah mengadu. Ammar turut tersentak melihat keadaan Zirah itu.

            “Tak apa, biar Myra pujuk.” Myramenghampiri Zirah.

            “Kak..” Myra menyentuh bahu Zirahyang sedang bersandar pada kaki katil.

            Zirah memejamkan matanya sejenak dankembali termenung. Bukan dia tak dengar suara tu, cuma dia tawar hati nakmelihat wajah itu. Cukup membuatkan hatinya terluka.

            “Akak, jangan macam ni.” Myra mulasebak. Dipeluk Zirah rapat.

            Myra memegang bahu Zirah kuat.Memandang tepat kemata Zirah yang sembab itu. “Akak, pandang Myra! Akak! AbangEmel sakit! Dia perlukan akak!”

            Mendengar nama Emel. Zirah hanyadiam dan tiada apa-apa tindak balas dari bibirnya.

            “Apa Akak ni! Abang Emel dah naknazak kak! Akak ni kenapa? Myra tak akan kahwin dengan Abang Emel kak! Myraadik susuan dia! Mana mungkin kami kahwin! Abang Emel cuma bagi alasan! Dia taknak akak tahu sakit yang dia hadapi!” Namun kata-kata Myra itu hanya macam angin.Tak terkesan pada Zirah.

            Adik susuan? Kenapa tak ada sesiapaceritakan semua ni pada aku? Ya Allah, selama ini aku berperangsangka denganadik aku sendiri? Zirah mengeluh.

            “Mak dah cakap dah. Dia tak akandengar Myra.” Mak Imah mengelap air matanya. Sedih melihat anaknya itu.

Namun tiba-tiba Zirah bersuara lemah. Memandangwajah ibunya yang mendung. Kasihan melihat ibunya yang terlalu risaukannya. Akubukan teruk sangat pun, cuma aku perlukan masa untuk tenangkan diri. Cuma inisaja cara yang buatkan aku merasa tenang. Iaitu, mendiamkan diri.

            “Dia tak apa-apa. Tak payah risaulah.Dia boleh hidup tanpa Zirah.” Tiba-tiba Zirah bersuara, membuatkanmasing-masing terkedu!

            “Akak jangan cakap macam tu!” Myramemeluk Zirah. “Akak adalah segala-galanya buat Abang, abang sayangkan akak.”Rasa nak menangis mendengar kata-kata yang keluar dari bibir kecil itu.

            Pelukan dilepaskan. “Kita jumpaAbang eh.”

            Zirah mengeluh. “Tengoklah nanti.Tapi rasanya dia tak suka akak jumpa dia.”

            “Zirah..” Ammar bersuara tanda tidaksuka dengan jawapan aku itu.

            “Dia nak Zirah pergi jauh dari diaLong. Kenapa pulak Zirah masih nak dekatkan diri dengan dia? Macam orang takmalu pulak.” Zirah ketawa sinis, memotong kata Ammar.

            “Emel tak pernah anggap macam tuZirah! Percayalah! Dia terlalu sayangkan Zirah. Sebab itu dia terfikir untukpaksa Along kahwin dengan Zirah.” Ammar meyakinkan.

            Zirah ketawa sinis lagi. “Mungkinapa yang dia katakan itu betul.”

            “Ya Allah.. Zirah. Percayalah, Alongkenal Adik Along. Kami satu keluarga mohon sangat, Zirah pujuk Emel lakukanpembedahan tu. ini demi nyawa dia. Tolong Zirah. Along tahu Zirah masihsayangkan dia kan?” Along mula merayu.

            Zirah memandang Ammar. Lama dia diammemikirkan perkara yang layak dilakukan. Dan akhirnya. “Baiklah, anggap sajaini kali terakhir Zirah berkorban. Zirah nak, lepas ni. Jangan sesiapa lagicari Zirah. Terutama Emel.”

            Masing-masing terdiam, permintaanZirah itu boleh mengeruhkan lagi keadaan. Namun apakan daya, Zirah sudahmemberikan syarat begitu. Insyallah pasti ada jalan penyelensaian untuk masalahini. Amin..

 

 

                                   

SEBAIKsaja kaki memasuki bilik wad 124 itu, entah kenapa rasa semacam saja hati akuni. Tiba-tiba rasa macam berjumpa dengan seseorang yang bukan lagi aku kenal.Melihat tubuh Emel yang terlantar diatas katil dengan wayar yang banyaktercucuk sana sini, hati aku rasa sebak. Namun aku gagahkan diri agar melupakanseketika apa yang pernah keluar dari mulut dia. Apa yang membuatkan hati akuluka dengan kata dia. Aku cuba sedaya upaya lupakan! Aku cuba beralah, kalauini saja jalan yang boleh menyelensaikan masalah.

            Demi Allah, hati aku masih sakitdengan apa yang berlaku, dan demi Allah aku lakukan semua ni disebabkan rasabertanggungjawabku sebagai seorang isteri. Aku akan berhenti buat semua ni jikadia sendiri yang tak mahu aku disini. Itu janji aku. Insyallah aku cuba!

            Dibilik itu hanya aku dan Ummi sajaada. Ummi berkali-kali menepuk-nepuk perlahan bahuku memberi semangat. Dengan ayatbismillah, aku menuju kekatil itu.

            Tangan kaku dan sejuk itu aku pegangdan cium. Dah hampir tiga minggu aku tak melihat wajah ini. Rindunya Allah sajayang tahu. Aku mengucup dahi Emel. Menatap wajahnya sepuas hatiku. Kemudian akuberlalu kebilik air yang ada didalam bilik itu untuk mengambil wuduk.

            Buku yasin aku buka. Sebelum akumula membaca, aku menatap seketika wajah itu. Entah kenapa tenang saja yang akurasa. Aku kembali memandang buku yasin. Aku mulakan bacaan dengan beristifar..Namun belum sempat aku membaca Al-Fatihah, buku yasin aku dirampas dandiletakkan diatas meja disebelah katil.

 

            Aku mendongak memandang seseorangyang sedang duduk diatas katil dengan wajah yang ketat. “Ummi, bawak diakeluar!” Arah Emel.

            Tersentak aku mendengar arahan itu.“Abang..”

            “Ummi bawak dia keluar…” Perlahannamun tetap keras!

            “Emel.. Zirah isteri Emel. Berdosake dia datang sini nak melawat Emel? Jangan macam ni sayang..” Ummi sudahmenghampiri Emel dan diusap kepala anaknya.

            “Emel.. Emel tak nak dia kat sini.Bawak dia keluar! Emel tak harap pun dia baca apa-apa untuk Emel. Apatah lagidoa dia. Emel tak harapkan! Emel tak nak tengok dia! Bawak dia keluar.” Emelsudah menengking.

            Zirah yang masih tergamam dantersentak dengan herdikkan lelaki itu. Ya Allah, terbang semua semangat aku.Hilang semua rasa yang ada. Air mata yang mahu mengalir aku tahan sehabisboleh. Aku cuba tersenyum. Allahurabbi… Kuatkan hati isteri ini. Bisikku.

            “Abang, demi Allah. Zirah datangsini tak mintak apapun dari abang, cuma Zirah nak abang tahu yang Zirah mahukanabang sihat. Sebab..Sebab.. Zirah isteri abang, Zirah masih perlukan abang.”Entah apa lagi ayat yang aku nak ucap, sebenarnya otak aku sekarang ni dah takada ayat lain selain sayang aku untuk dia.

            “Ummi.. Tolong, kalau Ummi sayangkanEmel.. Ummi bawak dia pergi. Emel tak nak tengok dia! Biarlah Emel matisekalipun, itu semua tak ada kena mengena dengan dia. Pergilah…” Lirih sajasuara Emel, mungkin kudratnya untuk menjerit sudah tiada. Hanya itu saja yangcara yang dia ada, iaitu merayu agar Ummi mengikut katanya.

            Hampir saja tubuhku jatuh kelantaimendengar ayat terakhir lelaki itu. Ya Allah sampai begitu sekalikah bencinyaterhadap aku?  Nafas yang tak sekata, mindayang mula pening. Aku pejam mata sejenak, menggali kalau ada sabar dan redhayang masih bersisa. Aku buka mata perlahan.

            Kedengaran Ummi masih memujuk.  Aku memandang Emel, lelaki itu tak sedikitpunmahu melihatku. Seolah-olah aku tak wujud disitu.

Ditarik nafasnya dalam-dalam dan hihembus perlahan.Cuba menahan rasa hati yang sangat terluka. Dengan tegas aku bersuara. “Ummi,tak apalah. Zirah akan keluar. Soal pembedahan itu, Zirah mohon abang jangankeras hati sangat. Lakukan pembedahan tu. Buat demi Allah, demi Ummi dan Walid.Ummi, kalau dia rasa dia sayangkan Ummi dan Walid.. Dia tak akan sanggup buathati seorang ibu dan ayah menangis disebabkan kedegilan dia.” Sinis ayat aku.Tapi dalam hati ni, terluka sangat!

            Aku dapat melihat riak wajah Emelyang berubah dengan kata-kata aku itu. “Tak payah halau Zirah. Zirah tahu abangmemang dah lama nak buang Zirah dari hidup abang. Memang Zirah akan pergi. CumaZirah mohon abang maafkan Zirah kalau Zirah terkasar bahasa, Zirah harap sangatabang anggap saja yang Abang tak pernah memiliki perempuan macam Zirah yang  tak layak untuk abang ni. Ummi, Zirah pergidulu.” Aku mencium tangan Ummi. Lama Ummi memelukku sambil menangistersedu-sedu.  Aku membalas pelukan Ummidan mengusap belakang tubuh Ummi perlahan. “Allah tahu apa yang dia rancangkan.Ummi jangan risau, Zirah kuat.” Aku berbisik ditelinga Ummi.

            Aku menghulur tangan pula kepadaEmel selepas melepaskan pelukan Ummi. Emel hanya menunduk tanpa memandangku.Aku cuba tersenyum. Tangan yang aku angkat untuk bersalam dengan lelaki itutidak bersambut. Ya Allah, besar sangat ke dosa aku pada kau Emel? Dengan lemahperlahan aku jatuhkan tanganku. Huluran salam itu tak bersambut, dan mungkintak akan pernah disambut!

            Selepas meminta izin, aku keluardari bilik wad itu. Sebaik saja aku menutup pintu itu aku menapak setapak duamenuju kekerusi menunggu yang terletak dihadapan bilik itu. Namun langkah akulayu. Aku terduduk diatas lantai, air mata yang ditahan  tadi mencurah-curah jatuh. Aku tak kuat nakhadapi semua ni! Tak kuat! Ya Allah..

            “Ya Allah, Zirah..” Mak dengan lajumendekatiku. Memeluk erat tubuhku.

            “Dosa sangat ke Zirah Mak? Kenapadia buat Zirah macam ni? Kenapa Allah uji hati Zirah macam ni? Ya Allah…” Akumemegang dada yang terasa sakit keterlaluan.

            “Jangan cakap macam tu sayang..” Maksudah menangis tersedu. Ammar dan Myra yang melihat turut merasa sebak. Merekanampak apa yang berlaku didalam bilik wad tadi.

            “Akak.. La Tahzan, Inna maana..”Myra memelukku erat. Sambil berbisik syahadah ditelingaku.

Previous: Bab 45
Next: Bab 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.